Friday, September 19, 2008

CARA MENGURANGKAN TEKANAN




Cara mengurangkan tekanan
Assalamualaikum,
selamat meneruskan ibadah puasa yer, kali ni ct terbaca satu artikel yang sangat menarik dari internet...so ct rasa nak share dengan semua kawan2 yg melayari blog ct ni...
ini bukan hasil tulisan ct yer, tapi dari petikan yg tertera di bawah artikel ini...jom kita kongsi apa yg patut yer...

akhir-akhir ini anda menyedari bahawa anda mudah hilang sabar, malahan mula meninggikan suara kepada teman-teman sepejabat dan juga kepada orang tersayang. Perubahan ini mungkin disebabkan anda sedang menghadapi tekanan (stress). Setiap daripada kita ada ketikanya melalui atau mengalami fasa tekanan ini. Ini terjadi apabila kita diselubungi perasaan tidak tenteram dan kita merasakan tiada yang kita lakukan menjadi seperti yang dijangkakan dan berlaku sesuatu di luar dugaan. Tekanan boleh disebabkan oleh kerja, keluarga, jatuh sakit, bunyi bising atau apa sahaja sebab yang boleh menimbulkan kerunsingan. Pelajarilah cara-cara untuk mengenali tanda-tanda yang menunjukkan anda mengalami tekanan. Perhatikan petanda-petanda awal seperti: Adakah anda mudah marah, jarang ketawa dan menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian kepada sesuatu tugasan ataupun tanda-tanda fizikal seperti perut yang memulas seolah-olah anda berasa gugup (nervous) dan anda sendiri tidak dapat menjelaskan sebab-sebab yang menyebabkan anda sedemikian. Walau apapun tanda-tandanya, cara anda menanganinya adalah mustahak kerana inilah yang boleh membawa kepada perubahan yang terbaik untuk diri anda. Di sini diberikan beberapa cara untuk dilakukan supaya bebanan tekanan dapat dikurangkan. Lakukan banyak kegiatan fizikal kerana ini mungkin adalah cara terbaik untuk mengurangkan tekanan. Jangan duduk terlalu lama di meja kerja anda, bergeraklah dari masa ke masa. Pada waktu petang, bawalah teman atau anak-anak anda berjalan-jalan di taman dan anggaplah ia bersenam sambil mengeratkan ikatan silaturahim. Anda dapat menentang tekanan sekiranya senaman dijadikan sebahagian daripada cara hidup anda. Kurangkan berat badan anda terutamanya jika berat badan anda itu melebihi had yang ideal buat anda. Berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan. Amalkan pemakanan yang sihat mulai hari ini dan katakan tidak kepada makanan berlemak. Jangan abaikan waktu makan atau mengurangkan waktu tidur. Adalah amat mustahak untuk anda mengambil berat tentang keperluan asas tubuh anda supaya ia dapat berfungsi seperti yang sepatutnya. Cuba amalkan pengambilan vitamin untuk menggantikan zat-zat yang hilang ketika badan mengalami tekanan tetapi ini tidak bermakna anda harus mengabaikan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Dapatkan tidur yang cukup dan jadikan kamar tidur anda sebagai tempat untuk beristirahat dan bukannya tempat untuk bekerja. Berehatlah apabila anda mula berasa keletihan. Contohnya, berjalan-jalan selama 5 minit, melakukan senaman regangan, mendengar lagu-lagu kegemaran anda ataupun meminum air sejuk yang menyegarkan. Belajar untuk meluangkan masa untuk diri sendiri sekurang-kurangnya beberapa minit untuk setiap dua jam. Ini sedikit sebanyak dapat memberi kesan yang baik walaupun anda mungkin hanya dapat melakukan sekejap. Teknik-teknik beristirahat seperti yoga ataupun meditasi boleh diamalkan. Kita semua perlu melakukan tugasan mengikut waktu yang dijadualkan. Oleh itu, anda haruslah bijak mengatur masa. Adalah tidak mustahil ada di antara kita mempunyai jadual yang terlalu padat. Ini berlaku apabila kita tidak tahu bagaimana untuk membahagikan masa untuk melakukan tugasan itu. Anda harus tahu had kemampuan anda. Sekiranya anda memerlukan bantuan jangan keberatan untuk mendapatkannya. Anda dinasihatkan supaya jangan mengamalkan tabiat merokok, memakan ubat-ubatan, meminum minuman beralkohol atau berkafein untuk menangani masalah yang anda hadapi. Menggunakan bahan-bahan tersebut hanya akan mengurangkan tekanan anda untuk sementara waktu. Apa yang pasti, pengambilan yang berlebihan adalah memudaratkan. Ubah sikap anda. Sekiranya anda seorang yang agresif, elakkan daripada bertikam lidah. Dan sekiranya anda dikatakan sebagai seorang superwoman/man, belajarlah untuk menolak atau mengatakan tidak terhadap sesuatu apabila anda sedar ia di luar kemampuan anda. Anda hanyalah manusia dan bukannya mesin. Ketawa selalu, walaupun ada masanya itu bukanlah apa yang anda ingin lakukan. Kajian menunjukkan bahawa setiap kali kita ketawa, sejenis bahan penenang dibebaskan dalam otak kita untuk mengurangkan tekanan. Cari teman selain daripada teman sepejabat anda kerana ini memberi peluang untuk anda mengenali sesuatu yang berlainan di mana ia boleh membawa kegembiraan. Anda juga boleh berbicara dengan teman-teman anda melalui telefon, internet atau adakan sesi sembang-sembang dengan jiran-jiran anda. Kenali diri anda dan pastinya anda tahu apa yang paling mustahak yang perlu anda lakukan terlebih dahulu. Apa yang penting adalah apa, di mana dan bagaimana anda mengendalikan atau menjalankan keutamaan di dalam kehidupan anda. Sayangi diri anda supaya mudah menyayangi orang lain.

Petikan dari : http://www.saktian.com

Saturday, September 13, 2008

CINTA TAK MENGENAL SIAPA


jika dilihat pada tajuk dan gambar yg terpampar pasti semua tahu cinta itu segalanya...
haiwan pun tahu bercinta apatah lagi kita yg bergelar manusia yg ada hati dan perasaan.semua org mahu dicintai dan mencintai, namun jika cinta itu membuta tuli maka sakit la jadinya.
sebagai manusia yg berfikiran waras kita mesti menguasai cinta dan jangan sesekali kita membiarkan kita dikuasai cinta.
cinta kerana nafsu selalu membawa padah tapi jika cinta kita hanya untuk Yang Satu insya Allah kebahagian menanti nun di sana...

Wednesday, September 10, 2008

DI SEBALIK WAJAH




apa itu wajah?wajah merupakan satu interpretasi atau lakaran yg terletak di muka kita, setiap mimik yg terlakar di wajah kita cukup membuatkan org sekeliling memahami pergolakkan perasaan yg sedang kita alami...

begitu besar nya tangungjawab wajah...

jika kita marah mana mungkin kita senyum, jika kita berjenaka mana mungkin kita menangis dan jika kita sedih mana mungkin kita ketawa.

itu semua membuatkan kita lemah dan tak dapat berselindung di sebalik wajah.

setiap mimik di wajah kita kadangkala bisa membuatkan org sekeliling menangis dan begitu la sebalik nya...

kita tak dapat berselindung di sebalik wajah yg duka dan derita, kita juga tak dapat menipu dari wajah yg ceria dan gembira...hayati lah bait-bait lirik lagu "wajah"nyanyian Aishah...

Wajah

Setenang air di kolamBegitu wajahmu

Gelora hati di dalamTiada yang tahu

Sentiasa terukir

Senyum di bibir

Lindungi perasaan

Di balik gurauanNamun dari riak mata

Kudapat membaca

Ada garis keresahan

Jiwa antara kita

Dalam gelak dan tawa

Hati terluka

Di dalam keriuhan

Engkau kesepian

Seperti engkau jua

Kukenal erti duka

Peritnya keyakinan

DipersiakanSeperti kau alami

Kutahu erti sepi

Mengharung kepahitan ini

Ohh sendiri

Setenang-tenang wajahmu

Tidak setenangmu

Tidak berdaya kau lindungi

Kehampaan ini

Dalam senyum tawaku mereka tahu

Diriku kecundang dalam percintaan


Monday, September 8, 2008

RATU HATIKU


Assalamualaikum,
selamat menjalani ibadah puasa yg dah masuk hari ke lapan.Alhamdulillah semoga ibadah puasa kita diberkati Allah S.W.T.
Kali ni ct nak story pula tentang my mom Hajjah Fadillah Nor Mohd. seoarang ibu tunggal yg berjaya mendidik anak nya hingga dewasa AMIN.
mama ct dulu kerja sebagai pembantu tadbir bahagian kewangan di jabatan perikanan negeri pulau pinang.
kini dah pencen dan tinggal bersama ngan ct dan suami.ct berterima kasih kepada suami ct sebab sudi sama2 menjaga mama ct, ct ni anak tunggal so siapa lagi yg nak jaga mama kalau bukan ct kan...sebab tu la ct bersyukur sangat sebab suami ct sanggup sama2 menjaga mama dan sayang mama sama macam ct sayang Alhamdulillah.
Ucapan untuk suami ct,"TQ sayang, ayang sangat menghargainya".
sejak ct balik ke penang ct semakin rapat dgn famili mertua.itu satu kenikmatan hidup sebagai seorang menantu kerana telah diterima dgn baik oleh keluarga mertua dan ipar duai. ct bersyukur sangat, ct harap kebahagian ini akan kekal selama hayat di dunia ini Insya Allah.

Sunday, September 7, 2008

CINTA HATIKU


Assalamualaikum,
kita masih dalam sesi pengenalan,kali ni ct nak story tentang cinta hati ct, siapa lagi kalau bukan suami ct yg tercinta Ibrahim bin Nordin.
kami berdua telah diijabkabulkan pada tanggal 23 November 2005 dan telah disandingkan pada tanggal 14 Januari 2006.
masa tu kan perasaan ct macam tak percaya jer dapat kawin ngan org yg ct cinta...syukur alhamdulillah semuanya selamat
AMIN
hampir tiga tahun usia pernikahan kami, banyak dugaan dan cabaran yg kami tempuhi...syukur alhamdulillah semuanya dapat kami atasi dengan berkat kesabaran dan ketabahan AMIN.
bukan senang nak bina mahligai ni rupanya, banyak yg perlu kita lalui dan korbankan...namun ct yakin setiap pengorbanan pasti ada kenikmatannya.
so bulan november bakal menjelma tak lama lagi so kami berdua akan menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke-3.
doa kan kebahagian kami selamanya Insya Allah.

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum...
Alhamdulillah kita semua dapat menunaikan ibadah puasa untuk tahun 2008 ini dengan baik.
bagi ct puasa tahun ni amat besar ertinya, ini kerana ct dapat hidup sebumbung dengan suami tercinta setelah 3 tahun hidup berjauhan.ini la satu kehidupan yg amat sempurna bagi wanita yg bergelar isteri.
walaupun ct telah korbankan kerjaya demi keluarga namun ia sangat membahagiakan ct dan suami Insya Allah.

lagi satu yg best nya ialah ini merupakan percubaan pertama ct buat blog sendiri hehehe....suka pula bila dapat mempelajari sesuatu yg baru.

kalau boleh ct nak jadi seorang suri rumah yg versatile dan juga educated hehehe.
kira ala2 profesional gitu...Insya Allah ct yakin jika kita mempunyai niat yg baik pasti TUHAN akan membantu kita untuk merealisasikan impian kita semua...AMIN

untuk semua warga blog salam perkenalan dan salam Ramadhan ikhlas dari ct dan suami...
Wassalam.