Friday, December 30, 2011

KISAH SEMALAM

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Semalam buat kali pertama aku berperang dalam FB, tapi niat aku yg sebenarnya bukan la nak berperang tiba2 aku jdi marah sebab ayat2 aku telah di palgiat di salah sebuah wall seorang rakan FB. Tapi sebenarnya aku tak pernah pun add rakan tu. Bila di teliti semula orang tersebut masih budak sekolah, itu membuatkan keegooan ku semakin menebal. Aku mula bahasakan dia secara terang2an...Mungkin dia berasa malu. Terus dia memarahi aku di wall. Aku bertambah marah pada mulanya... tapi lepas tu aku rasa aku lah manusia yg bodoh kerana bergaduh dengan seorang yg boleh menjadi anak aku sebenarnya.

Budak tersebut masih terus-terusan bercakap yg bukan2...kawan2 yang lain mula membela aku, dia orang nak aku unfriend jer...tapi dalam sudut hati aku ni aku rasa nak sangat kenal dengan budak tersebut. Sebab aku tahu dia anak yg pintar dan umurnya baru 12 thn.

Tapi kalau tengok pada kata2nya memang kasar dan agak keterlaluan...tapi aku cuba bertindak tenang, rakan2 aku yg lain tak habis2 menyokong aku dan memarahi anak tersebut...dan anak tersebut masih lagi melawan kawan2 aku dengan kata yg boleh diketegorikan tak sesuai la dengan umurnya tu.

"Ramai yg tak puas hati dengan eding tentang Dhia...tapi bagi aku ia terbaik, sebab pengarah cuba membawa kita akan erti muhasabah diri...jika kita tengok Ku Salmi yg tak insaf walau pun sampai akhir episod, ini bermakna terlalu banyak titik hitam dalam hatinya...maka Allah dah tutupkan jalan keinsafan dalam dirinya...cuba kita dengar kata Dhia sebelum meninggal, cinta yg sebenar adalah cinta dengan Allah...maka pulang lah keduanya pada cinta yg sebenar..kerana masing2 sangat kuat mencintai antara keduanya...lain org lain pendapat kan :-)"
 
Ayat ini lah menjadi punca pergaduhan kami. Tapi selang beberapa minit aku cuba ber PM dengan anak tersebut...Alhamdulillah aku mampu mengawal situasi...Betul kata sesetegah orang bila kita berbicara dan berkomunikasi dengan betul segala kekusutan itu akan terungkai. Alhamdulillah segalanya dapat di seleseaikan dengan baik. Terima kasih Ya Allah di atas KESABARAN ini.  

Kesilapan semalam banyak mengajar aku tentang erti sebuah KESABARAN yg sebenarnya, kalaulah semalam aku masih berkeras menangkan diri ku dan melayan keegoan ku pasti aku tak akan temui jalan penyelesaiannya...mengalah bukan beerti kalah tetapi menyambung sebuah ikatan silaturahim bagi sesama muslim...Terima kasih Ya Allah di atas kesabaran ini...

No comments: