gambar sekadar hiasan |
Salam hari Selasa dari ku yg masih setia di sini. Wah dah macam intro rancangan Nona la pula hehehehe....Hari ni nak beleter sikit. Citer tentang Jet Pejuang. Rumah kami ni memang dekat sangat dengan Pangkalan TUDM Butterworth. Kira glamer juga pangkalan TUDM ni tau. Sebab semua menteri yg datang ke Penang ni pasti akan mendarat pesawat peribadi mereka tu kat situ. Kira jd tempat tumpuan la juga.
Tapi citer tu semua tak penting, ada citer lebih penting ni, aku memang dah tak tahan sangat2. Taik telinga ku pun dah boleh terkeluar cair kalau tiap2 hari dengar bunyi jet pejuang ni dok naik turun. Alahai boleh migrain tau. Bulan lepas ok lagi, tak der la teruk macam 2 minggu kebelakangan ni. Ini semua gara2 LIMA katanya.
Tapi serius aku kata kalau orang yg ada penyakit jantung memang boleh mati terkejut. Tiba2 naik atas bumbung rumah ni rasa macam nak bergegar kepala otak ni kejap. Aduhaiii memang bingit sangat. Dia orang akan terbang dalam setengah jam rehat dalam 20 minit macam tu la. Tapi petang ni hujan so aktiviti latihan dihentikan buat seketika. Esok sure ada lagi ...
Tapi aku memang tak kisah sebenarnya pun, sebab bukan selalu dia orang ni nak terbang kat atas udara ni. Cuma kalau ada big events macam ni la rupanya. Cuma lately ni makin bingit tu yg buat aku tak tahan ....:-(
Tapi apa pun aku amat berbangga sebab mereka ni semua sangat2 komited dengan kerja mereka, harap2 lepas ni dah tak der bising yer...amin...:-)Peace no War :-)
No comments:
Post a Comment