gambar sekadar hiasan |
Lama sungguh aku tak berceloteh kat sini. Entah lah kenapa, nak kata sibuk tak der la sibuk macam PM pun..nak kata tak sempat, kita ada 24 jam banyak juga masa yg ada...tapi mungkin sebab Mr.M dah datang...siapa lagi kalau bukan MALAS...huhuhuhu...
Ok la hari ni nak story tentang mimpi yg aku alami semenjak dua menjak ini. Kalau ikutkan banyak mimpi tapi dua ni sangat terkesan dalam hati ku...dan aku masih segar dalam ingatan ku.
Aku bermimpi yg aku berjumpa dengan arwah mama, kononnya dalam mimpi tu aku dan arwah ke Mekah buat Umrah. Konon nya kami nak turun dari hotel, arwah dan rakan2 nya dah tunggu aku dalam lift. Aku pula dok sibuk cari kasut yg kononnya arwah belikan untuk aku. Aku tak berganjak dari terus mencari lagi sebelah..sebab sebelah dah jumpa tinggal lagi sebelah tak jumpa2.
Aku dengar satu suara dari dalam lift memanggil nama ku, tp bukan dari suara arwah mama..aku lihat mama tersenyum tengok keletah ku yg tak berputus asa...wajah mama bersih sangat dengan kain telekung barunya....
Tiba2 aku berputus asa, namun aku tetap capai sebelah kasut lalu lari ke dalam lift...tapi bila aku masuk dalam lift tu, arwah mama pula keluar...aku nak ikut mama, tapi aku dihalang oleh orang2 yg ada dalam lift tadi...aku menjerit menangis nak mama...dan tangisan ku sampai ke alam nyata...
Aku tersedar bila suami ku mengejutkan aku sambil mengelap air mata ku...bibir ku masih menyebut "nak mama...nak mama..." Ya Allah aku terlalu rindukan arwah sangat2...
Yang kedua aku bermimpi kononnya aku nak lap mama yg sedang sakit, sebab itu la kerja rutin aku sewaktu menjaga mama...masa aku nak lap tu tiba2 Pake Teh aku datang kata mama dah meninggal...aku menjerit marah...sambil menjerit aku peluk mama kuat2...tiba2 aku rasa tubuh ku di peluk juga...aku berpaling aku lihat mama sedang peluk aku dengan erat sekali...
Aku menangis sambil berkata " mama tak mati pun.." berulang kali aku ucap kata2 tu...sampai la aku terjaga...dan sekali lagi suami ku memeluk ku dan berkata "istigfar sayang..."Masya Allah pilunya hati ku...aku lihat jam tepat 3 pagi...kedua2 mimpi ku berlaku tepat jam 3 pagi...
Ya Allah sesungguhnya aku tak mampu menahan rasa rindu ini untuk arwah mama. Setiap saat aku rasakan mama ada di sisi ku...
Mimpi yg pertama sekali selepas sehari selepas ketiadaan arwah masih juga segar dalam ingatan ku. Memang arwah pergi tanpa menunggu ku yg ke daour untuk amik air panas,itu pun sebab nurse yg paksa..kalau ikutkan aku tak nak ke dapur. Bila sampai ke ruang tamu aku dengar semua org menangis...mama dah pergi meninggalkan aku tanpa menunggu ku walau pun sesaat.
Semua org memeluk ku meredakan rasa duka ku. Tapi dalam hati aku ni tersimpan persoalan kenapa mama tak tunggu aku. Tapi ada sorang mak cik datang mengatakan org yg nak meninggal tak akan meninggal di depan org yg di kasihinya...aku masih tak berpuas hati dengan kata2 mak cik tersebut.
So malam tu aku bermimpi bertemu arwah yg memakai serba puitih, kononya masa tu arwah nak pergi kerja....Pakaiannya cantik sangat wajah pula sangat berseri.
Tiba2 dalam mimpi tu aku bertanya "kenapa mama tak tunggu ct...kenapa mama tinggalkan ct???" bertalu2 soalan yg sama aku lontarkan...
Tiba2 ada satu suara mengatakan bahawa mama tak boleh tunggu aku sebab bila dengar tangisan ku mama tak mampu nak meninggalkan aku...nafasnya tersekat2...dan yg pasti suara tu bukan suara mama...suara orang lain...
Itu lah mimpi yg masih segar dalam ingatan ku...dan tak akan aku lupakan sampai bila2. Dah berapa kali aku bermimpi mama, tapi mama tak pernah bercakap dengan aku. Kata orang yg beriman, kalau arwah datang dan bercakap itu maknanya Syaitan...tp kalau tak bercakap itu maknanya satu petanda yg baik...arwah datang bertemu dengan kita...
Ya Allah aku tak tahu apa erti mimpi ini semua...tapi yg aku tahu AKU RINDUKAN MAMA SANGAT2...tak terhitung rasa rindu ini untuk mama...sehinggakan aku pernah terfikir bilakah masa ajal ku...kerana aku nak sangat jumpa ngan mama...
Ya Allah Ya Tuhanku...tempatkanlah arwah bonda ku di SYURGA YG TERTINGGI...semoga rohnya di tempatkan di kalangan mereka yg beriman dan soleh...
Al-Fatihah....
No comments:
Post a Comment