gambar sekadar hiasan |
Dah lama benar aku tak berceloteh di sini. Tapi hari ini hati ku terpanggil untuk membuat luahan di blog ini. Bukan apa hati ku tersayat pilu bila rata2 di wall FB aku bercerita tentang penderaan anak malang oleh ibu kandungnya sendiri. Aku memang sangat2 marah dan teramat tekilan dengan manusia sedemikian rupa...KEJAM sungguh dirimu wahai ibu...
Tengah hari tadi sewaktu aku berehat aku terpandang satu video yg berada di wall FB aku. Aku cuba mainkan...mula2 tu tak boleh maklum la line tak berapa nak clear. So cubaan kali ketiga baru la boleh di mainkan...
Bila aku tengok video yg lebih kurang 4 minit itu, aku tiba2 jadi menggeletar seluruh badan, menahan geram, air mata pula mengalir laju rasa macam nak masuk dalam TAB aku tu...nak bawa anak kecik tu lari jauh2 dari ibu yg berhati dinosour tu...Subhanallah...sedih sungguh...
Yang aku marah tu, orang yg merakamkan adengan tu, boleh pula dok jerit "sudah la Ira...tak kan nak bagi mati budak tu" kalau yer pun kau hentikan rakaman tu kau amik budak lari bawa lari dari ibu yang GILA MEROYAN tu...memang bengong la manusia sekarang ni...sampai tak der akal untuk berfikir.
Bagi aku anak sebesar itu tak tahu mana salah mana betul, so kalau dia tersilap itu bukan hukuman untuknya...memang tak layak wanita BODOH itu menjadi seorang ibu. Tapi apa pun dia beruntung kerana dia mampu menjadi seorang ibu, bayangkan insan2 yg merintih merayu memohon agar mendapat zuriat...Subahanallah...KEJAM sungguh manusia sekarang ni.
Tiba2 aku teringat cara arwah mama mendidik aku. Tidak sesekali mama menjentik atau menampar muka ku. Apatah lagi rotan. Mama sentiasa berleter...kadang2 bingit juga telinga ni...tapi sekarang bila aku semakin dewasa dan matang, baru aku sedar betapa aku beruntung memiliki seoarang IBU yang sangat baik dan penyabar seperti mama...I MISS U MAMA..Al-Fatihah buat arwah mama ku...semoga mama ku di tempatkan di SYURGA MU...
So kawan2, walau macam mana nakal pun anak kita didik lah ia dengan baik...nasihati lah dia dengan penuh kasih sayang...jangan sesekali mereka ini di kasari...kerana anak itu anugerah dan amanah dari Yang Maha Esa. Aku sendiri pun tak pernah nak jentik kucing yg aku pelihara.
Ya Allah jauhkan lah sifat hina itu dalam diri ku...penuhkan hati ku dengan kasih sayang...sesungguhnya kasih sayang itu penyembuh segala luka...
Wassalam....
No comments:
Post a Comment