cinderella's steps sister |
princess hours |
Salam hari Jumaat. Sejak aku kembali menjadi PermaiSURI di RUMAH ni, aku kembali dengan hobi lama apa lagi kalau bukan layan drama korea. Tapi tak der la semua yg aku layan, memilih juga la hehehe...
Citer yg pertama aku layan adalah citer "Cinderella's Step Sister". Sedih juga citer ni. Sorang anak yg bertuah dan menjadi kesayangan ramai iaitu Goo Hyo Sun dan sorang lagi mempunyai masa silam yg hitam yang bernama Eun Jo . Mereka berdua mempunyai personaliti yg berbeza dan sering berebut lelaki yg sama. Namun walau pun begitu, Eun Jo yg mempunyai personaliti yg kasar sering menjadi pemerhatian setiap jejaka. Ini telah membuatkan rasa cemburi di hati Goo Hyo Sun.
Konflik ini bermula sejak ayah Goo Hyo Sun seorang yg kaya raya mempunyai sebuah kilang arak yg terbesar di Korea telah berkahwin ibu Eun Jo yang dahulunya merupakan orang gajian di rumah besar Goo Hyo Sun. Namun begitu ibu Eun Jo lebih menyayangi Goo Hyo Sun manakala Eun Jo pula sering tidak dipedulikan oleh ibunya sendiri.
Memang layan la citer ni...so aku akan terus menonton hingga ke akhirnya.
Citer kedua pula, aku baru jer layan. Hari ni baru masuk episod kedua. Citer di mana seorang gadis rakyat biasa akan berkahwin dengan seorang putera raja. Ini semua gara2 perjanjian antara datok masing2 semasa berkhidmat di pasukan tentera dahulu. So kena tengok lagi ni...tak dapat la aku nak huraikan kat sini. Sebab aku pun baru jer ikuti citer ni.
Kalau ikutkan citer ni memang dah lama, tapi maklum lah aku ni jarang tengoj TV sangat...lagi pun dalam tahun 2007 aku bzz dengan kerja. So sekarang dah jadi PermaiSURI boleh la layan TV bila2 masa yg aku suka...Enjoy giler tu :-)
2 comments:
CITER PRINCESS HOUR TU BEST LER. DAH TGK DAH CUMA CITER YG 1ST TU X TGK.
Aira, citer yg pertama tu citer baru setiap hari di TV 2 ciderella stepsister...best juga citer tu :-)
Post a Comment