gambar sekadar hiasan |
Salam hari Sabtu. Hari ni aku bersentimental sikit. Maklum lah mood tak sihat tu ada lagi...so nak hepi sangat pun macam tak kena, jadi kita sentimental jer la...:-)
Cuba korang tengok gambar kat atas tu...jom kita uraikan satu persatu apa yg kita nampak dari gambar tersebut. Gambar sepasang suami isteri yg sedang gembira dengan kehadiran anak sulung mereka. Memang jelas terpancar kebahagian di wajah mereka berdua...terutama si anak yg rasa selamat bila di peluk oleh kedua orang tuanya. Walau pun hakikatnya anak ini tidak tahu apa itu kebahagian, tapi jelas di wajah nya rasa keikhlasan sesebuah kebahagian.
Tapi wajah ayah dan wajah ibu itu boleh dilakonkan. Di depan kamera wajah kita boleh bertukar menjadi ceria walau pun hakikatnya hati kita di robek rasa sedih yg amat sangat. Aku bukan nak kata gambar ini satu kepura-puraan, tapi itulah hakikat dunia sekarang. Hidup lebih berpura2 dari yg benar. Orang tua2 kata bermuka-muka la kan...Depan orang kita pretend to be happy, walaupun dalam hati kita Tuhan saja yg tahu akan kesedihan menanti.
Aku datang dari sebuah keluarga yg porak peranda, ibu dan ayah bercerai. Dan kalau korang nak tahu aku ada juga gambar situasi macam ni. Di mana arwah mama peluk aku sambil dicium oleh arwah ayah ku. Tapi selang beberapa bulan mereka bercerai. Aku tak memang tak percaya dengan gambar. Gambar boleh mengkir sejuta persoalan di hati. Bagi aku kebahagian bukan terletak pada gambar semata2 tapi kepada tindak tanduk kita.
Bagi aku kebahagian tak akan datang atau muncul dengan sendiri, tapi kita sebagai manusia yg selalu leka dan alpa kena selalu berusaha, beringat dan mengejar sebuah kebahagian. Kita tak boleh tunggu bahagia tu nak datang, tapi kita mesti berusaha mencari dan menyemainya dalam diri kita.
Perkahwinan ku dah hampir menjangkau ke 6 thn, tapi kami masih saling mengenali, kerana sebelum ni masa kami habis terbuang begitu saja. Aku dan suami baru saja tinggal sebumbung, banyak betul perkara yg aku masih belajar tentang suami, begitu la juga sebaliknya. Bila dua orang yg berbeza hidup bersama memang susah juga untuk menyesuaikan diri, tapi oleh kerana cinta, masalah itu kami atasi dengan mudah Alhamdulillah. Bohong kalau aku kata kami tak bergaduh, tapi itu la rencah alam berumahtangga.
Insya Allah aku mohon satu hari nanti, aku mampu menjadi seperti wajah2 di potret yg tertera di atas, dan waktu tu hanya Tuhan yg tahu akan erti kebahagian yg aku kecapi...Bahagia itu mesti dicari, digali, disemai, dibaja, disiram dan dibelai selalu agar ia terus mekar dan kekal di hati kita...amin...:-)
No comments:
Post a Comment