Monday, October 17, 2011

MATAHARI KU

Assalamualaikum...salam sehangat matahari untuk korang semua...

Hari ni aku nak celoteh citer tentang matahari...kenapa yer matahari...sebabnya matahari banyak memberi kesan dalam hidup ku. Ada kesan yg OK dan ada yg TAK OK :-(.

Kita mulakan dengan yg baik dulu la yer...kesan OK nya ialah...matahari dapat mengeringkan baju yg aku sidai...Maklum la mesin basuh aku rosak kat bahagian keringnya..so memang susah la kalau baju tak dikeringkan dulu. Bukan apa akan lambat la proses peghidratan airnya. Wah tiba2 ada ayat sains la pula :-).

Citer yg tak OK nya ialah aku ni memang sensitif dengan matahari. Bila terlalu lama terdedah dengan matahari mula la migrain ku datang menyerang, bila dah kena serang satu kerja pun tak jadi. So untuk membuatkan kesakitan itu kurang aku kena banyak minum air suam. Kalau boleh aku cuba untuk elakkan amik panadol. Sebab terlalu banyak panadol pun tak elok kan. Selain tu aku akan cepat2 cari benda makanan yg masam, so asam boi tu sentiasa ada kat rumah. Lepas tu aku akan pejamkan mata untuk seketika...relaks....lepas tu insya Allah akan ok la sikit.

Aku memang alergic sangat2 dengan matahari. Masa kecik dulu kalau panas sikit sure kena serang dengan ruam, kulit aku memang sensitif dengan panas. So sebelum keluar aku mesti kena pakai losyen baby johnson. Kalau tidak memang la akan beruam la badan aku huhuhuu.....

Tapi apa pun...aku tetap sayangkan matahari ku...kerana tanpa matahari kita semua akan kegelapan...:-)

No comments: