pali and muna |
Dah lama rasanya aku tak mencoretkan rasa hati ku di sini, maklum la bzz sangat dengan tuntutan tugas sebagai House Manager...lagi pun biasa lah aku ni kalau nak berbicara soal hati di sini agak slow sikit, aku mesti mencari kekuatan diri untuk meluahkan rasa hati...
Minggu lepas my love cousin Zulfadli selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya Muna Sa'adah...Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya bermula dari hari Jumaat hingga lah ke hari Ahad. Segala persiapan rapi dari pihak famili pak long ku yang aku panggil bapak dari kecil berjalan dengan lancar. Namun dalam majlis2 besar macam ni, segala kekurangan menjadi lumrah dan adat namun ianya dapat diatasi dengan baik Alhamdulillah...
Hari Jumaat 8 Mac 2013 majlis akad nikah diadakan di Masjid Al-Khairiyah Bedong Kedah, waktu tu hanya Allah yg tahu akan perasaan hati ku. Di wajah tergambar senyuman di hati terpalit rasa rindu yg mendalam pada arwah mama ku. Kalau lah mama ada tentu mama hepi sebab dulu mama yg jaga Pali...tapi setiap kejadian itu ada hikmahnya yg tersembunyi....
Selepas jer sesi akad nikah selesai air mata ku mengalir laju tak tertahan...aku rasa seolah mama turut serta dalam masjid bagi meraikan hari bersejarah adik sepupu ku ini. Aku pula saja jer pakai baju arwah mama, kerana dengan itu aku rasa kuat untuk melangkah bagi meraikan hari bahagia adik ku ini.
9 hb pula majlis bertandang di belah pihak perempuan, majlis diadakan di Cinta Sayang Resort Sungai Petani Kedah. Segak sungguh adik ku berbaju kot warna putih dan isterinya pula cantik bergaun kembang...Subhanallah...sekali lagi air mata ku tertumpah bila tengok bapak dan aunty bersalam di atas pentas pelamin dengan pengantin...Kalau mama ada sure mama pun aka bersalam dan peluk cium mereka berdua...
Tapi Mak Cik ku tak dapat menahan sebak tatkala memeluk Zulfadli dan Muna...Allah Maha Besar...sungguh kaki ku terasa berat untuk melangkah namun ku gagahkan jua...senyuman juga berat sungguh untuk diukir, namun ku paksakan juga...
Final majlis pada 10 Mac 2013 diadakan di Dewan JKKKP Sungai Gelugor...tema kami merah hati...hepi rasanya bila semua adik beradik dapat berkumpul, aku dan suami pun tumpang gembira...Alhamdulillah keluarga kami makin berkembang...Pali adalah cucu arwah Tok Milah yg kedua berkawin selepas aku pada tahun 2006.
Ucapan dan doa ku hanya satu agar rumahtangga adik2 ku ini kekal bahagia hingga ke Syurga...ammiin...
Buat mama ku mohon agar mendoakan dan merestui perkahwinan mereka ini...."Mama doakan Pali dengan Muna bahagia tau..." ..."I MISS U MUCH MAMA....."
No comments:
Post a Comment