gambar sekadar hiasan |
Assalamualaikum...
Selamat bercuti yer kawan2. Maklum la hari semua kakitangan kerajaan pasti bercuti sebab semalam kita semua sambut 1 Muharram kan. So hari aku nak citer satu kisah lucu la juga. Lucu di pandangan mata aku ni hehehe...
Pada 25 November lepas, hari Jumaat kalau tak salah, kami berdua gi LongWan gi beli stok barang dapur. So lepas beli tu ingatkan nak balik rumah tapi alih2 Hubby buat kejutan bawa aku gi tengok wayang citer "Happy Feet 2" kat Jusco Perda. Lepas tengok wayang, kami pun shopping la kat kedai kesukaan suami ku tu FOS. Kalau ikutkan aku ni tak der benda nak beli pun. Tapi bila Mr.Hubby dah masuk ke Kedai FOS tu aku pun apa lagi nyopping juga la :-)
Memang FOS tengah buat sale masa tu. Minggu lepas aku ngan Hubby dah nyopping juga kat FOS tapi kat Sunway Carnival. Dia orang sale Buy 1 Free 2. Kiranya kita beli satu dapat free 2 la. Senang jer nak faham kan. Kalau harga baju kita tu berlainan, maka diambilnya baju yg berharga paling mahal. So kira berbaloi la juga. Rasanya yang paling mahal pun dalam RM 45 macam tu. Below than 50 gitu la :-)
Tengah aku dan suami dok pilih, datang la 3 orang perempuan. Alahai mulut punya la becok. Semua orang memerhatikan dia orang ni. Salah sorang tu dok baca punya la kuat "Buy 1 Free 2" ...."Adik apa maksud ni akak tak faham?" Tanya salah seorang dari 3 perempuan tu kat jurujual di FOS. Jurujual tu pun explain la satu persatu. Lepas tu mungkin Si A ni dah faham di cerita nya pula kat Si B dan Si C ... Bila ketiga2 dah faham, bising la pula satu FOS tu dok pilih baju. Habis citer Mak Teh dia orang ada baju macam ni la, macam tu la. Kira memang gamat la suasana kat dalam kedai FOS tu. Orang lain yg masuk pun dok geleng kepala. Aku ngan suami tersenyum jer la.
Tiba2 si A ni jerit, "Aku nak pi try sat baju ni, hangpa tunggu sat tau". Yang bestnya si A ni punya la lama try baju. Tinggal la lagi dua orang tu. Yang dua orang tu tak der la mulut becok macam si A tu tadi. Dia orang pilih baju lepas tu gi bayar. Tiba2 si A ni keluar semula, kalut ni citer baju tu ketat , aku dah gemuk, baju yg lagi satu pula tangan pendek nampak ketiak...Alahai malu la sikit. Adab kena jaga juga dik oiiii....
Dekat setengah jam juga la drama tu berlaku. Aku pun dah beli 3 baju dengan satu bayaran, tinggal suami aku jer dok pilih ... maklum la suami aku ni cerewet sikit...so aku kena la tunggu Hubby aku ni habis memilih.
Berbalik pada drama tadi, si A ni punya la keluar masuk bilik fitting room tu dekat 3 kali. Alih2 korang tahu satu pun dia tak beli. Alasannya...aku tak nak baju lengan pendek. Tak sesuai....tapi yg kelakarnya dia memang tengah pakai baju lengan pendek pun alahai...sabar jer la. Tapi dia pakai inner la.
Moral of the story, kalau yer pun nak shopping, hormat la org sekeliling...yg malu siapa diri sendiri. Sabar jer la Kak Jah oiiii....:-)
No comments:
Post a Comment