Thursday, October 13, 2011

MENU KU SEMINGGU

Assalamualaikum...salam sayang dari ku :-)

Hari ni aku nak citer makan2 la hehehe...Menu aku selama 4 hari pada minggu ini menjadi topik cerita kita pada entry kali ni.

Alhamdulillah aku panjatkan rasa syukur ku kerana aku masih boleh masak walaupun aku bekerja. Sebab beberapa bulan lepas aku memang tak larat nak masak bila balik dari kerja. Tapi kali ni aku jadi rajin la pula hehehe...itu perubahan baik kan. Lagi satu perubahan ku yg paling ketara, aku dapat up date blog aku setiap hari amazing hehehehe...hebat tu :-)...TQ Allah sebab berikan kudrat untuk aku teruskan kerja2 aku di dunia ini...Ini satu kenikmatan yg terindah buat diri ku, terutama bila aku dapat masak untuk suami tercinta...Alhamdulillah...

MENU HARI ISNIN

sup tulang rusuk
sambal udang petai
ikan kembung goreng garing
Memandang kan aku puasa sunat Isnin so kena la aku berbuka puasa dengan nasi. Maklum la masa sahur aku minum susu anlene jer. So ini la menunya...Sedap betul la sambal petai dengan udang tu. Sebab kali ni aku letak sedikit belacan dan juga santan. Alhamdulillah kenyang sudah kami di hari Isnin lepas.


MENU HARI SELASA

bihun tom yam
Menu hari Selasa simple, cepat, mudah, ringkas, kenyang dan sedap heheehe...sedap la juga kan. Nanti kalau kata sedap lebih2 perasan la pula aku nanti. Lagi pun dah lama tak makan bihun tom yam, itu sebab la aku masak untuk dijadikan menu pada hari Selasa kami berdua :-)


MENU HARI RABU

ko tiew goreng telur mata
Rasa macam dah lama tak makan ko tiew goreng, itu la yg masak untuk menu hari Rabu. Aku letak sedikit ikan bilis sebagai penambah rasa. Memang sedap la korang. Udang pun aku masukkan juga. Ikan bilis tu aku tumbuk sikit bagi pecah2. So bila kita makan akan terasa la ikan bilis tu...alahai sedap la pula. Nanti nak buat lagi :-).

MENU HARI KHAMIS

ko tiew sup ayam berherba

Menu hari ni aku mencari kelainan. So aku buat sup ayam ala cina. Aku rebuskan ayam dulu, kemudian masukkan bawang putih dan sedikit bawang merah. Kemudian aku buat tumis darat pula...letak lada hitam dengan bawang putih dan bawang merah. Dan yg bestnya aku masukkan mix herb ke dalam sup ni. Memang rasa macam sup ala cina. Boleh tolak angin ni korang memang best. Kemudian sambal nya aku tumis cili boh dan letakkan sedikit tau chu masin sebagai penambah rasa dan sedikit gula sebagai penyedap rasa...layann beb :-)

So korang ini la diantara menu aku untuk minggu ini...Jumpa lagi esok yer :-)

1 comment:

safiah adibah said...

Sedapnya tengok semua lauk! Hehehe lapar terus...