tulis nama atas batu |
pusara bonda ku dan ahli keluarganya |
pusara ayahanda ku dan ahli keluarganya |
Assalamulaikum salam sayang kepada semua kawan2 ku :-)
Hari ni aku nak citer tentang pusara. Pusara Allahyarhammah bonda ku Hajah Fadillah binti Noor Mohd dan juga abahku Allahyarham Abdul Aziz bin Sheikh Abdul Rahman.
Bonda ku telah meninggalkan aku pada tahun lepas tanggal 24 Disember 2010 tepat jam 9.45 pagi bersamaan 18 Muharram hari Jumaat penghulu segala hari. Setelah bondaku pergi buat selamanya maka secara automatiknya aku terus mendapat gelaran baru "anak yatim piatu". Nampak mudah tapi aku yg memikul gelaran tu rasa sangat azab. Setiap kali datangnya sambutan hari raya hati aku akan terus berbicara, rindu, sayu, pilu semuanya ada. Tapi secara zahir org nampak aku maintain ketawa, senyum gembira ... hakikatnya Allah saja yg tahu betapa pedihnya hati aku ni.
Ayahanda ku pula pergi meninggalkan aku sewaktu aku berumur 8 tahun, darjah dua. Aku tak berapa tahu sangat hal ayahanda ku ni, sebab arwah mama dan arwah abah berpisah sejak aku berumur 8 bulan. Tahun 2002 baru la ku ke pusaranya abah. Tapi walau apa pun aku tetap anak arwah. Aku la satu2nya permata hati mereka berdua.
So sempena hari raya ini, aku mohon seribu kemaafan buat semua rakan2 blog ku. Kalau org tanya apa pengorbanan aku thn ni, aku hanya tersenyum kerana untuk menjadi anak yatim piatu itu juga satu pengorbanan...Selamat Hari Raya Aidil Adhar...
2 comments:
Alfatihah buat kedua2 arwah ibu & ayah CT...memang sayuu kann biler kedua2 ibu bapa dah pergi...
kak azue pun dah kehilangan ayah...5 tahun dah...
tapi ct tetap beruntung sbb dpt suami yg cukup sayang...pada ct...
terima kasih kak azue...setiap kekurangan ada kelebihanya...apa kurangnya dengan akak...suami akak pun penyayang kan...:-)
Post a Comment