Tuesday, October 11, 2011

SOFIYYA SLOT AKASIA TV3

banner sofiyya
Assalamulaikum wahai rakan2 ku sekalian...:-)

Hari ni aku nak citer tentang drama yg sedang rancak di tayangkan di TV3. Memang mendapat sambutan hangat dari penonton tau...katanya dah capai sejuta penonton yg tonton drama ni...hebat kan...:-)

Ermm..apa kata kita tengok sedikit Sinopsis tentang drama ini yer...:-

Drama Soffiya mengisahkan seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung. Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di dalam penjara.

Soffiya baru mula mengenal erti cinta, namun dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negara. Kemudian, Soffiya berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang. Ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri.
Saksikan bagaimana Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya dalam Drama Soffiya, drama baru di Slot Akasia tv3.
banner rasmi soffiya
Ok itu la serba sedikit ringkasan atak sinopsis dari drama Sofiyya ini. Citer ni memang layann habis la. Aku ni kan peminat Tiz Zaqyah...so mesti aku akan tonton kalau ada pelakon pujaan aku ni hehehe....Masa mula aku layan citer ni, aku memang emosi habis bila tengok watak JAHAT bapa si soffiya ni....angin satu badan aku jadinya...JEBON punya bapak...:-(

Tapi kan korang aku selalu layan drama ni kat Tonton.com jer...sebab kalau kat TV selalu tak sempat la. Lagi pun waktu tu aku tengah sibuk kat dapur. Lepas tu dah nak solat pula. So aku amik keputusan akan menonton kat Tonton jer la.

So kawan2 jom kita sama2 ikuti kisah hidup Soffiya di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis hanya di TV3 ... Layannnnn...:-)

2 comments:

finizaini said...

pnh tngok episod awl2 jer.pehtu xpnh tngok dh.xtau le skang episod bape dh

Siti Azlina Abdul Aziz said...

finizaini, ct layan kat youtube jer :-)kalau TV tak sempat la...