Friday, December 23, 2011

HONEYMOON MOOD

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Mula dari hari Rabu lagi aku asyik dapat kejutan yg gembira dari suami ku...aduh syahdu la juga. Maklum la suami ku ni kalau sesekali beromantik memang cair aku dibuatnya...

Lagi pun aku tahu kenapa suami ku sering mengembirakan aku semenjak dua menjak ni...sebabnya dia tak nak aku bersedih sebab esok 24 Disember 2011 genap lah setahun bodan ku pergi meninggalkan aku buat selamanya...Aku memang sedih tapi hidup ku mesti di teruskan sebab aku punya tanggungjawab di atas muka bumi ini. Namun doa dan zikir tak pernah aku tinggalkan untuk bonda ku.

Suami ku memang dah merancang lama nak bawa aku pergi, tapi atas kesibukkan asyik tertangguh jer la percutian kami. So kali ni without any planning terus Hubby buat keputusan jom pi honeymoon. Lagi pun dah dekat 2 thn aku tak pi jalan2. Tahun lepas thn sedih buat diri ku...So tahun ni aku mesti bangkit semula untuk melangkah mengharungi hidup.

So esok kami akan ke Hatyai untuk bercuti. Semua ni suami aku yg uruskan, aku just bawa diri jer :-). Apa pun semoga percutian kami akan di rahmati Allah...semoga perjalanan kami dilindungi Allah...amin...

No comments: