Tuesday, February 24, 2015

SEMAKIN LAMA SEMAKIN NAMPAK BELANGNYA

gambar sekadar hiasan
Assalamulaikum WBK ....

Salam Asar untuk sekalian blogger. Hari ni nak celoteh sikit. Celoteh dengan suasana di sekililing ku. Just simple, bila kita makin lama kenal seseorang ia akan terpancar the true colour dalam diri org tersebut, sama ada org itu "kureng" atau "lebih" baiknya its depends pada situasi.

Aku ni pun bukan la baik sangat tp bila ada benda yg tak elok di pandangan mata mulut ni mula la nak bercakap nak komen itu ini. Tapi biasa la, manusia sekarang bukan boleh ditegur. Kalau silap tegur kita pula dijadikan musuh ... Subhanallah ....

Macam2 hal yg berlaku sekarang ni. Yang paling ketara adik beradik sedarah sedaging sepusat sepusing pun boleh tak bertegur sapa walaupun tinggal sebumbung.
Subhanallah ....
Manusia makin EGO, makin SOMBONG dan BONGKAK dengan diri sendiri. Apalah yg nak digaduhkan pun, itu adik awak kut ... itu kakak awak kut ... itu abang awak kut ...
Alahai makin kurang kasih sayang nampaknya manusia sekarang ni la.

Ada sesetengah pula terlalu taksub dengan CINTA. Sampaikan ibu dan saudara mara sendiri dijadikan musuh. Konon2 macam kenal sangat la dengan lelaki taua perempuan yg baru dicintai sebulan dua sampaikan kata2 ayah dan ibu lansung tak boleh terima.
Nauzubillah ...
Kenapa mesti jadi macam ni. Kenapa mesti bermusuh sesama saudara sendiri, apakah kita sudah hebat untuk hidup sendirian tampa kasih sayang dari famili ????
Tepuk dada tanyalah IMAN ....

Selain tu ada juga yang terlalu bangga dengan apa yg dimiliki sampaikan semuanya nak ditunjuk. Bukan setakat tunjuk malah dibangga-banggakan seolah2 dia lah hebat, dialah juara, dialah segala-galanya.

Aku pun tunjuk juga hehehehe ... biasa la aku ni gila FB. Tapi ada benda yg aku akan tapis dulu sebelum di publish untuk org ramai.
Tak semua org suka dengan kita, dalam sepuluh mungkin hanya sorang ataupun tak mustahil tak ada langsung kan hehehehe ...

Manusia banyak yang bermuka-muka. Depan kita cakap manis belakang Allahuakbar habis aib kita djaja nya ....
Lahaulawala Quawata Illah Billahiiazim .....

Aku selalu ingat pesan arwah mama ...

"kita jangan sesekali mencari musuh, berbuat baik la dengan org, jaga percakapan jangan sampai buat org terasa dengan lafaz kita ..."

"Ringan2kan tulang bantu org yg memerlukan, kalau tak mampu dengan duit bantulah dengan tenaga ... yang penting jaga ukhuwah sesama kita ..."

Semua nasihat mama akan aku pahatkan dalam hati ku.

Bak kata pepatah ...

"Ada mata pandang ... Ada telinga dengar ... Ada mulut diam ..."

Zaman sekarang zaman semua org boleh bercakap menunjukkan ketiakpuasan hati, tp aku memilih untuk melihat dan berdoa agar org2 yg sedang menuju kehancurang dikembalikan ke pangkal jalan ...

Ingat lah wahai diriku, jadikan setiap cerita itu satu pengajaran, jadikan setiap kisah itu satu iktibar ... Muhasabah diri, perbaiki diri dan Istiqamah ...
Semoga Allah melindungi hati ku dan mengawal tutur bicara ku agar tiada permusuhan antara aku dan insan lain ...
Jika ada yg BENCI dengan diri ini ... Alhadmdulillah ... Terima kasih ...

Wassalam ....


Sunday, February 15, 2015

NEGARA KEHILANGAN PERMATA

Assalamualaikum WBK ...

Bila bercakap tentang kehilangan hati mula terasa hiba. Kehilangan orang2 tersayang amat merobek hati hinggakan kadang2 diri terasa ingin turut ikut bersama. 

Ajal ...
Maut ...
Itu semua hak Allah ... Kita hanya merancang namun Allah jua yang menentukan segala-galanya. Pada mereka yg telah pergi mendahului kita sama2 la kita sedekahkan doa agar mereka tenang di sana, kita yang masih disini kena lah teruskan sisa2 hidup seperti biasa sebelum diri di jemput pulang menemui Sang Pencipta ...

Tanggal 12 Februari 2015, negara kehilangan sebutir permata dlm arena sukan khususnya. Kehilangan Dato Haji Hasbullah Awang seorang pengulas sukan yg disegani amat di rasai oleh semua golongan masyarakat. Suara emasnya sentiasa kita dengar di kaca TV dan di corong2 radio. 

allahyarham dato hj hasbullah awang
Arwah meninggal sewaktu menerima rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada tengah hari Khamis yang lepas. 

Arwah yang berperwatakkan ceria sentiasa di senangi oleh rakan2 sejawatnya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Dato haji Hasbullah Awang ...

Al- Fatihah ...
...................................................................................................................................................................


Belum pun reda dengan kesdihan kehilang Dato Hasbullah Awang, pada malamnya pula sekali lagi kita dikejutkan dengan berita pemergian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pada jam 9.15 malam Jumaat. 

Allahuakbar ....

Hilang lagi sebutir permata Islam yang tersohor .....

Allahyarham merupakan ulama Islam yang tersohor, bukan setakat di Malaysia tp di negara2 Islam yang lain. 

Penyakit kanser prostat yang dihidapi arwah telah menyerang dan kumannya sudah sampai ke bahagian otak. Arwah meninggal di rumahnya di Pulau Melaka Kelantan. 

Sifat arwah yg bersederhana amat disenangi oleh semua golongan masyarakat. Walaupun ada yg berbeza pendapat terutama dalam bidang politik tapi atasa nama ISLAM kita wajib bersatu. 

allahyarham tuan guru nik aziz nik mat
Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Hjh Tuan Sabariah dan sepuluh orang anak. 

Secara peribadi aku amat mengagumi arwah kerana sifat rendah dirinya serta tawaduknya beliau dengan ISLAM. Tiada kemewahan yg dibanggakan tapi nilai2 murni dalam ISLAM itu sendiri yg di tegaskan.

Puluhan ribu manusia turut mengiringi majlis pengebumian Allmarhum Tuan Guru. Tak terkecuali aku dan mereka yg lain menontonnya di kaca TV ...

Damailah kami wahai permata ISLAM ....
Damailah kamu di sisi Tuhan Mu ....
In Shaa Allah kami di sini akan sentiasa mendoakan kerahmatan mu di sana ...

Al-Fatihah ....

Wallahualam ....

Saturday, February 14, 2015

BOBOY MY LATE CAT

my late boboy
Assalamualaikum WBK ....

Hari Ahad yang lepas aku kehilangan kucing yang amat ku sayangi Boboy namanya. Hampir tujuh tahun Boboy hidup bersama kami suami isteri. Boboy ni abang kepada Gurgirl.

Banyak suka duka yang Boboy lalui sepanjang hidup dengan kami. Yang aku tak boleh lupa bila Boboy terpaksa duduk berkeliaran kat luar kawasan apartment kami sewaktu tahun 2010. Masa tu aku tak ada kat rumah sbb sibuk jaga arwah mama kat hospital. So hubby pulak kerja, adik ipar aku pula sekolah. So memang tak ada siapa kat rumah, maka suami ku membiarkan Boboy duduk kat luar.

Tapi Boboy pandai, bila time hubby aku balik dia akan naik ke tingkat satu rumah kami untuk makan. Sedih sangat, dah macam stray cat pulak sedangkan bertuan huhuhu ... hampir setahun Boboy lalui kehidupan macam tu.

Sampai la aku pulang semula ke rumah selepas arwah mama aku pulang ke rahmatullah December 2010, aku bawak Boboy tinggal semula dengan kami.

Tapi sebab Boboy ni jantan suka "spray essence" hubby leta Boboy kat balkoni belakang apartment kami. Maka di situlah tempat pertapaan Boboy sampai la ke hujung nyawa nya ....

Allahurabbi ...

Kasihan sangat Boboy ... hidupnya banyak rintangan. Tapi lepas kematian Kakak (kucing betina) kami, hidup Boboy memang sunyi. Kalau tidak Kakak la yg selalu temankan Boboy.

Boboy meninggal pada 8 February lepas setelah hampir seminggu Boboy sakit. Dari hari Isnin lagi Boboy dah kurang makan. Tapi aku masih letak lagi sup ikan dan isi ikan kat Boboy. Sbb Boboy macam dah tak nak makan nasi. Tapi kalau bagi isi ikan rebus atau sup ikan dia akan makan. Masuk hari Rabu keadaan semakin lemah, dia dah tak nak makan hanya minum air saja. Mulut dia pula asyik keluar air liur. Aku lap mulut Boboy tampa rasa jijik pun ... sbb dia juga hamba Allah yg ingin di belai.

Hari Jumaat keadaan Boboy makin teruk, mulut dia dah mula keluar darah yg pekat.

Subhanallah ....

Aku mula fikir tentang kehilangan Boboy. Hari Sabtu pagi lepas solat Subuh aku jenguk dia ... darah keluar semakin banyak. Aku bersihkan mulut Boboy. Aku lap badan Boboy yg semakin susut ... mata dia hanya memandang ke arah ku seolah-olah dia akan pergi jauh tinggal kan aku.

Allahuakbar !!!

Hati aku hiba sangat. Aku cakap kat Boboy supaya tunggu aku, sebab hari Sabtu hari aku mengajar kelas tuisyen ... dia seolah-olah faham sebab memang selalu hari Sabtu aku akan bagi tahu dia ...

"Mama nak pi work2 ni tau, Boboy jangan nakal2 ok ...."

Selalu kalau aku cakap macam tu Boboy akan mengiaw tanda faham, tapi kali ni bila aku cakap Boboy hanya berbunyi ...

"errmmm ...."

Sayunya hati Ya Allah ...

Aku tetap cium kepala nya, usap badannya yang semakin mengeras ... barangkali menahan sakit agaknya ...

Lepas habis kelas tuisyen aku bergegas balik ... hubby kata dia belikan ikan tongkol, hubby tahu Boboy suka sangat dengan ikan tongkol. Katanya rebus ikan tu dan bagi Boboy makan, aku diam sbb aku tahu Boboy dah memang tak mampu nak makan. Aku yakin hubby belum tengok kedaan Boboy semalam dan hari ini.

So bila sampai rumah kebetulan hari tu lunch hubby yg nak masak, dia ke belakang balkoni untuk tengok keadaan Boboy ...
Bila buka pintu tersentap dia melihat kedaan Boboy yang semakin lemah seolah-olah dah kaku di atas tilam yg aku sediakan.

Mengucap hubby ... tiba2 aku dengar dia bersuara ...

"Ala Boboy ..." ada getar dlm peti suaranya ...

Lepas lunch hubby keluar cari "daun kucing galak" katanya amik akar rebus dan buat minum untuk Boboy. Aku pun buat macam yg disuruh. aku suap mulut Boboy dengan minuman herba tersebut, nampak Boboy minum walaupun payah. Sambil suap aku cakap ...

"Boboy nak sihat kan, nanti Boboy nak teman Mama borak2 kat dapur, Boboy kan nak teman Mama sidai baju, Boboy kan sayan Mama dengan Papa ..."

Dia macam faham tiba2 dengar dia berbunyi ...

"errrmmm..." walaupun lemah tapi dia tetap membalas kata2 ku ....

Semalaman aku suap Boboy dengan air herba, dah tinggal sikit pun air tu. Sampai la ke pukul 2.30 pagi, mata ku pun mula mengantuk. Aku tertidur ... jam 6.00 pagi sebelum masuk Subuh aku terjaga, terus aku pergi tengok Boboy.

Boboy makin lemah, tp darah dah kurang, aku angkat dia letak atas tilam semula, aku suapkan air herba lagi, tp Boboy dah tak telan, air herba menitis ke tepi bibirnya.

Tiba2 azan Subuh berkumandang, aku terus mandi dan solat. Lepas solat mata aku mengantuk sangat, aku pejam sekejap mata ku, bila terjaga aku cepat2 pi tengok Boboy, tapi masa tu Boboy dah pun pergi buat selama-lamanya ..... Boboy ku dah tak ada ...

Sedih nya Ya Allah ...
Tapi itulah hakikat sebuah kehidupan ... yang hidup pasti akan mati ....

Aku segera ke bilik bagi tahu hubby ... ternyata hubby pun turut sedih ... katanya ..

"Jom kita balik kampung kebumikan Boboy, sebab Boboy lahir kat kampung ..."

Aku pun lap wajahnya, lap badannya yg masih lembut dan sempat aku memeluknya untuk kali terakhir ...

papa sedang kebumikan boboy 

damailah kamu wahai boboy
kenangan bersama boboy tak mungkin ku lupa
Terima kasih Ya Allah di atas pinjaman ini. Terima kasih Ya Allah di atas perkongsian rasa cinta ini. Tak semua orang memlikinya. Aku bersyukur Ya Allah ...

Betul kata seorang kawan, hanya pecinta haiwan sahaja yang tahu akan kehilangan haiwan peliharaannya.

Tak semua faham naluri kami pecinta haiwan. Ada yg memerli ada juga yg mencemuh dan tak kurang yang kata kami ni GILA ...

Aku juga tak terlepas dari hinaan macam ni, biar lah apa yg mereka nak kata, aku tahu apa yg aku buat, aku yakin Allah juga tahu apa yg aku sedang buat ...

Buat Boboy, Mama dgn Papa minta maaf atas semua kesilapan kami, terima kasih kerana buat Mama dengan Papa hepi. Kami akan selalu ingat Boboy ...
We love U sayang ...

bekas makan boboy sebagai kenangan
Kini hanya bekas makan Boboy yang masih tersimpan rapi. Mama akan simpan sbb inilah satu-satunya kenangan Mama dengan Boboy ...

RIP My Lovely Cat BoBoy ....

Wassalam ...

Sunday, January 25, 2015

TAMBAH SETAHUN LAGI

Assalamualaikum WBK ....

Alhamdulillah kini umur ku bertambah setahun lagi. Tapi in reality secara jujurnya aku masih rasa macam sweet 17 hahahaha ... perasan la pulak kan hahahaha .... Jangan mareeee :P

Ok la bila umur dah meningkat so kematangan pun kena la selaras dengan umur kan ... tp jiwa tetap muda la kan hehehehe ...

Lagi 3 thn aku akan melangkah ke 4 series. Subhanallah sempatkah aku untuk melangkah ke umur itu ??? Hanya Allah yang tahu jawapannya ...

Namun yang paling utama amal ibadah ku kena la lebih ditingkatkan. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup ku, limpahkan rezeki yg halal untuk ku dan suami serta sentiasa melindungi aku dan suami dari bahaya dan umpatan nista manusia Ammiiin Ya Rabb ...

Ok la aku nak story sikit pasal celebrate my birthday ... Special TQ to my lover, my hubby and also my soul ... TQ sayang for the surprise ... I love it so much ...

Sehari sebelum my birthday hubby ajak kami (me and in laws family) having dinner kat House of Murtabak di Bertam. It was awesome ... memang sedap ... Macam2 menu ada tau. My hubby pilih murtabak daging double siap letak cheese tu Uolllss!!!

Jom kita layan pic ok :)

20 January at Al- Harraz House of Murtabak Bertam Kepala Batas

al-harraz house of murtabak

murtabak daging bercheese 

nasi lemak awesome

me, hubby, mother in law dan adik2

kami berdua

we are family
 21 January at Swensen's Juru

menu hubby 

my menu

teh o ais

my darling

birthday girl

myself with the dessert 

sedap gilerrrr ...

On the actual day my hubby buat surprise, dia bawa aku ke Swensen's di Juru. It so sweet ... so lovely and its so touching. Alhamdulillah dalam kekurangan kami Allah titipkan rasa kasih dan sayang yang tak bertepi ... Syukran .. Syukran ... Syukran Ya Rabb ...

Kebetulan pula desert yg hubby pesan tu we all request last dining, tak sangka pula kita orang yg dessert tu ada letak candle ... so touching ... mana taknya hubby suruh aku blew the candle hehehe ... macam sweet 17 betul masa tu hehehehe ....

By the way ... aku sangat2 bersyukur pada Allah kerana di anugerahkan seorang suami yg sangat2 sayang dan cintakan aku seadanya ... sesungguhnya dia adalah anugerah yg terindah buat ku ...
Teringat kata arwah mama dulu ...

"Mama yakin Im adalah yang terbaik buat Cheq ..."

Ammiinn ... kata2 mama dimakbulkan Allah ...

Walaupun ada kekurangan di sana sini itulah namanya manusia ... tidak pernah sempurna ... auk juga macam tu ... sehingga kini aku masih tak mampu memberi apa yg kami berdua impikan dan aku masih juga belum mampu menjadi isteri yg terbaik buat diri nya ...

Semoga Allah terus melimpahkan rahmat dan hidayah buat kami aku dan suami ku ... In Shaa Allah ... Ammiin .. Ammiin ... Ammiin ... Ya Rabb ....

Wassalam ....


Sunday, January 18, 2015

CUTI-CUTI HATYAI 2014

Assalamualaikum wbk ...

Alhamdulillah hari ni dapat la juga aku meng UPDATE kan blog aku yg comel ni hehehe ... tapi tu la story pun dah hampir basi la kan ... cerita tahun lepas la yg ada pun kan hehehe ....

Tengok pada tajuk semua dah tahu kan kisah aku bercuti dengan hubby hujung tahun lepas. Bukan apa dah lama betul kami berdua tak bercuti. Hubby terlalu bzz dengan kerja dan program kemasyarakatan nya ... Aku pula bzz dengan kerja2 rumah hehehe ... Bzzzz la sangat kan hehehehe ...

Ok kat sini aku just nak share la momen2 kami berdua di Hatyai ... Sesekali dapat rehatkan diri memang seronok. Tp tu la sebelum nak bercuti perancangan awal kena la disiapkan.

Yang bestnya cuti kali ni hubby buat supprised. Dia tak cakap pun nak pergi bila tiba2 jer dia cakap on 24th December malam tu ... katannya ...

"Esok Sayang bangun awal ok, kita nak pi cuti2 ..."

Apa lg tanjat la Mak Jemah ... mana fikir tentang anak2 bulus yg nak kena tinggal. Katanya kali ni kami akan bercuti 4 hari 3 malam ... hamikkkk kooo !!! lama tu....huhuhu ... mesti aku akan rindukan anak2 buluss aku tu huhuhu ...

Tp petang sebelum tu hubby ada jumpa dengan adik lelakinya... rupa2nya dia dah bagikan kunci untuk adik dia datang tengok2 kan anak2 buluss kami tu ,,, Alhamdulillah ...
So boleh la aku bercuti dengan tenang ...

DAY 1

alhamdulillah sampai dah

dalam tut2 nak ke hotel
Elok je sampai hotel terus kami pi cari makanan ... maklum la perut dah berkeroncong minta diisi. Kebetulan hubby pilih hotel berdekatan dengan restoren makanan halal, so tak der masalah la untuk kami dapatkan makanan halal kan hehehe .. bijak hubby cheq kan :P
Kami singgah di Restoren Shah Alam untuk luch. Macam biasa la kalau dah mai Siam ni kena la makan makanan Siam hehehe ... tentulah tomyam kan :P
So inilah menu yg di minta ...
Bon Apetit ...
nasi goreng kampung namanya

kita makan dulu di restoren shah alam

tomyam campur yg raw

hubby i dah lapar tu


Lepas je makan kami pun jalan2 di sekitar bandar Hatyai, cuci2 mata katanya ... inilah pic yg sempat kami selfie hehehehe ...


selfie sat nooo ...

tu dia besaq2 nak haba maiii ,,,

lai chi kang ala hatyai macam2 ada

jagung pulut namanya

kita bergambar sat ye

muka penat dah ni

DAY 2

Memandangkan kami bercuti ada hari krismas (25 dec) so memang ramai la org2 yg beragama kristian ni meraikan hari krismas mereka kat Hatyai ni. Rata2 datang untuk bershopping ... memang sakan puak2 ni bershopping tau hehehe ...

So masuk hari kedua percutian kami, hubby decide untuk ke Pasar Hatyai. So kami amik keputusan keluar awal, bukan apa nanti jem la pula kan ...
Macam biasa la kami naik tut2. Tut2 memang kenderaan utama di Hatyai. Lagipun mudah nak daoat tut2 ni. Dok depan hotel je tut2 datang amik hehehe ....

So inilah diantara momen2 yg sempat aku rakamkan ,,,

hubby dalam tut2 ni

permandangan bandar hatyai

antara sayur2 yg dijual di pasar basah

sarapan kami di pasar hatyai

roti canai siam namanya

as usal kita selfie la dulu ye

Lepas je beli barang2 untuk dibawa balik ke Malysia kami pun pulang ke hotel untuk berehat. Tujuan utama kami ke Hatyai untuk cari pest tomyam yg memang power hehehehe ... so bila dah dapat apa yg dicari kita balik rest dulu la ye, sbb petang nanti nak merayap lagi.


ais krim kelapa yg marvelous

posing sat hehehehe

aiskrim letak pulut la pula hehehehe
Sebelum kami keluar merayap kami singgah ke Restoren Kelantan Delight yg juga berdekatan dengan hotel penginapan kami. Kami ke sana semata2 nak makan aiskrim special ni ... memang tak mendukacitakan ... yummy so delicious ... !!!!
Hubby I tak cukup dengan ais krim dalam buah kelapa di beli nya pula yg letak pulut pula ... Adoiii memang heaven betul la ;)


dapat present dari hubby ... tocey2 hehehe

buah berangan kat sini kecik2 tp sedap

lepak2 kat lee garden sat

omeiii tak motor tu hhehehe ...

Petang tu kami merayap ke Diana Shopping Complex, yg best nya hubby hadiahkan something special untuk aku hehehe ... TQ so much sayang ... I love U more and more la hehehehe ....
Dapat hadiah baru nak love bagai yer hehehehe ... bertuah punya bini :P

Lepas tu kami lepak2 kat Lee Garden jap, ingat nak ke Floating Market tp hujan la pula ... Nak ke pantai Samila pun kami kena batalkan sbb katanya ombak besar. So kami just pusing2 kat bandar Hatyai je la ... Tak kisah la janji kami dapat spend time together  ;)


DAY 3

Day 3 kami berada di bandar Hatyai ... hati aku dah meronta2 nak balik ... rasa rindu kat anak2 buluss Allah saja yang tahu. Tp kami ada sehari lagi untuk kami laluinya. Namun kami bertuah adik ipar ku sentiasa up date kan kami tentang anak2 bulus kami ,,, yang bestnya one of my buluss cat Lola namanya dah beranak ... Aduhai touching nya ,,,, rasa macam nak terbang balik hari tu juga huhuhu ....

So hari ketiga sekali lagi kami ke pasar Hatyai. Bukan apa semalam kami ada janji dengan sorang mak cik yg menjual makanan kat pasar basah tu. Katanya nanti datang la makan tengah hari kat gerai dia. Rasa touching la pula sbb cara dia cakap tu macam mak2 yg harapkan anak balik makan kat rumah. So kami amik kesempatan untuk penuhi permintaan mak cik tersebut.

Lepas je makan kami ada la beli bekal untuk kami menguyah kat hotel nanti ...

miang kam 2 baht

kuih apa tah macam apam kelapa je rupanya

sedap sangat ada kelapa muda yg diparut kat dalamnya

miang kam 
Petang tu kami ke pasar malam kat area Lee Garden. Macam2 ada dijual ... memang gila dibuatnya. Murah2 pulak tu. Ada yg nak dirembat kan hehehehe ...

So kami just lepak2 makan riti canai dengan susu plus teh tarik kaww !!
Makan malam pulak kami just amik ko tiew goreng hatyai katanya hehehe ... Alhamdulillah inilah dikatakan percutian budget ... Tak membazir dan tak mewah ... cukup sekadarnya, Alhamdulillah ...


permandangan di bandar hatyai

pilih sayang jangan tak pilih

rambang mata dibuatnya

as usal selfie

roti canai cicah susu

ko tiew hatyai katanya

So sampai di sini sajalah celoteh Mak Jemah untuk kali ini. Nanti2 kalau Mak Jemah rajin Mak Jemah story lagi okkk hehehehe ...

Sampai jumpa lagi ...
Wassalam ...