aku bergambar bersama adeq |
Salam hari Isnin. Aku nak citer sikit pasal hari Sabtu yg lepas. Aku dan suami ke Queensbay nak tengok citer "The Lion King 3D Animation". Kami ke sana sebab tayangan hanya ada kat panggung wayang di Queensbay sahaja. Kebetulan pula waktu tayangan yg tinggal hanya lah jam 10.00 malam. Mahu tak mahu kami tunggu la kat sana. Dah la petang tu hujan lebat, tapi di sebab kan keinginan isteri yg nak tengok juga2 citer tu si suami turutkan saja...alahai sweetnya...suami sapa la tu kan hahahaha....:-)
Sesampai kami kat sana macam biasa la suami ku sure akan cari kedai kegemarannya apa lagi kalau bukan FOS :-). Tiba2 aku ternampak seseorang yg rasanya aku kenal. Bukan apa kami berdua pernah jumpa dengan insan istimewa ini masa bulan puasa yg lalu. Masa tu kami berbuka puasa kat RasaMas Sunway. Dengan secepat kilat ingatan ku kembali, so aku pun cakap ngan Hubby "sayang, rasanya i kenal la baby tu..." Terus my Hubby toleh, dan Hubby pun tersu gi tegur ibu anak istimewa ini. Apa lagi kami berpeluk sakan la. Yg anehnya macam dah lama kenal pula mesranya.
So Hubby tinggal kan aku dengan ibunya. Aku pun tanya nama ibu anak istimewa ini. Adura katanya...dia membahasakan dirinya Kakak, tapi aku yakin umur kami mungkin sebaya. Setelah lama berborak betul la kami sebaya, dan ternyata aku la kakak :-) sebab aku lahir bulan Januari.
Berbalik pada cerita anak istimewa ini, anak ini masa lahir kedunia normal, tapi bila umur 5 thn dia disyaki mempunyai ketumbuhan dalam otak. Terus aku teringatkan arwah mama ku. Kami panggilnya dengan nama ADEQ. Dia terlalu istimewa di mataku. Kalau kita senyum dia akan seronok sangat2. Dan rasanya aku pernah citer hal anak ini dalam FB aku kat bahagian notes ...
Kebetulan pula Sabtu lepas adalah hari lahir Adeq yang ke 9 thn. Adeq tak boleh bercakap dan tak boleh berjalan. Memang sedih...tapi ibunya sangat tabah. Dan untuk pengetahuan korang ibunya juga adalah single parets. Alahai syahdunya...Apa pun aku harap kawan2 marilah kita mendoakan akan kesihatan anak istimewa ini...sesunguhnya Adeq sangat2 istimewa di mata kami berdua..Buat ibunya Adura, ini la dugaan untuk kita...aku kagum dengan ketabahan ibu muda ini...:-)Semoga Allah lindungi keluarga ini amin...
No comments:
Post a Comment