maggie goreng basah |
Nak citer bab makan la pula, hehehe...so cuba tengok gambar di atas tu, itu la menu aku pada hari Isnin lepas. Menu tengah hari yer. Kebetulan hari tu aku rasa nak makan benda yg bergoreng, lagi pun tinggal sorang kat rumah. So malas la nak masak lauk pauk semua...Kalau masak waktu petang ok la boleh masak lebih sebab makan berdua. Ini makan sorang2, so ini la yg masuk ke tekak aku pada hari Isnin lepas. Yang kelakarnya aku postkan gambar ni kat wall FB, so bila waktu petang suami aku pulang, terus dia buat request nak makan mee maggie yg sama macam dalam wall FB aku... so sweet kan..So aku pun masak la untuk suami tercinta pada petang...hilang la kempunan Cik Abang aku tu :-)
nasi goreng cili padi + bunga kantan dan ikan kecik goreng garing |
Ini pula menu pada hari Selasa. Ini menu bidan terjun ni. Konon pada mulanya nak masak bubur kanji, tapi alih2 rasa nak makan nasi goreng la pula. Kebetulan telur ayam dalam peti sejuk dah habis, so fikir punya fikir alih2 buat nasi goreng cili padi jer la. Kebetulan pula bunga kantan tu ada la sikit kat dalam peti, rasa teringin pula nak hiris bunga katan masuk kat dalam nasi tu...Yang bestnya nasi aku tu jadi harum semerbak dek bunga kantan tadi :-). Ikan kecik tu aku selalu buat cucur ikan tapi semalam rasa teringin nak ratah garing2 so goreng jer la. Memang rangup bila makan waktu panas2 erm..yummy...:-). Nanti korang cuba la resepi ni, senang, cepat dan ringkas tapi yg penting mengeyangkan :-).
roti bakar cicah sambal sardin |
Ini menu hari ini, hari Rabu la hehehehe...bukan apa tadi masa dok tengok gambar2 lama kat FB terpandang la pula menu yg kami berdua makan masa ke Puncak Jerai tahun lepas. Masa tu kami pilih menu roti bakar cicah dengan sambal ikan bilis. Hari kebetulan stok ikan bilis dah habis, so buat sambal sardin jer la. Sedap juga uols :-). Roti tu dalam 2 keping jer aku bakar. Memang sedap bila makan panas2.
So itu la sorotan menu dalam 3 hari ni. Insya Allah nanti akan dikumpulkan lagi koleksi menu untuk dimuatkan di dalam blog aku yg tersayang ni...Adios!!
No comments:
Post a Comment