Tuesday, June 11, 2013

PENANG TROPICAL SPICE GARDEN

welcome to spice garden
Assalamualaikum,

Hari ni hari round island hehehe...amik kau pusing Pulau Pinang sampai lebam la dibuatnya...Mana tak nya aku ni punya la rasa pening Tuhan jer yang tahu. Memang dari kecik lagi aku kalau pi pusing Pulau Pinang memang akan rasa pening...Ingat lagi masa aku tadika KEMAS dulu, ada rombongan naik bas pusing Penang, arwah mama siap bekal kan aku ubat tahan muntah. Aku tidur jer sepanjang perjalanan...Orang lain shiok tengok keindahan aku pula shiok dok layan mimpi...RUGI betoiii!!!

Pagi tadi lepas bagi makan anak2 buluss aku cakap dgn hubby teringin nak makan roti telur...So hubby cakap pergilah bersiap nak breakfast kat luar. Tengah2 bersiap tu dia kata..."Kita pi singgah Penang la Yang..!!" Aku pun apa lagi shiok la, maklum la nak balik kampung halaman la katakan hehehe...

roti telur memang marvelous
Sampai jer kat Penang dia kata nak pi Bukit Bendera, bersungguh2 la kami pun nak ke sana, alih2 tutup la pula under renovation...KICIWA!!! la kami berdua...so plan bertukar...dia kata jom pusing Penang. Maka bermula la episod pusing Penang sampai lebam hehehehe...

Kami singgah kat Tropical Spice Garden di Batu Feringi...memang cantik giler tempat tu, kena pula haruman aroamatik aduhai rasa nyaman dan sangat2 menyegarkan...

So masa nak balik tu sempat la kami membeli ole2 buat buah tangan dari Spice Garden hehehe...bila lagi nak minta dengan hubby kan hehehehe...

ole2 dari spice garden
So masa nak balik tu kami balik ikut laluan Genting Balik Pulau...alahai aku mula la rasa pening...pening dengan jalan yang berbelok2 dan ditambah pula bau durian yg menyucuk hidung...aduhai memang perit huhuhu...so aku pun just pejam mata sampai la turun ke bawah...

Kami singgah makan di Restoreng Awet Muda, kat sana kami terjumpa dengan kawan hubby yg turut makan kat situ...Alhamdulillah kawan hubby belanja ... TQ Dato dan Datin berdua..hanya Allah yang dapat membalasnya...TQ...

bersama datin izan kat restoren awet muda
So lepas jer lunch kami singgah la kat my kampung yang tak macam kampung pun hehehe...macam biasa la Mak Cik dengan Mak Yah punya la hepi kami datang..macam2 cerita nak dibualkan...

So dah habis berbual...kami pun pulang ke rumah...tapi sebelum tu singgah kedai BUNDLE dulu...maklum la hubby aku ni bunddle dengan dia memang tak dapat dipisahkan...aku pun turut sama nyopping...tak banyak pun 3 pasang baju untuk pakai di rumah hehehehe...

So jam 4.30 kami pun balik di rumah...malam ni serius memang kaki aku dah mula sakit..mana taknya panjat tangga kat Spice Garden tu...lepas tu jalan2 lagi kat Genting Balik Pulau hehehe...tp apa pun memang aku hepi sangat bila dapat bersama dengan yang TERSAYANG...bagi ku setiap detik yang indah wajib la kita hargai...kerana ianya datang hanya sekali...dan tak akan berulang lagi...Bila tibanya kehilangan baru kita sedar akan erti kesunyiaan....

ADIOS!!!

Monday, June 10, 2013

HUBBY ADMIT AT KPJ

my love baru lepas muntah dah kena masuk air kat bahagian kecemasan

dah masuk ward lebih selesa

nasi dengan telur bekal untuk aku yg nak jaga hubby

lauk ni yg sempat aku masak untuk aku masa balik 3jam amik barang kat rumah

cepat sembuh wahai sayang ku

katil number 523

sarapan pagi...dah nampak ok dah

alhamdulillah his fine...syukur pada allah

Assalamulaikum...

Kita hanya merancang Allah jua yg menentukan. Planning ke Baling Kedah terpaksa di batalkan. Our family gathering terpaksa di tunda ke lain tarikh In Shaa Allah...

Ini kerana suami ku tercinta admit di KPJ pada pagi Sabtu yang lepas. Semuanya terjadi pada jam 5.15 pagi, waktu tu aku terjaga ingatkan hubby mamai dalam tidur...sebab my hubby memang selalu mamai jer dalam tidur...Tiba2 dia terus lari bangun meluru ke tandas lalu muntah...badan dia jadi berpeluh dingin, aku dah jadi panik. Aku takut apa2 yg buruk akan berlaku pada hubby...

Lepas muntah kali pertama nampak dia ok sikit...aku pun solat Subuh, lepas solat belum sempat aku berdoa sekali lagi dia lari ke bilik air untuk muntah kali kedua...kali ni nampak teruk sampai terduduk kat atas lantai toilet kami tu.

Aku pun tanya dia kenapa, dia kata pening sangat kepala dia tu. Aku pun gosok belakang badan dia, terasa peluh dingin makin banyak...badan jadi sejuk..Aduhai apakah musibah yg akan terjadi ni...Tiba2 dia bangun dari katil ajak aku ke hospital...

Allahuakbar!!! aku dah mula panik...aku ni kalau panik lain macam sikit mula la perut jadi memulas...aku dah ulang alik ke toilet...lepas tu aku just salin baju dan sempat bagi anak2 buluss makan pro diet...terus kunci pintu dan ke kereta.

Aku tanya dia hubby boleh ker bawa kereta sendiri, dia angguk, lepas tu muntah lagi kat parking kereta...Aduhai...hancur luluh hati ku...Aku ni penakut drive...tapi kalau terkejut emergency macam ni aku boleh jer tekan minyak tu...tapi hubby tetap tak bagi, dia nak juga bawa sendiri.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke KPJ pada jam 7.00 pagi. Aku dah mula SMS adik ipar minta dia take over my class tuisyen. Dalam perjalanan ke sana aku tak henti2 berdoa moga kami selamat sampai, mata ku pula kejap pandang ke arah jalan raya kejap lagi ke arah hubby...Aduhai perit sungguh rasanya...

Sampai di kecemasan sekali lagi hubby muntah di lonkang pintu kecemasan. Lalu MA datang chek hubby...mereka suspek jantung pada mulanya. Tapi lepas buat ECG Alhamdulillah nothing serius jantung semua ok...chek BP pun ok, chek kencing manis pun ok...so dia orang tetap juga amik blood untuk blood test.

Tepat jam 7.45 pagi hubby dah di tolak masuk ke ward tingkat 5 number katil 523. Hubby di beri injection dan juga masuk air satu botol. Nampak hubby kembali tenang muntah pun dah stop. Jam 9.30 pagi doktor datang chek...dia tanya macam2 soalan pada hubby and he can answer very well...bila chek2 semula rupanya hubby ada masalah SINUS...bila air hidung tu tak keluar, ia boleh mengalir ke ke belakang telinga dan menyebabkan pening dan bergegar...So doktor advise tak boleh ada habuk kat rumah...Aduhai sekali lagi hati kami berdua tersentap...ini bermakna kami kena korbankan anak2 kucing kami tu...

Memang hubby tak boleh habuk lansung...Aduhai....perasaan aku dah bercampur aduk...Jam 12.00 hubby dah rasa ok terus dia ajak aku balik...Alahai sayang ku mana boleh balik sesuka hati, ini hospital bukan hotel sayang oiii...

Jam 2.00 doktor datang lagi...hubby minta nak balik...doktor tak bagi dan suruh duduk satu malam. Lagipun dia nak observed my hubby...so dia bagi la kami balik sekejap dalam 3 jam. So sampai jer rumah hubby berehat dalam bilik, aku pula sempat mop lantai, bagi anak2 buluss makan, masak nasi, masak bekal untuk aku yg nak jaga hubby...Aku sempat goreng telur letak kicap dengan buat ikan bilis goreng masak asam...Tapi makan tak habis pun...penat punya pasal and risau...tapi untuk tenaga aku telan la juga...

Malam tu sebelum tidur aku renung wajah hubby, aku mohon moga hubby cepat sembuh...aku tahu ajal maut itu semua di tangan Tuhan, tapi aku belum bersedia untuk hidup tanpa dia...aku ni dah la sorang2 kat dunia ni...hubby la tempat ku menumpang kasih...walaupun aku tahu Allah akan sentiasa melindungi aku...tapi perasaan sedih tu tetap ada...

Aku tak tunjuk rasa sedih tu...malam aku senyum, dia pun senyum tengok aku...kami rasa kasih sayang kami makin dekat dan bersatu...hati kami makin padu dan cinta kami makin UTUH!!! Alhamdulillah...

Esoknya seawal jam 4.30 pagi aku dah bangun...aku mandi dan siap kan diri untuk solat Subuh...aku tengok hubby nyenyak jer tidur...aku solat bersebelahan katil hubby. Jam 6.30 aku kejutkan hubby solat dan dia pun mandi solat lepas tu tidur semula...

Jam 2.30 petang hari Ahad suami ku dah boleh pulang. Kami tak terus balik ke rumah tapi kami singgah ke Ulu Paip, sebab famili hubby semua ada kat situ. Semua concern dengan kesihatan my hubby...Syukur Ya Allah di atas kurniaan kasih sayang ini...

Balik rumah kami terpaksa decide, buat satu keputusan yg amat payah dalam hidup kami bedua...kami terpaksa buang anak2 buluss kami ni...So semalam sewaktu tu hujan renyai hubby buang 3 ekor dari 9 yg ada kat rumah ni.

Bermula dengan Along, PoPo dan MiYo...mentik juga air mata ku...aku peluk cium dulu anak2 buluss ku sebelum di letak dalam bakul untuk di bawa buang.

miyo

along

popo

Subhanallah...memang perit memang pedih tapi demi kesihatan suami aku terpaksa redha kan jua...aku set dalam otak kata anak2 buluss aku ni perlukan kebebasan dalam hidup...Tapi memang lately ni Along dengan Moyo asyik nak keluar bila pintu di buka. Mungkin sudah tiba masanya kami buat perubahan dalam kehidupan kami...ramai kawan2 yg memberi kata2 semangat buat aku, agar aku tabah menghadapi semuanya...

Memang orang yg tak punyai rasa kasih seperti kami yg cintakan kucing dan haiwan akan merasa hal macam ni remeh...tapi bagi kami ini adalah satu dosa kerana membela kucing juga satu amanah...Mohon Allah ampunkan dosa kami...Subhanallah...

Hubby siap janji nak belikan satu akuarium yg penuh dengan ikan untuk aku...tapi ia sebenarnya untuk sedapkan hati masing2...

Wahai Tuhan ku lindungilah anak2 buluss ku ini, jauhkan mereka dari bahaya dan haiwan liar...sesungguhnya mereka adalah ahli keluarga ku yg paling aku kasih dan sayang...AMMIIN.....

Wednesday, June 5, 2013

TABIAT SHOPPING YG SEMAKIN BAIK

barang2 keperluan untuk kesihatan

bahan2 ilmiah

toko2 wajib untuk aku singgah

Assalamualaikum...

Walaupun ada rumah baru, rumah lama di lupa jangan hehehehe....Bukan apa aku dah buka lagi satu tempat persinggahan untuk aku berceloteh, kali ni aku on kat WordPress pula. Saja jer menambah koleksi yg sedia ada. Lagi pun masa aku tak la terbuang dengan berangan jer kan, boleh juga aku buat karangan panjang2 kalau dulu 180 patah perkataan, tapi sekarang dah kasi up jadi 350 patah perkataan hehehehe...

Ok la hari ni aku nak berletiaq sikit pasai perangai aku dulu dan kini. Tapi beliatiaq yg baik ok!!! Kalau dulu aku suka sangat membeli benda yg bukan2. Kadang2 tu aku tak pakai pun, tapi bila aku tengok orang lain ada aku pun nak juga hehehe...memang buruk sungguh peragai aku tu hehehe....

Tapi sekarang ni setiap kali aku ke pasaraya aku akan cakap pada diri sendiri "BELI YG PERLU BUKAN YG NAK!!!" So memang benda tu aku akan berulang kali kata pada diri sendiri. So aku akan pilih kedai2 tertentu saja la. Aku tak der la merewang ke mana hala.

Tapi aku ni kalau pergi shopping dari rumah aku dah ingat nak beli apa...tapi bila sampai kat sana tiba2 otak ni bertukar bila tengok benda2 yg teringin hehehe kira ketegori nak la tu kan huhuhu....

Berlainan dengan suami aku, dia memang kaki shopping pun...setiap bulan kalau dia tak pi shopping nanti boleh kena kepala angin hahahaha...aku pula sekarang ni akan ingatkan dia "Sayang tak pi Reject Shop pun bulan ni.." atau "bulan ni tak pi pun FOS..." hehehehe...Dia memang kaki shopping baju. Aku pula dulu suka shopping kasut...tp masalahnya suami ku ni tak per la dia kalau lepas shopping tak nyempat2 nak pakai...kadang2 tu lepas jer beli terus masuk toilet tukar baju... ADUYAIIII lemah den di buat nya hehehehe...Aku pula kalau beli kasut baru kasut lama juga yg aku dok pakai...ADUYAIII ini lagi satu tabiat buruk hehehe...

So sekarang ni my hubby still setia dengan shopping baju2 nya aku pula dah beralih arah banyak shopping benda2 yg aku perlu...contohnya barang2 untuk kesihatan. Aku memang akan beli jika stok kat rumah dah habis. Tapi kalau ke Popular Bookstore aku masih tak dapat kawal pembelian ku. Dalam aku beli buku2 untuk anak2 murid ku tetap juga aku selit beli novel untuk ku, senaskhah pun jadi la hehehehe...bukan apa takut KEMPUNAN...

Apa pun aku dan suami memang GILERR SHOPPINGGG!!!!!

ADIOS!!

Sunday, June 2, 2013

MY HUBBY BIG FAMILI

me and my love

Assalamualaikum...

Alhamdulillah aku masih dapat bernafas di muka bumi Allah ini...Syukur sangat2...Tambahan pula aku di kelilingi oleh mereka2 yg ku kasihi. Ini adalah sesuatu yg amat indah dalam hidup ku.

Tak semua orang bertuah macam aku hehehehe...walaupun aku ni anak tunggal, tapi Allah telah memberi aku amanah yang sangat besar bila berkahwin dengan suami ku yg datang dari famili yg sangat ramai. Adik beradik suami ku ada 12 orang semuanya include him...and he is number 5 in the famili members. Besar kan hehehehe....memang riuh bila sesekali kami semua dapat berkumpul. Kalau time raya, anak cucu, cict balik memang penuh rumah...melimpah ruah la jadinya hehehehehe....Ini yang membuatkan hidup ku bertambah ceria...Syukur Ya Allah...

Semalam lepas balik dari kenduri rumah famili suami kakak ipar ku, kami pun singgah bermandi manda di Ulu Paip Kulim Kedah, lagipun rumah pengantin tu memang dah tak jauh pun dari kawasan air terjun tu, so my hubby pun decide la nak ke sana.

Lagi pun time cuti sekolah kan...so bawa la anak2 buah kami pergi mandi air terjun hehehehe...bukan main seronok lagi budak2 tu tau :)

Kami 4 famili pun bersiap la ke sana, ada yg dah spare baju nak mandi dan yang secara spontan hehehehe...tapi memang happening bila sesekali kami adik2 beradik dapat berkumpul...riuh kawasan Ulu Paip tu dengan suara gelak ketawa kami ni hehehehehe...

all my niece
girl power
Tengok la keletah all my niece...memang suka sangat dia orang dapat mandi air terjun. Sampai ada yg tak nak balik, jenuh dok pujuk minta naik dari kawasan air tu...alahai...mengamuk juga la nak tinggalkan air terjun tu...aduhai la anak...!!! :)

me myself in action

my sis inlaw

my sis inlaws

my sis inlaw and my niece

my sis inlaws

sis inlaw and niece

posing la yer

ala2 model gitu
Anak2 buah yg dah besar tu apa lagi nak bergambar jer la kerjanya...kena pula adik2 ipar ku yg lagi dua orang tu melayan alahai dah kalah model dok amik gambar...snap sana, snap sini hehehehe...sabar jer la...

Tapi secara jujurnya kawasan tersebut sangat2 cantik bila dah dipotretkan...it wa so nice ok!!

my brother inlaw and his wife

my niece,my sis and my love

my sis inlaws and my little nephew
Akhir kalam dari ku, hargailah mereka yg berada di sekelililing kita, kerana mereka lah kita mampu tersenyum, kehadiran mereka adalah amanah buat kita. Kita tak mampu hidup keseorangan, so jangan SOMBONG jangan BONGKAK, apa yg kita ada adalah harta yg ISTIMEWA buat kita...jagalah, hargailah kerana amanah Allah ini datang hanya untuk mereka yg benar2 mampu menghargainya...Alhamdulillah....

Wahai Tuhan ku, lindungilah mereka2 yg ku kasihi ini, sesungguhnya inilah amanah Mu buat ku yg sentiasa alpa dan kesunyian...AMMIIN......