Monday, July 18, 2011

JOM MAKAN

nasi goreng udang special
nasi goreng ayam special
Assalamualaikum wahai sahabat2 di dunia maya ku.

Hari ni aku nak citer perihal makan la pula. Banyak betul koleksi gambar2 makan yg aku simpan dalam hp ku. So hari ni aku kutip la mana yg perlu untuk ku tatapkan di skrin blog ku...Saja jer nak cairkan air liur korang semua hehehehe...jahat kan aku ni :-)

Menu pertama ku nasi goreng udang pilihan suami ku, menu kedua pula nasi goreng ayam pilihan ku. Kami makan kedua2 menu ni pada hari Sabtu lepas. Masa tu aku baru balik dari sekolah, maklum la ada sports day. Nak masak jangan mimpil la, tak larat den ni ha...so mujur la aku dapat suami yg memahami. So layan ajer di kedai area Dewan Panorama Bagan Ajam. Apa macam nampak sedap tak? hehehehe...


set bawal dan set keli
Ini pula menu kami yg seterusnya iaitu set bawal dan set keli panas. Memang marvelous..kari dia memang kaw giler...sedap bangat tu hehehehe....Kalau tak salah kami makan menu pada hari Rabu lepas. Masa tu baru balik dari pasar malam Kepala Batas. Kami malas nak makan makanan yg di jual di pasar malam, sebab tujuan ke pasar malam hanya nak beli ikan untuk meow2 ku :-). Kedai ni baru jer buka, tapi secara peribadi masakan nya memang memenuhi citarasa ku...Insya Allah di doakan semoga kedai makan ni akan sentiasa maju amin...:-)


koe teow teng
char koe teow
Menu ini pula kami makan kat Rojak Dot Com. Saja  masa tu gi pusing2 area Bertam, so rasa lapar la pula. Nak gi kiosk Bertam banyak yg tutup, maklum la kami pergi masa hari Ahad 2 minggu lepas. So layan koe teow teng dengan char koe teow jer la kat sana. Sedap juga masakan kat Rojak Dot Com ni. Nanti na cuba makanan lain la pula :-).

koe teow theng homemade
Menu ni buatan aku sendiri. Hari ni lepas balik dari klinik gigi, teringat pula nak buat koe teow theng, bukan apa teringat suami ku suka makan masakan ni. Dulu arwah mama rajin buat koe tewo theng ni. Aku pula rajin sungguh tolong makan hehehehe...So hari ni aku cuba buat sendiri, dan alhamdulillah menjadi la pula...tapi banyak lagi bahan2 nya yg aku lupa nak masukkan...Insya Allah nanti percubaan kedua lebih sukses amin...:-).

So akhir kata, jom layan semua menu2 ku ini. Kalau ada sesiapa yg teringin dan rajin apa salahnya memasak sendiri, dan kepada sesiapa yg teringin tapi malas macam aku jom singgah kat kedai hehehehe....jimat masa tu, duduk, order dan terus makan yummy :-)

3 comments:

Siti Azlina Abdul Aziz said...

sedap nya :-)

ruziawati yusof said...

hi dear.. t dtg jenguk blog u ni.. sori dh lama x ke sini.. semalam dan hari ni baru rajin nak jalan2 ke blog kawan2.. semua makanan sedap ni dan yg paling best tentulah kt theng tu.. nampak menyelerakan.. mcm mee sup rasanya ye?

siti apa kabar? kerja ok? u take care ye? muah!

Mrs.MH said...

siti, baca ur blog ni bikin perut i LAPARRR... :)