Sunday, September 16, 2012

SELAMAT TINGGAL ABANG ZUL

keluarga abang zul dan kak nora serta anak2 mereka
Assalamualaikum...

Hari  ini seluruh famili suami ku mendapat berita sedih di mana perginya salah seorang cousin kesayangan mereka Abang Zul ke alam barzakh tepat jam 10.55 pagi tadi. Arwah merupakan anak sulung kepada Pak Ndak dan Mak Ndak suami ku. Arwah meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yg masih kecil yg masih memerlukan kasih sayang seorang ayah...

Pagi tadi jam 9.30 Pak Su suami aku call bagi tahu akan posisi arwah yg hanya mendapat bantuan mesin hayat...maka semua ahli keluarga di minta berdoa agar semuanya akan di permudahkan...Tiba2 jam 11.00 pagi kami sekali lagi mendapat panggilan talipon mengatakan arwah dah pergi buat selama-lamanya...sebak aku seketika...Walaupun aku tak serapat mana dengan arwah tapi aku tetap rasa keakraban itu...kerana mereka adalah keluarga ku juga...

Kalau ikutkan cerita masa raya baru2 ni arwah ada balik kampung untuk beraya lagi pun Pak Ndak dan Mak Ndak ada kat kampung sbb menjaga Tok yg sedang sakit...So dah dua tahun berturut2 mereka beraya di Tasek Gelugor.

And waktu tu arwah memang dah tak sihat, dia dah mula demam, tai hanya makan anadol jer. Tapi yg pelik demam tak kebah2 malah makin teruk. So Hari Sabtu lepas 8hb September aku terbaca di wall isterinya yg arwah dihantar ke PPUM jam 4.30 pg akibat kesesakkan nafas. So Malam tu kebetulan kampung suami aku ada buat Open Kampung, tiba2 Pak Su suami aku kata nak ke Shah Alam sebab arwah dah masuk ke ICU sebab makin kritikal..aku dah mula tak sedap hati.

And korang nak tahu hari Sabtu tu la hari anniversary arwah dengan isterinya yg ke 12 tahun...isterinya sempat berseloroh kata kali ni sambut anniversary kat PPUM jer la kat wall FB...

Sedih kan...tp apa kan daya itu janji Allah...kita semua tetap akan pulang ke alam yg ABADI juga kelak...Aku ada juga dengar desas desus kata isteri arwah tengah mengandung anak keempat, tapi aku tak pasti la sahih atau pun tak...Cuma aku harap isteri arwah tabah menghadapi hari2 mendatang tanpa suami dengan tenang...

gambar raya kami untuk tahun ni,gambar arwah dalam bulatan

Bila aku kenangkan kisah Kak Nora iaitu isteri arwah, aku rasa sebak sebab aku tak dapat bayangkan bagaimana kalau aku yg di beri ujian seberat ini...sedangkan masa aku kehilangan arwah mama dulu pun aku dah macam orang yg kehilangan tempat bergantung...mujur aku masih ada suami untuk berpaut. Kalau lah aku kehilangan suami ku...Masya Allah aku tak tahu apa perasaan aku waktu tu...Tapi apa pun Ya Allah aku masih belum mampu diuji dengan ujian yang Maha Berat macam ni.

Aku masih tak mampu hidup tanpa suami di sisi...aku terlalu manja dengan suami hinggakan aku rasa lemah kalau dia dijemput oleh Mu Ya Allah...tapi aku tahu mati itu pasti...aku tahu mati itu tetap akan datang paa kami insan2 Mu yg bernafas...Tapi Tuhan...bukan sekarang...Ampunilah aku Ya Allah..Ampunilah suamiku Ya Allah...

Maka aku dan suami ingin mengucapkan Salam Takziah untuk seluruh ahli keluarga Pak Ndak di atas kehilangan Allahyarham Abang Zul..semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman...AL-FATIHAH... :(

No comments: