Monday, November 14, 2011

PERBUALAN SUAMI ISTERI

me and my hubby
Asslamualaikum salam sayang :-)
Hari ni nak celoteh sikit tentang perbualan kami berdua semalam masa kat dalam kereta. Masa tu kami nak pi tengok wayang citer TINTIN. Memang best la citer tu adventure sangat2 :-)

Perbualan kami berkisah tentang rumah kami :-

Aku : Sayang, what do u thing bila Ayang ada kat rumah?


Suami : Ok suka sangat2, jawap sambil tersenyum pandang ke wajah ku.


Aku : Rumah kita bersih tak bila Ayang ada kat rumah?


Suami : Mesti lah bersih, kemas teratur lagi, sambil tersenyum tapi kali ni pandang depan maklum la tengah drive kan.


Aku : So, Abang tak tak suka ke kalau Ct kerja?


Suami : Suka, tapi kalau duduk rumah lagi la suka ....

Erm...pendek kata my lover ni lebih prefer aku jadi PermaiSURI kat RUMAH la yer :-). Tapi bila aku renungkan semula ini semua adalah doa aku sendiri. Aku pernah berdoa yg satu hari nanti aku nak jadi suri rumah sepenuh masa. Aku nak jaga suami, aku nak jaga anak2 kat rumah. So inilah doaku. Aku mesti terima dengan hati yg terbuka.

Memang tipu kalau aku kata hidup kami susah kalau aku tak bekerja, makan pakai kami cukup malah ada yg terlebih. Bila aku fikirkan semula aku nak kerja sebab aku rasa BOSAN. Itu saja yg aku fikirkan. Aku rasa bosan sebab aku belum ada anak, cuba kalau aku dah beranak pinak soal bosan tu tentu tak akan wujud.

Tapi sejak aku lalui pengalaman pahit minggu lepas, hati aku jadi tawar untuk bekerja, otak aku sekarang sedang ligat nak buat something yg bermula di rumah. Aku rasa dah lamas nak bertemu dengan manusia di luar sana yg lebih bermuka2. Insya Allah mudah2an Allah akan tunjukkan jalan kebenaranya untuk aku lalui. Yang penting aku mesti sentiasa mendapat restu dan izin dari suami ku serta berkat dari Allah s.w.t...amin :-)

2 comments:

Huzaina Hashim said...

oklah juga buat something dr umah tp skrg nie dh ramai sgt dh org buat bisnes online nie...huhuhu:-)

Siti Azlina Abdul Aziz said...

tak nak buat bisnes on line pun...tapi nak buat something yg memberi faedah kepada semua :-)