with my beloved mama allahyarhammah hajah fadillah binti noor mohd |
Aku masih mencari kekuatan untuk mencoret sesuatu di sini. Semalam 20 Februari, semalam adalah tarikh hari lahir arwah mama. Kalau mama masih ada umur mama dah pun menjangkau 63 tahun. Tapi mama hanya mampu hidup di dunia ini sampai umur 60 tahun. Ya Allah sungguh pedih hati ini. Namun apa kan daya itu sudah ketentuan dari Mu...
Mama seorang yg sangat ceria, aku ada la juga ikut ceria tu hehehe...mama sentiasa mudah memaafkan orang aku pun sama juga, mama selalu kata aku ni bermotivasi tinggi sebab kalau aku down cepat jer aku jadi ok hehehe...bukan apa malas la nak sedih lama2....tp sejak mama dah tak ada ni, motivasi aku semakin down, susah benar aku nak memaafkan orang dan ceria ku pula seolah sedang berpura2....
Dulu kalau setiap kali birthday mama, selalu aku dapat makan sedap2...mama akan masak nasi beriyani la, mee udang la, nasi tomato la, hish memang kenyang giler la....Aku ingat lagi aku buat suprise kat mama di salah sebuah restoren di KOMTAR. Masa tu aku baru couple dengan my hubby....Aku ada ajak my cousin dengan kawannya sekali untuk celebrate birthday mama, mama tersenyum sampai ke telinga. Maklum la aku tak pernah buat macam tu kat mama hehehe...
Masa aku duduk kat UiTM aku akan pastikan sehari sebelum birthday mama, mama akan dapat hadiah dan juga wishing card dari aku. Siap buat pos laju lagi...last sekali hadiah yg aku bagi kat mama keronsang...and keronsang tu kini dalam simpanan ku.
Kali terakhir kami sambut birhday mama tahun 2010 sebelum mama jatuh sakit sebulan selepas birthdaynya. Masa tu mama request nak kek blueberry...so aku dan suami pun pergi la beli...tp mama tak makan pun, tp mama potong kek tu bagi aku dan suami makan...masa tu mama nampak ok sangat tak der pula tanda2 yg dia akan jatuh sakit.
Mama selalu kata mama tak nak hadiah, sebab aku adalah hadiah yg terindah buat nya...begitu juga suami ku...mama selalu kata my hubby is her son...bukan son inlaw...
Kini hampir 3 tahun mama "pergi" meninggalkan aku. Tiada lagi hadiah, tiada lagi suprise, tiada lagi kek, tiada lagi makanan yg sedap2...yg ada hanya bacaan YASSIN...maafkan Ct mama, hanya itu yg mampu Ct hadiahkan buat mama kini.
Selamat Hari Lahir buat MAMA ku tercinta, semoga MAMA damai di sana dan ditempatkan dikalangan org2 yg SOLEH ammiin....
No comments:
Post a Comment