Monday, February 28, 2011
PELAYARAN KU
Jika dilihat pada tajuk ia begitu "cliche", tapi itu la hakikatnya semua manusia mesti mengemudikan kehidupan mereka sendiri, dengan cara hidup mereka tersendiri. Begitu juga aku, yang sentiasa di runtun pelbagai ujian dan dugaan, namun aku gagahi juga untuk terus melayarkan bahtera hidup ku hingga ke tepian.
Kata pepatah "jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai". Betul tu kalau dah takut dengan pelbagai badai dugaan jangan la sesekali kita menghampiri masalah. Tapi kita ni manusia bukan malaikat, sentiasa hidup melakukan dosa, mana mungkin kita baik setiap masa...ada masa kita pasti marah, ada masa kita pasti berduka.
Namun sebagai makhluk Allah, kita mesti yakin bahawa Allah tidak sesekali menganiayai umat nya. Setiap dugaan yang diberi adalah mengikut kemampuan kita, malah kadang2 kita sendiri yang meminta nya tanpa kita sedari. Setiap patah kalam yang keluar dari bibir kita adalah doa. Maka sebut la perkara yang baik2 jangan sesekali meminta sesuatu yg memudaratkan.
Begitu juga dengan aku, aku pun manusia biasa. Ada masa aku lemah, ada masa aku cuba untuk menjadi cekal. Tahun 2010 merupakan tahun yang paling membuatkan aku menjadi seoarang wanita yang matang. Jika dulu aku keanak-anakan. Tapi kini aku sudah lain. Aku bisa menentukan hala tuju hidup ku mengikut naluri wanita ku.
Setiap kejadian itu ada hikmah nya, begitu juga dengan aku yang kehilangan bonda tercinta, ia benar2 memberi aku impak yang sangat kuat. Hingga kadang2 aku rasa seperti manusia yang tidak ada hala tujunya. Aku ibarat seperti kapal yang kehilangan sauhnya, tiada tempat untuk ku berlabuh lagi...
Tapi sebagai manusia yang di beri akal dan fikiran, aku bangkit dan terus mengemudikan pelayaran ku hingga ke tepian. Kerana aku masih punyai tanggungjawab untuk digalas. Aku masih ada insan yang sangat mencintai ku iaitu suami ku. Aku mesti kuat, aku mesti tabah,aku mesti redha dengan hati yang tulus pada setiap cabaran yang menimpa...
"Ya Allah Yang Maha Pengasih, Ku Bermohon Agar Aku Terus Diberi Hidayah Mu,Amin..." Kini aku bangkit untuk menarik semula sauh kapal ku dan terus belayar menongkah arus kehidupan yang sebenarnya, AKU PASRAH...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
menusuk kalbu nie...tersentuh jiwa wanita ku ini....sama-sama la kita belayar yer....moaga kita dilindungi olehNya
insya Allah sal...:-)
Post a Comment