ombak rindu |
Hari ni seperti yg dijanjikan kami berdua keluar dating sama2. Memang niat nak menonton wayang citer Ombak Rindu. Memang ramai yg layan citer ni. Tempat duduk boleh dikatakan penuh la juga.
Masa mula citer ni start, aku tengok Hubby macam tak berapa nak minat. Tapi lama kelamaan Hubby semakin dekat dengan aku hinggakan tangan kami bersentuhan. Syukur Alhamdulillah Hubby aku dapat merasai kesan dari jalan citer ni. Itu belum Hubby baca novel Ombak Rindu kan hehehe...
Terus terang aku katakan beberapa kali air mata aku menitis. Memang sedih pada setiap babak. Lakonan Maya Karin memang menjadi, watak Izzah di bawa dengan penuh sopan dan santun. Begitu juga watak Haris yg dimainkan oleh Abang Aaron Aziz sangat2 terkesan di hati ku. Terutama bila air mata lelakinya menitis ia benar2 menyentuh hati kewanitaan ku.
Permandangan kampung dalam scene citer ni sangat2 menarik. Gambar atau view yg di shoot memang cantik dan mendamaikan. Aku rasa tenang bila menonoton citer ni.
Garapan cerita di satukan dan di pendekkan dari novel. Kalau ikutkan novel panjang lagi citernya. Tapi di susun menjadi padat dan penuh dramatik. Tahniah kepada Osman Ali yg berjaya menjadikan cerita ini sehebat novelnya.
Lepas keluar dari panggung, aku masih terbawa2 dengan watak sedih hehehe...tapi suami aku telah menceriakan aku dengan tiba2 membeli sesuatu untuk aku...so sweet...TQ so much Dear...one more handbag to go. TQ Allah kerana memberikan aku seorang suami yg mempunyai sikap romantisnya yg tersendiri...
So far malam ni aku enjoy dengan the movie and also the extra movie that we had together...TQ Allah...:-)
No comments:
Post a Comment