gambar sekadar hiasan tp salah satu azam ku juga |
Setiap kali hujung tahun dan bila nak melangkah ke tahun yg baru pasti rata2 akan bicara soal AZAM...begitu juga dengan aku, yg tak lepas dr topik sebegini. Azam aku sebelum2 ni banyak yg tak jadi. Maklum la kita hanya merancang tapi Allah yg menentukan.
Bagi tahun 2012 aku rasa tak perlu lah aku memasang niat untuk mencapai bintang di langit, karang di lautan...cukup lah sekadar aku bermuhasabah diri. Kembali pada realiti, tak perlu berangan2 ingin kan sesuatu yg bukan milik kita sepenuhnya. Sebab kita pun hanya di pijamkan sahaja di atas muka bumi ini. Tak perlu la kita berlagak seolah2 kita tak akan meninggalkan dunia yg serba serbi penuh dengan kepura-puraan.
Azam aku hanya satu "kurangkan dosa, tingkatkan pahala"..."butakan mata dengan perkara2 yg tidak elok, tulikan telinga dari umpatan keji manusia, bisukan lidah dengan kata2 nista, lebihkan bersabar dengan segala masalah yang melanda dan teruskan bersangka baik dengan Yang Maha Kuasa..." itu dah memadai buat aku. Aku manusia lemah, tak mampu berdiri dengan sendiri, kadangkala aku bagaikan si buta perlukan tongkat untuk berjalan, perlukan payung untuk berlindung.
Tapi tahun 2010 dan 2011 mengajar aku erti kesabaran, kehidupan, persaudaraan dan juga persahabatan. Aku dah mula mengenali siapa kawan, siapa lawan, siapa yg mampu untuk aku menumpang kasih dan siapa yg perlu aku jauhi. Jika aku bermasalah, tak perlu lah aku mengadu pada manusia cukup la dengan ALLAH...manusia tak akan memahami dan tak akan sesekali menghargai aku. Aku redha dan akan terus berlajar redha...
So sempena tahun baru ni, aku harap saudara mara, kawan2 dan sahabat handai ku akan capai impian yg mereka impikan...doa aku selalu mengiringi mereka supaya mereka akan terus berbahagia hingga ke syurga.
Setiap tuba yg diberi akan ku balas madu sebagai ganti...renungkan ...
No comments:
Post a Comment