Sunday, July 31, 2011

AHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK





Assalamualaikum ...

Salam sayang dari ku untuk semua rakan blog sekalian...diam tak diam dah masuk pun kita ke bulan Ramadhan iaitu bulan kerahmatan. Alhamdulillah aku masih di beri peluang untuk merasai dan menikmati bulan yg mulia ini. Namun di sebalik penantian ku ini, terselit rasa sayu, kerana tahun ini aku tak dapat lagi berpuasa dengan bonda tercinta...

Tahun lepas aku sambut Ramadhan di Hospital Besar Pulau Pinang. Di waktu itu bonda ku dalam keadaan koma, namun aku masih mempunyai kekuatan untuk berpuasa kerana bonda masih di depan mata. Tahun ini, aku sangat2 merasa hiba kerana Allahyarhamah bonda ku telah pergi selamanya dan aku tak mampu lagi menatap wajah arwah yg tenang itu....Ya Allah berilah aku kekuatan Mu Ya Allah....

Namun sebagai manusia aku wajib bersangka baik dengan Allah, kerana setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya...Aku yakin aku masih di beri ruang dan peluang untuk menikmati hidup dengan rasa bahagia dan gembira bersama suami yg ku cintai...Syukran Ya Allah...

Maka dengan ini aku dan suami dengan merasa rendah hati ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua rakan2 blog ku. Semoga bulan ini memberi kita sejuta kenikmatan dan kebahagian di dunia dan di akhirat...Ahlan Ya Ramadhan...

2 comments:

Siti Azlina Abdul Aziz said...

selamat menjalani ibadah puasa wahai sahabat ku sekalian...:-)

ruziawati yusof said...

salam dear..

selamat menjalani ibadah berpuasa yang!

take care ok?