Sunday, July 31, 2011

AHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK





Assalamualaikum ...

Salam sayang dari ku untuk semua rakan blog sekalian...diam tak diam dah masuk pun kita ke bulan Ramadhan iaitu bulan kerahmatan. Alhamdulillah aku masih di beri peluang untuk merasai dan menikmati bulan yg mulia ini. Namun di sebalik penantian ku ini, terselit rasa sayu, kerana tahun ini aku tak dapat lagi berpuasa dengan bonda tercinta...

Tahun lepas aku sambut Ramadhan di Hospital Besar Pulau Pinang. Di waktu itu bonda ku dalam keadaan koma, namun aku masih mempunyai kekuatan untuk berpuasa kerana bonda masih di depan mata. Tahun ini, aku sangat2 merasa hiba kerana Allahyarhamah bonda ku telah pergi selamanya dan aku tak mampu lagi menatap wajah arwah yg tenang itu....Ya Allah berilah aku kekuatan Mu Ya Allah....

Namun sebagai manusia aku wajib bersangka baik dengan Allah, kerana setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya...Aku yakin aku masih di beri ruang dan peluang untuk menikmati hidup dengan rasa bahagia dan gembira bersama suami yg ku cintai...Syukran Ya Allah...

Maka dengan ini aku dan suami dengan merasa rendah hati ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua rakan2 blog ku. Semoga bulan ini memberi kita sejuta kenikmatan dan kebahagian di dunia dan di akhirat...Ahlan Ya Ramadhan...

Monday, July 18, 2011

JOM MAKAN

nasi goreng udang special
nasi goreng ayam special
Assalamualaikum wahai sahabat2 di dunia maya ku.

Hari ni aku nak citer perihal makan la pula. Banyak betul koleksi gambar2 makan yg aku simpan dalam hp ku. So hari ni aku kutip la mana yg perlu untuk ku tatapkan di skrin blog ku...Saja jer nak cairkan air liur korang semua hehehehe...jahat kan aku ni :-)

Menu pertama ku nasi goreng udang pilihan suami ku, menu kedua pula nasi goreng ayam pilihan ku. Kami makan kedua2 menu ni pada hari Sabtu lepas. Masa tu aku baru balik dari sekolah, maklum la ada sports day. Nak masak jangan mimpil la, tak larat den ni ha...so mujur la aku dapat suami yg memahami. So layan ajer di kedai area Dewan Panorama Bagan Ajam. Apa macam nampak sedap tak? hehehehe...


set bawal dan set keli
Ini pula menu kami yg seterusnya iaitu set bawal dan set keli panas. Memang marvelous..kari dia memang kaw giler...sedap bangat tu hehehehe....Kalau tak salah kami makan menu pada hari Rabu lepas. Masa tu baru balik dari pasar malam Kepala Batas. Kami malas nak makan makanan yg di jual di pasar malam, sebab tujuan ke pasar malam hanya nak beli ikan untuk meow2 ku :-). Kedai ni baru jer buka, tapi secara peribadi masakan nya memang memenuhi citarasa ku...Insya Allah di doakan semoga kedai makan ni akan sentiasa maju amin...:-)


koe teow teng
char koe teow
Menu ini pula kami makan kat Rojak Dot Com. Saja  masa tu gi pusing2 area Bertam, so rasa lapar la pula. Nak gi kiosk Bertam banyak yg tutup, maklum la kami pergi masa hari Ahad 2 minggu lepas. So layan koe teow teng dengan char koe teow jer la kat sana. Sedap juga masakan kat Rojak Dot Com ni. Nanti na cuba makanan lain la pula :-).

koe teow theng homemade
Menu ni buatan aku sendiri. Hari ni lepas balik dari klinik gigi, teringat pula nak buat koe teow theng, bukan apa teringat suami ku suka makan masakan ni. Dulu arwah mama rajin buat koe tewo theng ni. Aku pula rajin sungguh tolong makan hehehehe...So hari ni aku cuba buat sendiri, dan alhamdulillah menjadi la pula...tapi banyak lagi bahan2 nya yg aku lupa nak masukkan...Insya Allah nanti percubaan kedua lebih sukses amin...:-).

So akhir kata, jom layan semua menu2 ku ini. Kalau ada sesiapa yg teringin dan rajin apa salahnya memasak sendiri, dan kepada sesiapa yg teringin tapi malas macam aku jom singgah kat kedai hehehehe....jimat masa tu, duduk, order dan terus makan yummy :-)

Saturday, July 9, 2011

BOSAN VS TING TONG

ayu la konon
still control
tekanan pun bermula
ting tong dah datang
dah semakin bosan
boring beb!!
peace no war
kelas aku kosong hari ni :-(
hujan itu satu anugerah
meja ku dah berselerak
Assalamualaikum,

Bila tengok pada tajuk aku sendiri pun ketawa hahahaha...memang da ketegori ting tong dah ni...Mana taknya sorang pun anak murid aku tak hadir ke kelas pagi tadi...mana aku tak bosan huhuhu...Sedangkan kelas sebelah ada la juga penghuninya...:-(

Aku tak boleh nak salahkan hujan yg turun. Sebab hujan itu rahmat dari Allah. Entah la mungkin sebab mereka ada hal lain atau sejuk nak bangun tidur awal2 pagi...

So apa lagi dah ada waktu terluang ni, aku pun menggunakannya sebaik mungkin. Aku tulis diary, aku tulis nota mengajar aku, aku semak buku dan aku make up hehehehe....itu tak termasuk dalam agenda mengajar sebenarnya :-)...

So korang boleh la tengok wajah aku yg pelbagai rupa...dah makin buruk la pula huhuhuhu...bukan apa dari pukul 8 pagi sampai 12.10 aku dok sorang2...rasa macam nak pitam pun ada huhuhu....tapi mujur la ada dua tiga orang parents sms aku bagi tahu yg anak mereka demam, ada latihan sukan dan ada juga yg pergi kenduri...

Tapi apa pun aku harap minggu depan aku dapat bertemu dengan anak2 didik ku..bukan apa aku sebenarnya dah rindu sangat kat dia orang tu. Maklum la dah dua minggu berturut2 kelas di batalkan. Kali pertama akibat "Hari Kecemerlangan Pelajar", minggu kedua pula sebab ada "Sukan 1 Malaysia, 1 Murid 1 Sukan" ... so harap2 nya minggu depan dapat la aku jumpa mereka...Insya Allah...:-)

So korang layan jer la wajah aku yg semakin sememeh tu akibat bosan dan dah ting tong hahahaha...adios!!

Sunday, July 3, 2011

CHICKEN RICE

wajah org puasa yg lapar
penuh meja dengan menu
sedap tau ayam ni :-)
sayur taugeh yg fresh
lamb stew
my favourite
dessert yg menyelerakan
Assalamualaikum...

Sebelum aku memulakan bicara aku nak bagi tahu ni, ini kisah lama. Tapi hari ni baru teringat yg gambar2 ni belum di upload ke dalam blog hehehehe....Kalau tak salah citer ni berlaku masa kami nak gi menonton "Nur Kasih The Movie" bulan Mei lepas...citer dah basi pun huhuhu...

Kebetulan hari tu hari Khamis, so macam biasa aku akan buat puasa sunat Khamis. Tapi di sebabkan hati ku yg bergelora nak gi nonton NKTM tu...apa lagi terpaksa la suami ku membawa aku berbuka puasa di luar.

Aku memang suka makan nasi ayam kat Chicken Rice Shop ni...sayur taugeh dia tu memang fresh and crunchy tu...ayam pun sedap, pendek kata memang layan habis la kalau makan kat sini...

Alamak bila citer tentang makan ni, perut aku pun dah bekeroncong la...nak gi makan la kejap..bukan apa tadi sibuk mengemas rumah sampai terlupa pula nak makan...jom korang...selamat menjamu selera :-)