Tuesday, November 8, 2011

DAH LAMA TAK CITER BAB MAKAN

nasi ayam percik
nasi ayam berempah
Assalamualaikum...

Hari ni nak citer bab makan la, sebab rasa dah lama tak citer bab makan2 ni hehehe...ini menu pada 29 Oktober lepas. Balik jer dari tusyen terus Hubby bawa pi makan nasi ayam periuk besar kat Penaga. Memang sedapm macam2 jenis nasi ayam ada kat sini. Pilih jangan tak pilih ok :-)

roti bakar telur
roti tisu
Hari Ahad pula 30 Oktober kami singgah la kat kedai nasi kandar. Hujan pula renyai2 kat luar tu...so kami just pilih menu simple. Aku pilih roti bakar dan telur my hubby pula pilih roti tisu. Roti tisu tu memang sedap la...rapuh sangat...:-)

ais kacang spesel
Ini pula ais kacang kat Queensbay Penang. Sebelum kami nak pergi menonton "The Lion King" kami pekena ais kacang ni dulu. Memang sedap. Kalau nak tambah buah2an kena bayar RM 1. Tapi memang berbaloi la korang...sedap tu :-)

ikan duri masak asam pedas tumis
putu mayam
Hari ni aku masak asam pedas tumis ... first time buat perencah sendiri. Kalau tidak aku selalu guna perencah jenama Mak Nyonya itu jer. Petang pula Hubby aku teringin nak makan putu mayam. So dia terus gi beli putu mayam masa mamak datang menjual kat bawah rumah. So korang jom cuci mata tengok menu kat entry aku kali ni yer..:-)

1 comment:

BuDaK cOmOt said...

*drooling*
sedapnya makanan2 nie
putu mayam tue yang tak tahan
lama tak makan putu mayam