Sunday, September 29, 2013

KU PENDAM SEBUAH DUKA

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Lama aku tak update blog kesayangan aku ni. Maklum la lately ni bzz sikit dengan aktiviti kesenian di sekolah. Jangan salah sangka pulak yer, aku bukan cikgu tapi just tenaga pengajar import dari luar untuk mengajar aktiviti seni di salah sebuah pra sekolah di sekitar Kepala Batas Penang.

So hari ni aku just nak cerita kejadian semalam...kalau tengok pada tajuk tu macam sedih kan hehehehe...biasa la propa jer tu hehehe...korang jangan percaya sangat la :P

Semalam lepas balik dari Padang Besaq Perlis kami suami isteri singgah rumah mertua kejap. Kebetulan masa kami sampai tu ada la sedara mara mertua yg datang bertandang ke rumah mak. Aku macam biasa la dah sampai tu bersalam-salaman la kan...lepas tu aku gi solat Asar kejap...maklum la jam waktu dah hampir jam 6 petang.

So setelah usai mengerjakan solat, aku pun turut serta dalam kelompok mereka yg tgh asyik berborak. Seperti biasa aku pasti di kerumuni anak2 buah tercinta...berpeluk sakan la aku dengan anak2 buah aku tu hehehe...

Tiba2 ada la yang bersuara "hang minta la satu kat adik2 ipaq hang tu...tak pa depa boleh beranak lain..."
Aku just senyum jer la...lepas tu aku pun bersuara,
"Hish Mak Cik ni tak kan la mak depa nak bagi..." sambil berseloroh.
Kemudia ada lagi yang menyampuk...
"Ala, tak pa la hang amik bela la sorang, bukan sapa darah daging hangpa jugak...tengok tu muka pun dah nak macam muka hangpa dua orang..."
Aku pun bersuara semula,
"Tak pa la cukup la kami berkongsi kasih macam sekarang ni..."

Dalam hati kecik ku berbisik mana ada ibu yang sanggup berpisah dengan anak nya. Walau susah macam mana pun si ibu tetap akan menjaga anak2 nya sehingga dewasa. Cukup lah aku menumpang kasih anak2 sedara ku selagi mereka kasih kan aku dan selagi ipar duai mempercayai ku.

gambar sekadar hiasan
Siapa tak nak anak??? bohong kalau kawin tak nak anak kan...semua pasangan yg dah berkawin pasti ingin kan zuriat sendiri, begitu juga la kami berdua...Kalau ikutkan hati aku ni, memang meronta-ronta inginkan anak...tapi aku mesti bersabar kerana "Allah masih membicarakan tentang SABAR dengan aku dan suami..."
Semoga kesabaran dan ketabahan ku akan bertambah demi mengharapkan doa kami akan dikabulkan satu hari nanti In Shaa Allah...

Mulut manusia memang mudah mengeluarkan kata2 tanpa memikirkan hati kami yg terguris. Kadang2 tu aku tebalkan muka bila setiap kali dengan kaum ibu memulakan bicara tentang anak dan proses bersalin. Nak angkat kaki nanti nampak sangat aku ni terasa pulak...so aku be more profesioanal. Aku menyampuk bila ada fakta yang aku tahu...dan diam bila aku tak pasti dengan jawapan ku nanti.

Ada sesetengah ibu pula berbicara seolah-olah memerli aku yang tak pernah ada zuriat...Aku faham...walaupun tak secara lansung tapi dari mimik muka dan mata dapat ku baca kata2 itu seolah sedang memerli aku. Terima kasih diucapkan. Aku tak minta hati ku dijaga atau ditatang bagai minyak yang penuh tapi cukup la bicara sekadar bercerita pengalaman, jangan la pula sampai menyindir dan melukakan hati kami yg tak punya zuriat...

gambar sekadar hiasan
In Shaa Allah aku yakin satu hari nanti kami pasti akan punyai zuriat kami sendiri. Kerana bagi ku janji Allah itu pasti. Tiada yang mustahil dari Allah...semoga kesabaran kami akan terus bertambah dari masa ke semasa...

Kami bukan nak menagih simpati tapi kami hanya mahukan doa kalian agar kami mampu melalui hari2 mendatang dengan sabar dan tabah. Kepada mereka yg mempunyai zuriat, jagalah amanah Allah itu sebaik yang mungkin, jangan sesekali sia-siakan pemberian Allah yang terlalu indah itu. Ajari lah anak2 menjadi anak yg soleh dan solehah serta yang dapat berbakti pada ibu dan ayah. Bukan kuantiti yg kita mahukan tapi kualiti dalam mendidik zuriat kita menjadi insan yg sebaik-baik umat...In Shaa Allah...

Wassalam...

Thursday, September 5, 2013

DIET OH DIET

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak bebel tentang diri sendiri la pula. Bukan apa tentang diet aku ni la. Ok so far diet aku berjalan dengan lancar. Turun naik tu biasa la kan. So buat masa sekarang ni diet aku dah 64 kg dan kadangkala 63 kg. Aku harap2 aku dapat turun kan lagi hingga mencecah ke 60kg. Itu my target buat masa sekarang. Kalau ianya berjaya ini bermakna fasa kedua aku dah pun terlaksana.

Fasa pertama aku dah lepas, dari berat aku 70kg dah mencecah ke 65kg. Alhamdulillah ianya terlaksana dengan begitu berkesan. Memang amik masa yang lama, tapi ianya sangat2 berbaloi.

So kali ni diet aku akan lebih ekstrem dari yg sebelumnya. Aku dah minta izin dari my hubby yang aku nak berpuasa dari Isnin sampai Khamis. Tapi my hubby kata cukup la Isnin dan Khamis jer. Tapi kalau boleh aku tetap juga nak buat Isnin sampai Khamis, bukan apa ia lebih mendisiplinkan diri aku ni. Tapi kadangkala tu aku ni ada masalah migrain so memang tak mampu nak buat kalau ianya datang menyerang.

So In Shaa Allah aku akan lebih berusaha untuk mencapai apa yg aku inginkan. Bukan apa kadang2 tu bingit juga telinga aku ni dok dengar org kata aku GEMOKSSS!!! sakit hati la jugak kan huhuhu...tapi start from now apa yg org kata tu aku amik sebagai challeng untuk aku berusaha menguruskan badan aku ni hehehehe In Sha Allah.

Kalau ikutkan target aku yg sebenarnya 55kg. In Shaa Allah tetap akan diusahakan dan aku pastikan ianya akan berjaya. Tujuan utama aku menurunkan berat badan aku ni adalah untuk kesihatan dan kedua untuk mendapatkan zuriat...itu atas nasihat doktor la :)

In Shaa Allah wish me luck ok kawan2...

Wassalam.....:)

Wednesday, September 4, 2013

PIC RAYA 2013 KAMI BERDUA


me and my love

me and my cousin

my small famili mak yah,mak cik,me,hubby,pak teh and mak teh

my famili

me and mother and sister inlaw

famili hubby pulak

here we are pink mix yellow

hubby with his mom and adik beradik

lindungilah kami sekeluarga wahai tuhan

lovely pic

pusara ayah mertua ku
pusara mama ku tercinta

pusara ayahanda ku

Assalamualaikum...

Entri kali ini ku biarkan gambar2 yg berbicara...:)

Wassalam....

Monday, September 2, 2013

TANDA PUTERA IS THE BEST


bunting tanda putera

Assalamualaikum...

Hari ni actually aku dan suami nak renew my pasport. Maklum lah bulan Oktober ni aku nak kena temankan anak2 didik aku yg kecik2 tu pergi buat persembahan di Thailand...hehehe...so sesampai jer kami kat sana Masha Allah manusia punya la ramai, so my hubby decide untuk tangguh dan buat pada hari lain...tapi In Shaa Allah dalam minggu ni jugak la kami kena buat...

So my hubby tukar plan, memandangkan hari ni dia cuti so kami pun pergi la ke Sunway Carnival. My hubby cakap 11.45 nanti ada show katanya...and waktu kami sampai kat Sunway dalam lebih kurang jam 11.20pg macam tu. Kalau ikut plan asal aku ajak hubby nonton filem ni hari Rabu nanti...tapi dah dia cuti hari ni so the plan is changging la kan hehehe...

tiga watak negarawan yg terulung tun razak,tengku abdul rahman and tun dr.ismail

watak2 tambahan yang turut membantu
salah satu babak dalam tanda putera
babak di sewaktu tun razak menjalani threapistnya di luar negara
salah satu babak di mana toh puan rahah sedang menunjukkan sesuatu pada tun razak
watak faezah elai sebagai toh puan rahah amat terkesan dalam hati ku
antara para pelakon utama yang menjayakan filem tanda putera

AMAZING!!!! itu yang boleh aku ungkapkan...aku memang seorang yang cintakan sejarah, so aku memang admire dengan filem2 yg bercorak sejarah dan juga semangat patriotik macam ni. Dari sudut pandangan mata aku, kisah ni tak der nak bangkitkan racist atau perkauman...tontonlah dengan jiwa yg cinta kan negara In Shaa Allah perasaan pecah belah itu semua akan terus hilang malah akan membangkitkan rasa kasih dan cintakan negara kita yg berdaulat ini. Bagi aku PERPADUAN adalah kunci keamanan.

Dalam citer ni kita akan tahu betapa susahnya org2 dulu untuk menjalani kehidupan mereka dalam sehari-harian. Peristiwa 13 Mei telah memecahbelahkan perpaduan antara semua kaum...Tapi berkat kesabaran serta kewarasan para pemimpin terdahulu telah membuat kan negara kita yg berdaulat ini mampu berdiri teguh dan menyatupadukan semula antara semua kaum di Tanah Melayu.

Sebenarnya kita patut berterima kasih kepada Tuhan kerana telah menganugerah kan kita semua dengan insan2 yg istimewa seperti pemimpin2 kita yg terdahulu. Kerana kalau tidak ada mereka ini negara kita tak mustahil akan terus berantakkan seperti negara2 yg sedang menghadapi masalah sekarang ini. Teruslah sujud Syukur wahai rakan2 ku sekalian...bersyukur kerana kita masih mampu bebas berbicara dan bebas melakukan aktiviti luar tanpa rasa gusar dan takut.

Secara jujurnya bila aku melihat filem ini terutama bila ada babak polis2 ditembak mati oleh komunis hati aku memang terasa sayu...sedih dan sangat pilu bila ada segelintir masyarakat yg memandang serong kepada pihak polis. Memang aku akui ada juga segelintir polis yang membuat salah...itu kan lumrah sebagai manusia biasa...tapi pada mereka yg bersungguh-sungguh mempertahankan negara kita sepatutnya berterima kasih bukan nya mengutuk mereka.

Dalam filem ini juga banyak fakta sejarah yang aku ketahui, antaranya penubuhan MAS adalah dari buah fikiran Tun Abdul Razak sendiri begitu juga dengan Dasar Ekonomi Baru dan juga pertanian....Tun Abdul Razak ingin kan rakyat di kampung menjadi kaya dengan hasil tani mereka, maka pelabagai bantuan pertanian di salurkan bagi membantu org2 kampung untuk hidup dengan lebih selesa.

Oh yer tadi aku terjumpa satu blog yg banyak bercakap soal relevant nya fakta sejarah dalam Tanda Putera serta sinopsisnya...untuk keterangan lebih lanjut boleh korang ke laman blog beliau yer..
ini link nya http://ynyt.blogspot.com/2013/06/sinopsis-tanda-putra.html

So sebelum aku akhirkan celoteh aku di blog comel aku ni mari lah kita sama2 menghadiahkan surah Al-Fatihah buat kedua2 tokoh negarawan kita iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan juga Tun Doktor Ismail Abdul Rahman serta isteri nya Toh Puan Norashikin Mohd Seth atau Neno... Al-Fatihah...

Wassalam.....

tun abdul razak hussain
tun doktor ismail
toh puan norashikin mohd seth (neno)

Wednesday, August 28, 2013

PETUA HUBUNGAN SENTIASA MEKAR

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Lama pula tak ke sini, so dah ada kesempatan ni kita share something yg special bagi aku untuk kita para suami dan isteri praktikkan agar rumahtangga kita kekal bahagia selamanya In Shaa Allah...

Semua pasangan suami isteri inginkan rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, tanpa usaha dan doa ia sukar dicapai. Lakukan yang terbaik untuk memastikan alam perkahwinan anda terus segar dengan semarak kasih sayang. Petua berikut mungkin dapat membantu impian tersebut.
* Sentuhlah tangannya selalu.

* Ajaklah dia mandi bersama.

* Seminggu sekali, luangkan masa untuk urut tubuhnya.

* Timbulkan ‘mood’ anda berdua di kamar dengan alunan irama instrumental yang mengasyikkan.

* Pastikan kamar tidur anda sentiasa harum.

* Tulislah nota cinta buat si dia.

* Ingat, penampilan memainkan peranan yang cukup penting dalam rumah tangga, jadi pastikan diri sentiasa kemas dan wangi walaupun hanya di dalam rumah.

* Bingkaikan gambar anda berdua dan gantungkan pada dinding rumah atau pun letak atas meja supaya dapat ditatap selalu dan diimbas kenangan lalu yang indah.

* Sentiasalah bersikap terbuka dan boleh menerima kritikan.

* Elakkan daripada bercakap kasar dengan orang tersayang.

* Jangan lepaskan kemarahan kepada si dia.

* Sekiranya rasa marah kepadanya, cubalah kenang kembali kisah-kisah lama. Anda pasti lebih tenang.

* Ingat, janganlah sesekali merendah-rendahkan si dia depan orang lain.

* Sentiasa menghargai setiap apa yang dilakukannya terhadap anda.

* Bantulah orang tersayang dengan rela hati setiap masa tanpa berkira.

* Cubalah pujuk jika dia sedang berduka.

* Bisikkanlah kata-kata kasih dan cinta di telinganya selalu.

* Peluklah si dia sekerap mungkin.

* Sentiasa berdoa agar rumah tangga kekal bahagia hingga ke syurga.

Monday, August 19, 2013

INGAT LAH WAHAI DIRI KU....

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum ...

Lama sungguh aku tak up date blog kesayangan aku ni, maklum la nak kata bzz tak juga tapi mungkin MALAS kut hehehehe...lagi pun tengah sibuk beraya la katakan...

Hari ni aku just nak share something yg memberi peringatan buat kita semua...jom kita sama2 renungkan...:)

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.


So kawan2 jom kita sama2 menjadikan ia satu iktibar dan panduan agar hidup kita selepas ini akan lebih di berkati Allah...AMMIIN....

Wassalam....

Thursday, July 25, 2013

LUAHAN HATI SEORANG WANITA

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku just nak share something yang sangat puitis untuk di renungi oleh kaum lelaki...kata2 ini aku share dari wall seorang sahabat FB yang bernama Ida Ariess. Kata Ida Ariess dia pun amik dari FB Strawberry Cinta... https://www.facebook.com/FilemStrawberiCinta?hc_location=stream

So mari kita hayatinya yer... :)

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


Renung2kan yer...:)