Wednesday, October 19, 2011

ALAHAI SAKIT PERUT LA PULA

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum salam sayang di hari Rabu :-)

Semalam citer aku sakit kaki. Hari ni citer sakit perut la pula. Tapi kaki still sakit lo huhuhu...Sakit perut ni aku rasa dah dua hari, tapi hari ni makin ketara la pula. Senak giler perut aku. Macam ada ribut Lanina dah ni huhuhu....

So tadi lepas balik dari sekolah aku terus ke klinik. Selalunya kat klinik tu ada doktor perempuan, tapi kali ini pekerja kat klinik tu bagi tau "Kak hari ni doktor lelaki tau"...aku terdiam la juga, tapi di sebabkan kesakitan yg aku tanggung ni dah tak tertahan, aku kata tak per la, lelaki pun lelaki la janji aku dapat ubat.

Masa aku pergi tu memang tak der orang, so bila nama aku dipanggil aku terus masuk, alahai muda lagi la pula doktor tu, tapi bila dah sakit ni hilang la rasa malu tu semua. Aku bagi tahu kat dia yg aku sakit kaki. Lepas tu aku cakap tangan kiri aku lenguh, lepas tu aku bagi tau lagi yg perut aku macam ada puting beliung dok berputar. Dan lepas tu aku bagi tahu something important...tak boleh la bagi tau kat sini tuttttt :-).

So doktor tu pun cek la tekanan darah aku, normal katanya 129/80. So aku kata la aku nak cek untuk kencing manis pula, so dia minta aku datang on Saturday. Just for checking. Tapi aku kena la puasa 6 jam mula dari malam.

Tapi apa pun aku harap sangat semuanya akan dipermudahkan oleh Allah. Aku tak boleh berjalan banyak, berdiri terlalu lama dan kalau boleh solat pun kena duduk. Lagi satu aku kena pakai kasut tebal kat rumah...Mudah-mudahan semuanya akan kembali normal...Amin..:-)

2 comments:

Ruziawati Yusof said...

babe, sekarang u rasa mcm mana? masih sakit lagikah? take care ok? risau lak dok baca blog u kali ni..

Siti Azlina Abdul Aziz said...

TQ my friend concern tentang i...perut memang masih sakit...sesekali datang tu memang senak giler...tak tahan la pula...menyucuk2 jer rasanya...kepala memang pusing ni...:-(