Assalamualaikum bloger ku tercinta,
Kali ni story aku berkisah tentang kenangan pahit yang pernah ku alami pada 7 Januari 2006 yang lepas...Kisah ini memang pahit dan menyakit kan bila di kenang semula...dan ia juga membuatkan diri ku mengalami fobia dalam tempoh yang agak lama...Namun sebagai manusia aku yakin setiap kejaian itu ada hikmah di sebalik nya, kisah nya bermula bergini...
Pada pagi 7 hb Januari 2006, aku keluar dari rumah ku yang terletak di Sungai Gelugor untuk ke Pusat Tusyen Johan yang terletak di Sungai Nibong. Aku adalah salah seorang Guru Tusyen di sana. Aku berjalan kaki dari rumah ke perhentian bas...dan suasana pada pagi tu hujan turun renyai2.
Aku berjalan tanpa menoleh kiri dan kanan sebab memang aku dah lewat untuk ke sana...tiba2 ada sebuah motor datang dengan laju lalu menarik handbag ku dan terus menendang ku, tudung di kepala ku di tarik dan dibuang di atas jalan raya serta aku di biarkan tertiarap di atas jalan...aku memang dalam keadaan sangat2 terkejut kerana di ragut di kawasan perumahann ku sendiri..dan ini merupakan kejadian kedua ku di ragut.
Kali pertama aku di ragut di Seberang Jaya iaitu berdekatan dengan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Masa tu aku baru masih buat praktikal. Kalau tak salah dalam tahun 2002. Ia benar2 mengerikan aku...
Untuk pengetahuan rakan2 sekalian, semasa kejadian tersebut aku telah pun diijabkabul dengan suami tercinta, tapi kami belum tinggal sebumbung, dan pada tanggal 14 Januari iaitu seminggu selepas kejadian aku akan naik pelamin di mana majlis kenduri ku akan diadakan...
Aku di selamatkan oleh jiran2 yg berdekatan dengan tempat kejadian, kebetulan Pak Su aku lalu di situ dia ternampak aku, tanpa banyak soal dia terus mengejar peragut tersebut...aku pada waktu itu masih dalam keadaann terkejut dan seakan akan pitam...
kebetulan jiran yang membantu aku itu tahu nombor talifon suami ku, lalu dia terus menghubungi suami ku yang waktu itu berada du Kulim...setengah jam kemudian suami ku pun sampai...dia terus memeluk ku dan mengangkat ku ke dalam kereta dan terus ke hospital...aku memang sangat lemah...
Aku di masukkan ke bahagian kecemasan, Mak Cik ku yang bekerja sebagai jururawat di situ terus merawat ku, aku di beri suntikan menahan sakit, aku di X-ray dan didapati tulang rusuk ku membengkak akibat di tendang oleh peragut tersebut...
Kalau diikutkan aku perlu di masukkan ke wad, tapi Mak Cik ku enggan berbuat demikian, dan dia berjanji dengan Doktor bahawa dia sendiri ingin merawat ku...ini semua kerana aku bakal menjadi pengantin pada minggu hadapan...
Aku di bawa ke balai polis untuk memberi keterangan...kemudian aku balik ke rumah dan dijaga oleh Mak Cik ku sehingga sembuh...
So sewaktu kenduri ku berlansung topik utama yang dibualkan adalah kes ragut yang aku alami...
Kini, aku jadikan iktibar dari kenangan pahit untuk aku terus berhati-hati apabila keluar dari rumah...aku bersyukur kerana aku masih selamat berbanding mereka yang menemui maut akibat diragut...
Kepada peragut2 di luar sana, insaf lah mungkin esok atau lusa, isteri,ibu,anak atau saudara mara anda juga menjadi mengsa peragut yang lain...BERWASPADA LAH!!
No comments:
Post a Comment