berkongsi kasih sayang - gambar sekadar hiasan |
berkongsi rezeki - gambar sekadar hiasan |
Assalamualaikum.... Hari ni awal pagi aku dah up date blog. Entah kenapa semalaman aku tak boleh tidur, gelisah jer...hati rasa sedih pilu teringat kan my poor cat Miemie yg dah tiada, Miemie terlalu istimewa buat kami, hinggakan sukar untuk aku dan suami melupakannya. Kebetulan hari ni aku bangun sahur dalam pukul 5.00 pagi...so lepas sahur aku tunggu untuk solat subuh...mata masih tak ngantuk, so apa lagi amik kesempatan la untuk berkarya di BLOG kesayangan aku ni. Lately ni aku memang suka meluahkan rasa dalam BLOG aku ni. Entah la aku semakin selesa. Bukan aku nak minta simpati atau perhatian, tapi itu lah cetusan rasa dari ku. Sejak mama dah tak ada, kebanyakkan luahan rasa hati aku terpahat dan terukir di BLOG aku ni. Dalam diary pun tulis juga, tapi dah jarang la...cuma dalam diary tu cetusan rasa aku banyak SECRET hehehehe...yang tak boleh di kongsi bersama kawan2 :) Ok tajuk hari ni SHARING. Ada orang kata "Sharing is Caring"...tapi tak semua beranggapan macam tu. Ada yg salah sangka, ingatkan kita ni nak merampas kasih sayang mereka. No...aku tak akan sesekali buat macam tu, lagi pun hidup kita ini kan singkat, tak salah kalau kita share something dengan saudara mara dan juga handai taulan. As for me sharing is so beautiful meanings to adapt...terlalu indah kerana dari kecik lagi aku selalu berkongsi kasih dengan sepupu2 ku. Aku berkongsi kasih sayang dengan ayah saudara ku, dia mana aku memanggil Pak Long ku dengan panggilan Bapak...memang ada yg pertikai, tapi nak buat macam mana kan, celik mata itu la Bapak yg aku kenal. Inilah lumrah hidup seorang anak yg datang dari famili berantakkan. Tapi itu semua satu pengalamn manis buat ku, tak semua orang mampu memilikinya. Tq Bapak for being such a good father to me...segala pengorbanan dan kasih sayang Bapak selalu terpahat di hati Ct...buat my cousin Ajah, Pali and Diyana, TQ for sharing some love with me dari dulu sampai sekarang, TQ juga buat aunty sebab sudi juga menjadikan Ct a part of the family...It's such a wonderful moments in my life...:) Sejak mama "pergi" meninggalkan aku, aku berkongsi kasih sayang dengan seluruh famili mertua ku. Aku berkongsi kasih sayang dengan ipar duai ku. Kalau dulu aku malu2 nak peluk cium arwah ayah dan juga mak tapi kini tidak lagi, sejak ayah mertua ku "pergi" aku dah tak segan untuk memeluk dan mencium pipi dan juga dahi mak, sama macam aku buat pada arwah mama dulu. Ini sesuatu pengalaman yg manis buat ku sebagai menantu dalam famili tersebut. Tak semua menantu akan buat macam tu pada inlaws nya. Terima kasih Allah di atas rasa kasih dan sayang ini, ia amat bermakna buat diri ku yg kini sebatang kara...Alhamdulillah. Semua sedia maklum aku ni belum ada anak, so anak2 saudara la tempat aku mencurah kasih, Tq buat adik ipar ku Mastura @ Nirah dan juga Aniq sebab sudi beri kesempatan untuk kak Ct dan abang Lah berkongsi kasih sayang kami untuk Alya dan Annesa...jangan risau kami tak akan merampasnya tapi kami hanya ingin berkongsi rasa cinta ini. Begitu juga dengan adik ipar ku Eyda dan Jan...kasih sayang kami pada Shasha dan juga Iman tak akan berbelah bagi...rasa kasih sayang kami pada anak2 buah kami tetap utuh walaupun kelak kami di kurniakan cahayamata sendiri, Insya Allah....mudahan2 Allah kabulkan doa kami berdua...ammiin... Dalam soal berkongsi rezeki, aku jadikan sebagai azam tahun baru aku untuk tahun ni. Rezeki yg aku miliki ingin sekali aku berkongsi dengan saudara mara ku. Kalau sikit kita rasa sama2 sikit, kalau banyak kita rasa sama banyak ok...Bukan apa bila hidup sebatang kara ni, tiada apa yg lebih indah dalam hidup selain memiliki famili yg bahagia. Kami hanya berdua iaitu aku dan suami, so apalah salah kiranya rezeki yg kami perolehi itu kita kongsi bersama-sama. Sejak aku berkahwin dengan suami ku, dah banyak kali aku tengok cara suami. Kalau dia ada banyak satu kampung dia kongsikan rezeki tu. Alhamdulillah...maknanya dia tak makan sorang...hehehe...kalau sikit maknanya dia kongsi dengan aku jer la. Kami bukan la orang senang kaya raya macam org lain. Tp kami bersyukur dengan apa yg kami miliki. Walaupun ada yg kata rezeki kami tersekat sebab belum ada anak, tp bagi aku itu semua bukan persoalannya. Yang penting niat dan keikhlasan kita untuk berkongsi dengan saudara mara dan sahabat handai. Alhamdulillah rezeki kami tak putus. Walaupun tahun ni aku tak berkerja (belum lagi hehehe...) tp Syukur sangat rezeki tu tetap ada, walaupun tak sehebat mana. Kini aku hanya mengajar untuk satu tempat tusyen sahaja dan Alhamdulillah tahun ni sambutan semakin menggalakkan. Ini semua rezeki adik2 ipar ku. Tq pada Masliana iaitu adik ipar ku yg sentiasa membantu meringankan kerja2 serta urusan tempat tusyen kita. Untuk adik ipar ku Ekin Insya Allah nanti ada ole2 sebab tolong jaga kan mak ok :). Yer!! memang kini auk semakin rapat dengan famili mertua ku, tapi itu tak bermakna aku menjarakkan hubungan ku dengan mak2 sedara ku yg masih ada, pada Mak Yah, Mak Cik, Mak Su, Acu Jan, Pak Teh, Mak Teh, Bapak dan juga Aunty...korang tetap dalam doa ku...kebahagian, kasih sayang dan juga cinta kalian untuk Ct dari dulu sampai kini tak akan sesekali Ct abaikan...Ct sayang sangat2 kat mak2 dan bapak2 sedara Ct, inilah harta yg aku ada kini. Untuk semua sepupu2 ku, abang Jun, Ilah, Adik Amie, Asma, Redzuan, Pawi,Ajah, Pali dan Muna (bakal isteri), Diyana dan juga Iman, korang tetap dalam hati kak Ct sampai ke hujung nyawa...:) Wah emosi sungguh cetusan rasa aku kali ni. Apa pun kawan2 jgn la kita lokek untuk berkongsi apa yg kita ada dengan mereka2 yg memerlukan kita...terutama kasih sayang..nanti bila mereka semua dah tak ada masa tu menyesal pun dah tak guna...PEACE YO!!!
|
No comments:
Post a Comment