Thursday, February 24, 2011
KENANGAN DI HARI KONVO
Aloha Salam Satu Malaysia,
Kali ni aku nak bercerita tentang kenangan konvo ku. Aku pun tak sangka yang aku akan bergelar mahasiswi. Maklum la aku ni bukan pelajar yang pandai pun. Tapi kerana Allah sayang kan aku maka di beri oleh Nya peluang dan ruang untuk aku menggunakan nya.
Aku ni kalau nak di ikutkan memang tak pernah berpisah dengan ibunda tercinta. Dari sekolah rendah sampai la ke tingkatan 6 aku sentiasa berkepit dengan arwah mama. Tiba2 satu hari aku dapat peluang untuk melajutkan pengajian ku ke UiTM di Shah Alam. So hepi memang la hepi tapi sedih sebab nak berpisah ngan mama tu yg buat kan aku pada mulanya nya teragak-agak nak ke sana.
Tapi tu la kan kalau dah nama pun rezeki jgn la kita tolak pula kan. So aku pun menyambung pengajian ku kat sana dan tak sangka diam tak diam 5 thn aku di Shah Alam (itu pun tiap2 minggu balik Penang hehehehe...)
Konvo ku yang pertama adalah pada tahun 2002. Kemudian aku di beri peluang sekali lagi maka ku sambung pula ke peringkat sarjana dan aku di konvo kan pada tahun 2004.
Alhamdulillah aku telah pun tunaikan impian arwah bunda ku untuk melihat kejayaan ku dalam bidang pelajaran. Aku tak ralat kerana boleh dikatakan semua impian arwah aku laksanakan, cuma satu iaitu arwah ingin sangat melihat anak ku tapi nak buat macam mana dah belum rezeki kami berdua suami isteri untuk tunaikan pada arwah bonda ku...terkilan juga ni :-(
So berbalik pada konvo pertama ku, aku lulus dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat dan Kepujian. Konvo kedua pula Ijazah Sarjana Pengurusan Maklumat. Kalau la aku di beri peluang untuk sambung belajar lagi aku teringin sangat nak buat pengajian ku dalam bidang pskilogi kanak-kanak. Tapi itu hanya la impian ku saja....
Pengalaman manis yg tak dapat aku lupakan ialah masa konvo yang kedua tu aku dah menjadi tuangan orang. Punya la hepi maklum la selain dari arwah mama ada juga lagi seorang yg penting dalam kehidupan ku. Lagi satu aku teruja sangat sebab dapat bersalaman dengan Agung dan waktu tu Agung Malaysia adalah dari negeri Perlis.
Secara kesimpulan nya aku gembira dengan kehidupan dan bangga dengan kebolehan ku. Walaupun tak sehebat Angkasawan Malaysia atau Penyanyi nombor 1 Malaysia tapi aku bangga dengan diri ku...
Terima kasih Tuhan kerana memberi aku kegembiraan dan pengalaman yang sangat indah ini...
Terima Kasih...:-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Hi ct u cukup brtuah dpt lnjtkn plajaran. X mcm t stakt spmv aje. Keep blogging ok dear?
TQ T, itu la ct kata kan dah rezeki.kalau nak diikutkan ct ni tak pandai mana pun, tapi tu la peluang tu di beri depan mata...masa tu pula arwah mama nak sangat ct belajar sampai sarjana...alhamdulillah ct dapat realisasikan impian arwah walaupun tak sehebat mana tapi ia memadai...
Post a Comment