gambar sekadar hiasan |
Hari ni aku memang rasa sedih, tapi aku tipukan semua orang dengan senyuman ku yg paling manis. Tipu sunat tak per kan korang :-).
Pagi tadi aku ke sekolah untuk mengambil kain telekung yg aku tertinggal, lepas tu aku ikut cikgu pra tu ke tempat masak. Sampai kat sana aku jumpa la dengan org2 pejabat...ada 3 org termasuk la org yg marahkan aku tu. Aku ni punya la senyum, tegur mereka boleh dia orang buat tak tahu. Aku rasa bagi aku dah tak der masalah, tapi kenapa bagi pihak mereka nampak makin bermasalah???
Kalau nak diikutkan aku ni mangsa keadaan, aku lansung tak tahu menahu biji puncanya. Alih2 aku difitnah. Tak per la aku redha. Tapi hati kecil ku berbicara, sebagai orang yg lebih tua dari aku sepatutnya mereka tunjuk la satu amalan yg mulia, bukan amalan bergaduh sesama sendiri. Baru aku sedar bahawa melayu memang sedang melalui fasa LAYU sebelum MEKAR.
Aku memotivasikan diri aku dengan mengatakan, sorang membenci aku tapi sejuta orang mencintai aku. Bila aku lafazkan kata2 itu aku terus tersenyum. Memang hidup kita ibarat roda, hari ni kita dipuji esok kita akan dihina. Aku bermula dari bawah, bila aku dah berdikit naik ke atas mereka masih memadang aku di bawah. Aku tak boleh lebih dari mereka.
Aku mengambil keputusan untuk kembali menjaga reputasiku. Aku seorang manusia yg mempunyai pelajaran, aku hidup berbekalkan akal dan iman yg Allah pinjamkan padaku. Sebelum ni aku sangat2 merendah diri, aku terlalu humble hingga mereka mula memijak2 kepala ku. Tapi sekarang tidak lagi. Mulai dari hari ini, aku akan mula memilih kerja yg datang kepada aku. Bukan aku nak belagak, tapi aku tak mahu ditindas lagi. Cukup lah aku tersiksa dengan hinaan dan fitnah yg mereka lemparkan padaku. Aku akan lebih berhati2 dengan percakapan serta soal memilih kawan. Tak semua kawan itu sahabat ... ada juga yg "gunting dalam lipatan".
Apa pun aku bersyukur kerana Allah memberi ujian ini padaku. Sekurang-kurang aku tak terleka dengan pementasan yg mereka pentaskan. Aku juga tidak sedikit pun menyimpan dendam, malah aku bersyukur kerana aku lebih mengenal manusia yg bertopengkan SYAITAN...Namun sebagai manusia biasa, terselit juga rasa marah dan kecewa. Tetapi aku cepat2 beristigfar, kerana setiap musibah itu ada ganjarannya...Terima kasih Tuhan di atas ujian ini...
No comments:
Post a Comment