ubat kami berdua |
Hari ni masih dalam mood demam, ni pun baru balik dari klinik. Alhamdulillah mahu juga Mr.Hubby aku pi klinik. Itu pun ke Klinik kawan baik dia. Kalau klinik lain memang tak pergi, jauh sikit la dari kawasan perumahan kami tu.
Citernya macam ni. pagi tadi aku bangun masa nak solat Subuh rasa berat sangat kepala aku ni, bila batuk kahak aku dah bercampur dengan darah, lepas tu bendalir yg keluar dari hidung aku pun dah ada warna. Alahai kecut juga perut ni bukan apa itu tandanya dah dijangkiti kuman. Aku mesti ke klinik juga2 sebab aku mesti makan antibiotik.
Suami aku pula bila bangun solat Subuh tadi dia kata panas sangat badan ni. Lepas tu rasa nak pitam. So kami amik keputusan untuk pergi juga la ke klinik. Bukan apa sebelum mudarat eloh la kita mengubati kan ...
Lepas gi klinik, singgah makan tengah hari kat warung yg memang selalu kami singgah untuk makan. Hari ni selera aku betul2 tak der...aku hanya amik ayam goreng dan sayur semata2. Nak habiskan nasi tu Tuhan saja yg tahu. Dah la mulut ni dah tak der deria rasa huhuhu...sedih sungguh.
So sekarang aku nak berehat. BerFB pun aku MC hari ni. Aku nak betul2 berehat dan nak cepat sembuh. Bukan apa bulan lepas dan bulan ni memang aku sakit sungguh. Nampak sangat banyak dosa aku ni kan huhuhu....tak per la sakit tu kan satu jihad juga. Aku redha Ya Allah...
So kawan2 doakan kami berdua cepat sembuh yer...SAYANG UOLSS semua :-)
No comments:
Post a Comment