Thursday, May 31, 2012

BILA SESEKALI RINDU DATANG BERTAMU

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni hari Khamis malam Jumaat. Seperti biasa selesai solat Maghrib, surah Yassin akan di baca bagi menghadiahkannya untuk sekalian arwah terumatanya bonda ku...Allahyarhammah Hajah Fadillah binti Noor Mohd.

Setiap kali aku mula membaca, maka sebak itu datang menganggu...betapa aku amat merindui arwah bonda ku...Sungguh perit rasanya, tak tertanggung rasa rindu ini hinggakan kadangkala aku ingin berlari mengejar bayang yang tak pasti...sungguh pilu...:(

Hati aku rasa seperti dihiris belati tajam tatkala perasaan rindu itu datang bertamu...perit sungguh Ya Allah...apa kah aku sedang sakit...yer..memang aku sedang menghadapi kesakitan yg amat sangat...kesakitan kerana amat merindui arwah bonda ku.

Namun aku tahu yg pergi tak akan kembali lagi, walau keluar air mata darah sekali pun ianya tetap tidak kembali...

Namun di setiap penghujung doa ku pasti aku akan menyebut...tempatkanlah bonda ku di Syurga Mu Ya Allah...hanya itu yg mampu ku berikan...doa anak2 yg soleh...namun akan aku belajar untuk menjadi anak yg soleh kerana aku bukan yg terbaik...aku hanya manusia yg lemah yg tak pernah lari dari dosa dan maksiat...Subhanallah...bimbing lah aku...Al-Fatihah...