Assalamualaikum,
Kali ni ct nak bercerita tentang drama yang bertajuk Trilogi Cinta. Drama ini diadaptasi dari 3 buah novel bersiri hasil nukila Sharifah Abu Salem. Novel2ya bertajuk "Tak Seindah Mimpi"," Tak Semanis Impian" dan "Tiada Lagi Mimpi".
Sinopsis Drama Trilogi Cinta
Trilogi Cinta menceritakan perihal cinta tiga segi antara Razif (Rosyam  Noor), Salmi (Amyza Adnan) dan Norjinah (Fouziah Gous) yang terjadi  tanpa diduga. Kecurangan Salmi mendatangkan musibah apabila dia terlibat  dengan kemalangan dan lumpuh. Kerana cinta yang mendalam, Razif  menerima Salmi semula.
Norjinah pula pada awalnya seorang pembantu rumah yang ditugaskan  menjaga kedua-dua anak Razif. Namun keadaan menjadi tegang apabila  hubungan mesra mereka dicemburui Salmi. Dalam diam Razif menaruh hati  kepadanya, namun serba salah melihatkan keadaan isterinya yang lumpuh. 

No comments:
Post a Comment