Friday, November 18, 2011

JATUH CINTA

gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum...

Hari ni aku cerita tentang aku yg pernah jatuh cinta. Ini kisah benar ni. Tak der curi mana2 idea dari orang lain tau :-) Ini kisah benar antara aku dan Si Dia yang aku namakan Si 'A' ok.

Sepanjang hidup aku, aku memang susah nak falling in love kat orang, orang yg ditimpa perasaan kat aku banyak hehehe...perasan la pula. Tapi itu la hakikatnya. Kalau aku suka pada seseorang tu maknanya aku sangat mengaguminya. Itu saja tak lebih dari tu...dalam erti kata lain aku SUKA la kat dia tapi bukan jatuh cinta.

Kisah ni bermula masa aku kat UiTM Shah Alam sekitar tahun 1999 macam tu la. Masa tu aku di tahun pertama tapi semester kedua. Masa semester yg pertama tu aku tak der la pula ditimpa perasaan apa pun kat mamat 'A' ni...tapi entah la masuk semester kedua aku rasa lain sangat perasaan aku kat dia. Pelik la juga pada mulanya...Sebab ini la kali pertama aku rasa syok giler kat seseorang dan yg bestnya aku gi kelas sure nak tengok mamat ni bukan gi kelas nak belajar hish...gataii sungguh aku time tu hahahaha....

Bila aku tengok wajah mamat ni aku rasa tenang sangat, aku rasa aku berada di alam yg lain. Pendek kata apa yg aku buat semuanya nampak wajah mamat 'A' ni la...alahai tragis sungguh...Nak makan nampak wajah dia kat dalam pinggan, nak minum nampak kat dalam cawan alahai angau giler dah aku ni :-)

Masa kat UiTM ni nak kata aku tak der peminat pun tipu la nampaknya kan...tapi aku tak layan pun dia orang yg suka kat aku tu semua, sebab aku ingat pesanan arwah mama, "Chek pi sana ingat bukan nak cari suami tau, tapi nak belajaq, ingat arwah tok pesan masa kat Madinah dulu"...sebab tu la aku tak layan peminat2 aku semua tu hehehe....perasan la pula...tapi secara jujurnya memang ramai yg nak aku ni, tapi tu la kan aku ni penakut...Lagi pun aku ni tak amik PTPTN apa semua, total aku dapat wang belanja dari arwah mama dan juga mak cik aku. So kalau aku buat perkara2 yg tak senonoh sama la macam aku khianatkan mama ngan mak cik aku kan.

So berbalik tentang kisah cinta pertama aku ni. Korang tahu, bila aku dapat tau kata si 'A' ni dah ada gf aku jadi frust giler. Makan pun aku tak nak. Alahai memang sedih giler tau uollss...kalau korang nak tahu, bila masuk kelas ada jer mamat 'A' ni aku akan lari duduk belakang, lepas tu kalau dia turun tangga depan aku sanggup turun tangga belakang, kira tak nak jumpa la ngan dia. Lama juga la perkara ni terjadi...sampai la ada yg dapat menghidu perubahan aku, bukan apa aku ni ketegori bising juga dalam kelas, tapi frust punya pasal aku jd pendiam. Ramai la masa tu kawan2 lelaki yg sekelas dengan aku datang pujuk. Oh yer aku ni masa zaman belajar aku hanya ada sorang jer kawan perempuan yg sangat baik dengan aku...dan kami bersahabat sampai sekarang.

Dan kebetulan pula mamat 'A' ni berpindah kelas, aku hanya akan berjumpa dengan dia bila ada certain2 class jer. So selesai juga la masalah aku. Dan sampai sekarang aku rasa mamat 'A' ni tak tahu pun yg aku pernah jatuh cinta tahap gaban kat dia hehehe...

Cerita ni dah lama pun berlalu, tapi masih segar di ingatan ku, sebab itu la kali pertama aku jatuh cinta dan cinta aku tak berbalas pula tu hehehehe...kelakar la pula bila difikirkan. Tapi aku bersyukur sebab mamat 'A' tu sekarang dah sangat bahagia dengan anak2 dan isterinya yg merupakan gf dia masa di UiTM dulu, dan aku pun sedang berbahagia dengan suami yg aku cintai sekarang Alhamdulillah....

So pendek kata di sini aku nak khabarkan bahawa cinta tak semestinya berbalas, dan cinta juga tak semestinya akan bersatu...kerana Allah lebih tahu mana yg baik untuk kita. Jika kita rasa dia baik untuk kita sedangkan Allah kata tidak maka ianya tidak akan berlaku...so ajal, maut, jodoh pertemuan semuanya ditangan Yang Maha Esa...:-)

2 comments:

SayangSal said...

wow.....terkezutnya aku......dalam diam2 ko jatuh hati yer.....kenapa aku tak tahu erk?....bukan sulu ko dikenenkan denga si "s"...ha ha ha....tp kenapa "A"..hu hu hu...apa-apa pun.....best gak...imbas semula.....ha ha ha ha...:)

Siti Azlina Abdul Aziz said...

hehehe...siapa itu "S" majistret, lawyer, apa ahli muzik hahahaha...amboi kau...itu lebai belek nama timangannya...tak per nanti citer tu pun aku masukkan kat sini yer...tunggu masa aku nak imbaskan semula kisah2 kita di UiTM dulu...aku rindu sangat2 masa tu tau...