Sunday, November 17, 2013

ADIK IPAR MASUK UiTM SERI ISKANDAR

perjalanan ke uitm seri iskandar

my hubby with his youngest sister

me and my sis inlaw

macam comel jer kan hehehe

ini la katil my sis

dah nak kena tinggal dah

dok baik2 tau...we gonne a miss u

adik aku dok kat kolej pasir salak blok cemara

Assalamualaikum....

Semalam 16 November 2013 aku dan suami hantar adik ipar ku ke UiTM Cawangan Perak di Seri Iskandar. Alhamdulillah impian my sis nak masuk ke menara gading akhirnya tercapai juga. Walaupun hanya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma tapi ia cukup mengembirakan hati.

She is so good and best student in school. Tapi tu la kadang2 rezeki tak menyebelahinya. Tapi tak per rezeki semua di tangan Allah, kita hanya merancang tapi Allah jua yang menentukan. Segala ketentuan Allah itu adalah yg terbaik untuk kita.

Apa pun aku adalah org yg paling hepi sebab my sis dapat mengembalikan zaman kegemilangan ku sewaktu berada di UiTM dulu. Aku memang tak sangka yg my sis akan dapat melanjutkan pelajaran di UiTM. Maklum la kan adik2 ipar aku ni bijak2 belaka. So bila UiTM jugak yg menjadi pilihan dan ketentuan dari Yang Maha ESA L'm so proud. Tak semua apa yg kita impikan itu menjadi kenyataan. Kadangkala yg kita tak sangka tu la yang akan selalu datang menemui kita.

Banyak kelengkapan prasarana yg di sediakan untuk siswa dan siswi sekarang ni. Tak macam zaman aku dulu, mula2 masuk dah kena duduk kat dalam dorm. Tapi sekarang ni keselesaan pelajar menjadi keutamaan. Alhamdulillah dunia semakin maju dan kemudahan semakin bertambah. Tapi apa pun aku bangga dengan diri sendiri sebab dalam manja2 aku ni 5 thn jugak la aku menjadi mahasiswa di UiTM hehehehe....Syukur Alhamdulillah.

Untuk my sis inlaw, just satu aku nak pesan, setinggi mana pun kita berada, walaupun kita dah mencapai puncak jangan sesekali kita lupa memandang ke bawah, toleh ke belakang seketika ingat jasa mereka yg banyak membantu kita, biarpun ada yg antara mereka yg mengutuk kita atau mencerca kita, jangan pedulikan terus membalas dengan kasih sayang...jangan sesekali kita semai rasa benci kerana ia akan memusnahkan diri sendiri.

Berbakti lah pada keluarga, agama, bangsa, masyarakat dan negara. Jangan sesekali tinggal solat dan derhakai ibu yg melahirkan kita. Terus berdoa dan berusaha kerana kejayaan tak akan datang bergolek tanpa usaha dan tawakal...

Welcome to the new world as a student i campus...and welcome to UiTM...UiTM DI HATI KU....

No comments: