Saturday, October 15, 2011

DATING AT GURNEY DRIVE

air longan spesel
rojak best
kerang rebus
siput duri a.k.a siput bintang
gambar isi siput bintang
lepas makan bersantai kat tepi laut pula
dah kenyang dah jom balik
Assalamualaikum...

Semalam hari Jumaat Hubby Chubby ajak aku dating kat Gurney Drive hehehe...alahai romantiknya. Sesekali layan jiwang memang best. Mulanya kami nak gi tengok wayang, tapi alih2 Hubby kata teringin nak lepak kat tepi pantai. So terus la kami naik feri ke Pulau Pinang.

Kalau ikutkan aku ni memang tak berapa nak sihat. Tapi Hubby dah ajak terus jadi bersemangat. Hebat betul pukulan cinta hahahaha....lagi pun dah lama tak keluar malam lebih2 lagi dating kat tepi pantai :-)

So lepas shoping kat Gurney Plaza, terus gi 'Yam Cha' kat Padang Kota Lama...memang layan beb...terutama menu kerang rebus dan juga siput bintang atau nama panggilan aku siput duri. Kerang tu memang puas hati la sepinggan RM5 tapi isi memang besar2. Kami nak order kali kedua terus dah habis...sold out betul la menu kat situ...

So kepada sesiapa yg datang Penang Island jom singgah ke Gurney Drive pekena pasembuq a.k.a Rojak Mamak...memang layann....:-)

No comments: