Saturday, December 24, 2011

RINTIHAN KU



aku dan mama
Hari ni 24 Disember 2011 genaplah setahun pemergian bonda ku ke alam sana. Sungguh syahdu, sungguh pilu, hanya Allah yang tahu.

Tahun lepas di tarikh yang sama aku masih terbayang di saat bonda ku bertarung nyawa. Waktu tu jam tepat 4.30 pagi…aku terjaga bila Mak Cik ku mengejut ku dari tidur. Kata Mak Cik bandan mama panas sangat. Bila aku cek di telinga menggunakan thermometer Masya Allah suhu meningkat ke 45C. Aduh aku rasa sungguh ketaq…seluruh anggota badan ku menggigil…Aku seolah2 tahu harinya sudah tiba.

Sebelum tu pada sebelah malamnya, sewaktu aku mengelap mama…aku memang dah rasa lain…mama seolah2 tak nak lansung buka mata pandang ke arah ku. Memang mama koma tapi bila aku mula lap badan mama sehari 3 kali mama pasti akan buka mata tengok. Dan aku pula akan mula borak ngan mama citer itu ini…Mama memang dah tak bercakap dari bulan Julai sampai la akhir hayatnya.

Bila aku tahu mama demam lansung aku tumbuk panadol bancuh dengan air untuk aku masukkan ke dalam tiub. Sambil2 tu aku lap badan mama dengan air sejuk. Selang sejam aku cek semula suhu masih sama…Ya Allah sekali lagi badan aku menggeletar. Tapi aku kuatkan semangat. Aku cuba menidakkan apa yg aku fikirkan.

Azan subuh pun berkumandang, aku tak mahu tinggalkan mama. Mujur la masa tu kami dah di rumah. Mama di benarkan pulang ke rumah setelah hamper 4 bulan kami dua beranak berkampung di wad Hematologi. Semua orang kenal kami, aku berpuasa dan beraya di sisi mama. Ya Allah itu satu pengalaman yg sangat2 berharga  buat ku.

Aku solat di sebelah katil mama. Lepas solat aku tengok mulut mama terbuka, aku cek oksigen aku takut oksigen tak berfungsi, sebab seminggu sebelum tu tiba2 mesin oksigen rosak..tengah malam aku pergi tukar dengan kawan baik mama Mak Cik Bah.

So lepas tu aku tengok dada mama berombak kencang. Tiba2 aku teringat dengan kawan2 yg tinggal di hospital dulu. Bila nak meningal begitu la cara mereka. Tapi cara mama ni lebih lembut, tenang tapi mata masih pejam tak nak buka walaupun aku jenuh memanggil mama…

Tepat jam 7.00 aku mula mengelap mama. Aku pakaikan mama dengan baju warna merah,sebab mama suka sangat baju merah yg aku beli masa belajar di UiTM Shah Alam dulu. Aku dengar sayup2 suara Mak Cik ku call bapak saudara ku semua. Minta datang sebab mama dah nazak.

Aku pun telefon suami ku yg berada di rumah kami di Telok Air Tawar. Mujur la suami ku baru jer balik dari Medan.

Tepat jam 8.30 aku mula di suruh mengajar mengucap…Ya Allah masa tu Tuhan jer yg tahu hati aku…betapa hancur luluh rasanya. Tak tertanggung aku dengan azab untuk ditinggalkan mama yg tercinta.

Sambil ajar mama mengucap aku tak lepas pelukan pada mama. Sampaikan ada jiran yg datang tarik tangan ku…katanya jangan peluk sebab mama dapat rasa kehadiran ku…nanti nyawa akan tersekat2…bapak saudara ku dah mula mengalir air mata…aku ni masih kuat…masih berpura2 konon tak nak nangis…tapi makin lama mata ku jadi semakin kabur…aku memang tak dapat nak melepaskan mama.

Tiba2 nurse Hospic yg selalu datang merawat mama datang. Dia minta aku buatkan minuman untuk mama minum. Bila aku tarik dari dalam perut mama, air yg keluar berwarna hitam. Sekali lagi kaki lemah…aku tahu itu darah. Pagi tadi masa saling pampers aku tahu dah pundit kencing mama dah stop.

Aduhai…aku mesti hadapi walau pun pahit walaupun perit. Tiba2 aunty nurse tu minta aku ke dapur amik air suam…aku degil…aku amik air kosong…sampaikan aunty nurse tu marah…Mak Cik ku pula terus mengajar mama mengucap di hujung kepala.

Dengan terpaksa aku pergi juga ke dapur…selang beberapa minit aku dengar jeritan aunty ku iaitu isteri Pak Long…Aku berlari dengan air panas di tangan…bila aku sampai mama dah pun pergu buat selamanya…Ya Allah jatuh terduduk aku di tepi tiang…aku dah tak mampu nak berjalan. Namun aku gagahkan juga…tapi aku tak mampu berdiri…aku merangkak sampai ke katil mama…aku meraung sekuat hati…semua yg ada di situ turut menangis melihat keadaan ku.

Aku terus capai talipon dan call suami ku…masa tu suami ku dalam perjalanan ke kampung…Tepat jam 9.45 pagi Hari Jumaat 24.12.2010 bersamaan 18 Muharram 1432H aku dengan rasminya menjadi anak yatim piatu…

Ya Allah sungguh perit mimpi yg aku alami…sampai kini aku masih boleh nampak apa yg terjadi sepanjang aku bersama mama bermula pada bulan Mac sampai la December…Perit sungguh Ya Allah…tapi aku gagahkan juga…

Memang orang nampak aku ceria…tapi itu cuma di luar…dalam hati ku sunyi sepi…bukan mudah nak jadi anak tunggal yg yatim piatu…Mujur la Allah memberi kan aku seorang suami…Terima kasih suami ku Ibrahim Nordin kerana sudi menyintai ku seadanya..

“Mama, Ct rindu sangat kat Mama…Ct rindu suara Mama, Ct rindu pelukan Mama, Ct rindu masakan Mama, Ct rindu ciuman Mama, Ct rindu belaian Mama, Ct rindu nasihat Mama…tapi itu semua sudah tiada…tapi yang pasti Mama tetap bersemadi di dalam hati Ct…Al-Fatihah – Hajah Fadhillah bt Noor Mohd 20.02.1950 – 24.12.2010”

No comments: