Thursday, March 21, 2013

MAKAN UNTUK SIHAT

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni baru ada mood nak berkarya kat dalam Blog aku yg cute ni hehehe...cute la sangat kan hahaha....Ok la hari ni aku nak cerita sikit tentang progress diet aku yg semakin menampakkan hasilnya. Walaupun lambat tapi Alhamdulillah ada la juga org yg perasan tentang penurunan berat badan aku ni hehehehe....

So far so good, Alhamdulillah nampaknya aku semakin selesa dengan pemakanan sihat ku. Memang pada mulanya agak teruk juga aku kena migrain, tapi lama kelamaan dah semakin berkurang dan kekerapan di serang migrain pun dah semakin kurang.

Apa yg paling ketara aku rasa sejak mengamalkan pemakanan sihat ni ialah penyakit penat...aku memang tak ada penyakit penat pun, tapi sejak badan naik memang aku selalu penat bila terlebih buat kerja rumah dan juga aktiviti lasak. So ini satu kemajuan buat diri ku. Bukan apa bila selalu sangat penat buat aku rasa sangat2 tak selesa dan juga rasa sangat tak SIHAT huhuhuhu.....

macaroni salad

sup sayur

buah-buahan

So sepanjang aku berdiet aku cuma kurangkan makan nasi...so aku gantikan dengan sup sayur atau pun salad. So far memang mengeyangkan aku. Tak der la aku rasa lapar sangat nak cari makanan lain...Selain tu aku banyak makan buah2an...So kira diet aku yg main2 ni nampak juga la hasilnya tu hehehehe

Aku memang banyak makanan yg berunsur sup, nasi aku hanya amik sekali dalam seminggu. Kadang2 tu ada la juga aku buat moi atau bubur. Tapi jarang la...banyak aku makan sup sayur dan juga salad.

apa macam ada nampak beza tak hehehee..
Alhamdulillah nampak la juga perbezaan dalam susuk tubuh aku ni hehehe Syukur Alhamdulillah.Semoga segala usaha ku ini akan dapat di teruskan dengan baik...Insha Allah, dorongan dan sokongan kawan2 amat dialu-alukan...:)

No comments: