Hari ni baru ada kesempatan nak up date blog. Bukan apa Broad band aku tu buat hal la pula, terus aku pun jadi malas nak up date. Line broad band aku tu jd lembap. Aku pun tak tahu kenapa...
Ok hari ni aku nak citer tentang kisah ku pada hari Jumaat yg lepas, di mana aku merasa malu dengan diri aku sendiri sebab aku tak mampu membaca tulisan JAWI dengan lancar. Ini semua terjadi sewaktu aku menjaga kelas 5 Zamrud yg menjawap kertas soalan Pendidikan Islam. Merangkak-rangkak aku membaca JAWI ...malu la pula...
Tapi tak boleh nak salahkan aku juga, sewaktu aku belajar di sekolah rendah dan menengah dulu, tulisan JAWI tak begitu penting, malah kami boleh menjawap soalan menggunakan bahasa RUMI. Maka aku banyak menggunakan bahasa rumi. Memang soalan di tulis dalam Dwi Bahasa, tapi aku tetap akan menjawap dalam bahasa RUMI.
So sebagai langkah permulaan, aku telah memilih buku "Mastika" untuk aku jadikan sebagai sumber pembelajaran ku. Terkedek2 juga la aku membacanya. Tapi syukur alhamdulillah aku dapat juga habiskan artikel tersebut walau pun hampir 2 jam aku membacanya.
Insya Allah mudah-mudahan niat aku ni akan di berkati Allah...Insya Allah :-)
majalah mastika menjadi bahan rujukan ku |
artikel pertama menjadi bahan bacaan ku |
tajuk artikel pertama ku "kenapa perlu ada papan tanda itu?" |
2 comments:
da lama x baca jawi, mesti i pon baca tersekat-sekat kalau dpt buku/majalah jawi mcm ni :)
sebab merangkak dan ada rasa malu tu la yg i mula belajar semula...memang lambat habis satu artikel...tapi i tetap usaha untuk habiskan...so far dah masuk 4 artikel jawi yg i dah baca :-)
Post a Comment