Saturday, September 15, 2012

JANE JAMILAH

poster cerekarama citer jane jamilah
Assalamualaikum...

Hari ni seharian aku melayan lapy kat rumah sambil berlingkar macam ular sawa atas katil hehehe...nak kata tak der kerja memang ada kerja pun...tapi tu la apa yg dirancang tak menjadi so beginilah aku jadinya hehehe...

Aku bangun awal macam biasa hari ni...Jam 6 pagi lagi aku dah bangun buat apa yg patut. Kalau ikutkan aku ada majlis Open House ngan Cik Abang hari ni, tapi apa pun aku kena la ke tempat tusyen aku dulu, kebetulan pula adik ipar aku pun tak datang tusyen so kena la aku yg pergi...

Jam 7.30 pagi waktu aku tgh sibuk bersiap tiba2 Cik Abang aku yg dah bersiap terkocoh2 naik semula ke apartment kami katanya kereta kami PGF tu tak boleh nak start..so aku dah mula la rasa mcm nak kena batalkan kelas jer ni...

Memang betul aku kena la batalkan kelas tusyen aku hari ni...mula la aktiviti mengSMS parents semula...Nampaknya kena ganti kelas la nanti...:(

So Open house pun Cik Abang pergi sorang2 la naik motorsikal kawannya...Aku apa lagi LEPAKKING la kat rumah sambil layan citer Jane Jamilah....

Aku suka la citer ni..kebetulan pula Sofia Jane yg berlakon lagi la aku suka hehehe...peminat Sofia Jane aku ni tau :)

Citernya simple tp penuh pengajaran. Sebagai wanita kita kena sentiasa beringat rumah tangga tetap NO.1!!!...walaupun kita berkerjaya tapi suami dan anak2 kena lah diutamakan. Jangan terlalu asyik dengan kerjaya da kawan2 sampai lua dan abaikan semua tanggungjawab kita pada orang lain...kalau ada bibik serah kat bibik...tak boleh macam tu tau!! salah sangat2...

Dan yg paling aku suka tu cara wanita ini mengendalikan masalah rumahtangga nya dengan sangat profesional dan menjaga martabat kaum sendiri...itu yg paling aku THUMBS UP!!

So apa pun aku just nak share, kita jgn tengok citer tu sebagai hiburan semata, tapi dapatkan pengajaran darinya...Tahniah buat Pn. Hajah Shila Rusly kerana dapat menerbitkan cerita yg hebat macam ni.. TANIAH :)

No comments: