aku bergambar bersama2 Dr. Fatma El Zahraa dan isteri2 VIP yg lain |
Hari ni hari Ahad kan, so kebetulan pagi tadi ada majlis ilmu di Masjid Bagan Belat Butterworth. Penceramahnya pula YBhg Dato' Dr. Fatma El Zahraa binti Mohammad Ramdan. Tajuk tazkirahnya ialah "Qalban Salima" atau dalam bahasa melayunya "Jiwa yang Suci".
Majlis bermula pukul 10.30 pagi. Para hadirin mula memenuhi ruang solat di dalam masjid. Aku ni punya la berdebar2 tak sabar nak jumpa dengan penceramah idola ku. Hish...aku ni memang suka sangat tengok Dr. Fatma bagi ceramah, kalau ada jer program kat TV9 tu aku tak kan sesekali lepaskan peluang. Bukan apa cara penyampaian beliau tu sangat2 menarik perhatian ku.
Dr. Fatma kata kita sebagai manusia ni memang ada yg berhati suci, tapi hati kita tu selalu akan berubah2. Betul juga kan, hari ni kita rasa kita nak jadi baik, tapi esok kita rasa nanti la. Kita terlupa yg masa tak kan menunggu kita. Malah masa sentiasa mengejar kita, kita jer buat2 tak sedar huhuhuhu....
Ada 4 penyakit hati yg kita kena beri perhatian dan cuba hapuskan. Iaitu yang pertama HASAD DENGKI. Biasa la kan kita ni manusia bukan boleh tengok manusia lain lebih dari kita mula nak main bomoh ilmu hitam segala bagai hingga kan kita lupa akan kekuatan Yang Maha Esa.
Kedua BONGKAK...sifat ni memang selalu ada kat kita semua. Kalau kita ada sedikit kelebihan punya la belagak seolah2 orang lain ni semua bodoh tak der apa yg kita ada hehehe...kena buang jauh2 tu sifat macam tu yer kawan...pesanan untuk aku juga ni ... Ketiga SOMBONG. Kita ni kan kalau cantik sikit, kaya sikit dah sombong dah. Begitu juga kalau pandai mula la pandang rendah pada yg kurang bijak macam kita ni hehehe...Aku pun kadang2 ada juga rasa macam tu...Alahai Ya Allah ampunkan lah aku Ya Allah...buang terus perasaan SOMBONG tu jauh2 tak nak tengok dah ...
Keempat pula Syirik iaitu menyukutukan Allah...Nauzubillah...orang melayu ni termasuk la diri aku, sakit sikit jer dah kata orang buat, so lepas tu jumpa la ahli Nujum Pak Belalang ker, Bomoh Mak Esah ker atau pun Pawang DiRaja :-). So itu semua tak baik, berdosa sangat. So mulain hari ni sapa2 yg dok percaya bomoh segala bagai bertaubat jer la...termasuk la diri aku ni. Yakin dengan Allah , kerana setiap musibah yg Allah bagi itu adalah untuk menguji tahap keimanan kita dan setiap cobaan itu terselit kemanisannya.
So kawan2 harap2 nya kita dapat menjadi manusia yg mempunyai "Qalban Salima"...bukan mudah nak jd yg terbaik, banyak dugaan dan cabaran yg mesti kita harungi...tapi itu la salah satunya kenikmatan dalam kehidupan...renung2kan yer kawan2 termasuk juga diri ku yg serba kekurangan ni...:-)
2 comments:
yes...good info...jauhlah penyakit hati....sangat bahaya......:)
dari hati la datang nya segala macam penyakit :-)
Post a Comment