mee sanggul goreng udang |
bihun goreng |
maggie bandung |
Jom citer bab makan lagi. Menu pertama aku tu mee sanggul goreng dengan udang. Menu ni kalau tak salah buat hari Sabtu lepas. Masa tu Hubby balik kampung, macam biasa la melawat ayah dan mak di kampung. Aku tak ikut sebab Hubby ada mesyuarat JKKKP lepas tu. So aku duduk kat rumah jer la. Bila Hubby balik terus dia kata "Sayang masak mee sanggul malam ni boleh?" Tak kan la aku nak kata tak boleh pula kan, so aku tersenyum terus ke dapur. So bila dah siap ini la hasilnya...jemput makan yer korang...sedap la mee ni, hasil buatan orang melayu kita, Insya Allah ditanggung halal.
Menu kedua pula buhum goreng. Ini menu hari Isnin lepas. Saja jer aku tak lalu nak makan nasi so aku pun goreng la bihun ni. Alhamdulillah kenyang sudah. Tapi betul la bila makan bihun kita boleh rasa sama jer kenyangnya dengan makan nasi. Sebab bihun pun dibuat dari beras juga kan. So syukur ini lah menu aku untuk hari Isnin...
So menu ketiga ialah menu aku untuk hari ni. Aku tak nak makan nasi lagi. So kebetulan semalam masa balik dari nonton wayang citer "Puss in Boots" kami singgah makan kat Panati Bersih, masa tu Hubby pesan maggie sup, aku pula yg teringin nak makan maggie hari ni. Maka jadilah Maggie Bandung ala CT hehehe...
So korang harapnya korang enjoy la dengan tatapan menu aku kali ni...:-)
No comments:
Post a Comment