kamera baru ku |
kamera Hubby |
Ok hari ni aku nak citer tentang kamera baru kami berdua iaitu kamera aku dan kamera Hubby ku. Kamera ni hadiah dari Hubby Chubby ku.Kamera Hubby pula hadiah dari ku hehehe...kira tukar2 gitu sweet kan korang. Kamera lama kami hilang sebenarnya, hilang kena curi huhuhu...sedih betul. Masa tu Hubby gi Medan, dia terlupa nak simpankan kemera BenQ kami tu dalam beg lugage, dia terletak dalam beg sandang jer...so bila sampai rumah baru la Hubby sedar yg kamera BenQ kami tu dah hilang.
So raya puasa lepas, masa kami dok shopping baju raya, tiba2 Hubby kata nak beli kamera la. So aku ni ikut kan ajer. Maklum la dah orang nak menyoping aku memang suka pun hahahaha....
Hubby dah jatuh hati dengan kamera lain sebenarnya. Tapi kalau ikutkan hatinya dua2 dia suka. Setelah berfikir panjang Hubby kata "kita amik dua sekali la sayang hehehe..." I like that statement hahahaha....
So Hubby kata for me dia bayar dan untuk dia aku la yg bayar hish...macam bagi hantaran kawin la pula :-). Tapi akhirnya Hubby yg bayar untuk keduanya sebab katanya this is for present .. alahai sweetnya ... kalau Hubby aku tiba2 romantik memang sweet pun hahahaha....
Yang bestnya untuk kamera aku Hubby yg pilihkan warna, dan untuk kamera Hubby aku pula yg pilihkan warna. Sampai kan jurujual perempuan cina tu kata "aiya abang lu olang banyak lomantik lo hehehe...."
Kalau ikutkan hati kami ni memang nak amik kamera besar tu ...yg DSLR tu tapi faham2 la kan kita ni bukan kaya pun...duit pun tak kering lagi kat dalam bank tu hahahaha....:-)
So Hubby aku pesan, dah beli kamera ni aku kena la selalu amik gambar. Tak payah nak guna Hp lagi. Kalau tidak sebelum ni aku guna Hp aku jer... So sebab itu juga la sekarang ni dalam handbang aku sure ada tambahan gadget iaitu kamera.
So now on...blog dan Fb aku akan penuh dengan gambar2 yg di snap oleh diri ku tungguuuu yer korang :-)
No comments:
Post a Comment