Saturday, January 7, 2012

TRAGEDI 7 JANUARI

gambar sekadar hiasan
Assalamulaikum...

Enam tahun yg lepas di hari yg sama, di tarikh yang sama aku telah di ragut handbang di kawasan perumahan kampung ku di Sungai Gelugor. Waktu tu hujan renyai2. Aku yg dalam perjalanan ke tempat tusyen berjalan kaki ke perhentian bas dengan payung sambil menjinjing beg tusyen yg penuh dengan yuran pelajar.

Tiba2 datang sebuah motorsikal lalu menolak aku ke bahu jalan sambil menendang tulang rusuk ku. Tudung di kepala di tarik dan dibuang ke tengah jalan. Biadap sungguh peragut itu. Mujur la aku tak pakai sebarang barang kemas kalau tidak mesti leher ku juga mengalami kecederaan. Aku terjatuh tertiarap di atas jalan raya sambil di heret hand bang dengan motor.

Tiba2 tali handbang ku putus aku ditinggalkan tertiarap di atas jalan raya. Mujur waktu kejadian itu tiada kereta yg lalu di situ. Kalau ada kereta pasti aku telah dilanggar.

Aku cuba bangun tapi tak mampu...aku hanya menjerit meminta tolong. Ini merupakan kejadian kedua aku diragut. Tapi kali ni lebih tragis kerana aku mengalami luka dan sakit yg amat sangat di kawasan tulang rusuk ku. Orang kampung banyak yg keluar membantu ku, termasuk bapa saudara ku yg baru sampai. Bapa saudara ku yg nampak aku tertiarap tu terus mengejar peragut tadi...tapi nama pun peragut dengan senang mereka memboloskan diri.

Orang2 kampung mula menalifon mama, mak cik ku dan juga suami ku. Oh yer waktu tu aku dah di akad nikahkan. Minggu depan adalah hari persandingan kami. Kami ni nikah gantung masih belum duduk serumah. Memang pagi  kejadian tu suami ku menalifon nak menghantar aku ke pusat tusyen tapi aku yg tak nak sebab aku tahu dia sibuk. Sedangkan masa tu suami ku kerja di Kulim aku pula di Penang.

Mama pula masa tu ada kat office sebab mama nak tutp akaun sebab mama nak pencen dah. So dia kena  habiskan banyak kerja sebelum pencen, sampai kan hari Sabtu pun mama pi kerja. Dalam setengah jam suami ku pun sampai...aku pelik tentu laju dia bawa kereta dari seberang perai untuk datang selamatkan aku.

Bila suami ku sampai dia menangis tengok keadaan aku yg separuh sedar. Sambil menangis dia mendukung aku masuk ke dalam kereta. Terus dibawa aku ke hospital. Aku diXray ternyata tulang rusuk aku mengalami keretakkan ... tapi tak serius. Alhamdulillah...doktor minta aku di masukkan ke wad...tapi mak cik aku berkeras..katanya dia bertanggungjawab ke atas ku. Sebelum aku di bawa pulang aku ke Balai Polis untuk membuat report. Macam biasa its take so long...aku yg dalam kesakitan rasa nak pengsan sekali lagi.

Malam tu aku memang tak dapat tidur...phobia...aku asyik terkejut...dan malam tu juga aku muntah dengan banyak...ini bermakna ada gegaran di kepala ku. Esok nya sekali lagi aku di bawa ke hospital untuk di cek Allhamdulillah nothing serius...

Ini la pengalaman pahit yg tak boleh aku lupakan. Syukur Allhamdulillah aku masih di sini. Masih dapat menikmati kehidupan seperti orang lain. So untuk semua wanita di luar sana jaga la diri anda kerana malang tidak berbau....Wassalam...

Friday, January 6, 2012

DINNER TONIGHT

chicken chop with majerin rices

garlic bread with mushrom soup

filet fish with frices
Assalamualaikum...

Jom makan...ini la menu kami malam ni. Setiap hari Jumaat memang hari aku rehat masak hehehe...maklum la ada kelas. So lepas balik kelas terus gi beli barang dapur kat Econsave Raja Uda lepas tu terus singgah makan. Malam ni aku yg belanja cik Abang makan. Sebab nya esok cik Abang nak kena outstation ke Sungai Petani. So sesekali wife yg belanja no hal la kan :-)

Menu kami malam ni ala western hehehe....menu aku chicken chop with majerin rices, hubby pula pilih filet fish with frices and added menus is garlic bread with mushroom soup.

Kami memang suka lepak kat Robina's Stationz ni...and we loved the food so much...terutama western la...sebab yg masak memang chef betul ni...katanya dari hotel. Tak tahu la pula hotel mana. Chef tu datang hanya waktu malam jer...siang di kerja kat hotel.

So kawan2 jom enjoy the food...kalau siapa2 yg datang ke area Telok Air Tawar Butterwoth jom singgah kat Robina Stationz ok :-)

Thursday, January 5, 2012

MASAK TOM YAM DENGAN MUDAH

tom yam dah siap di masak

pest tom yam dari hatyai

rempah ratus tom yam
Assalamualaikum...

Hari ni aku puasa sunat Khamis. So bila petang jer aku pun mula pikir nak masak apa...aduh pening kepala ni. Semalam Mr.Hubby bagi idea suruh masak nasi goreng cina jer...so hari ni pikir punya pikir tiba2 Hubby ablik bawa ayam. Katanya "Ayang masak tom yam la hari ni yer" Fuhh... lega Hubby bagi idea lagi :-)

So tepat jam 6.15 tom yam in the making. Hubby pula kelua cycling biasa la hobi baru kan...so tak nak la ganggu dia pula...at least yg sihat suami aku juga kan hehehe...

Aku just guna pest yg di beli kat Hatyai temph hari. Lepas tu aku main campak jer rempah ratus tom yam tu. Tak payah susah2 nak tumbuk cili padi bagai. Campak jer dah siap. Bau punya la wangi bila masukkan semua rempah ratus tu...hehehe...

So lepas tu aku just buat telur dadar. So bila dah siap apa lagi tunggu azan lepas tu berbuka la puasa :-). Jemput makan yer korang....

Wednesday, January 4, 2012

BICARA SUAMI ISTERI

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Semalam masa kami nak tidur, masing2 bzz dengan handphone dan gadget masing2. So tiba2 aku bertanya pada suami soalan cepu mas setiap awal tahun hehehe...ala2 soalan klise la konon....:-)

Aku: "Sayang, tahun ni Ayang kerja tak?"

Suami: "Kerja la ..."

Aku: "Boleh tak Ayang minta kerja kat mana2 company jadi kerani ker?"

Suami: "Ala tak payah la Sayang....sabar lah nanti kerja la..."

Aku: "Abang tak bagi ker Ayang ni kerja ker bagi ni...lain macam jer jawapan tu..."

Lepas tu dah tak der jawapan hanya senyuman hehehe...Kemudian suami ku macam biasa akan mendodoikan aku sehingga lah aku terlena huhuu...aku dah tahu tak payah kerja la tu huhuu....sabar jer la...:-)

Tuesday, January 3, 2012

SEDIH

gambar sekadar hiasan
Assalamulaikum...

Hari ni aku rasa sedih sangat2, aku rasa down...aku rasa tak bermaya dan aku rasa seolah2 aku sedang diketawakan. Entahlah kenapa aku rasa macam ni hari ni.

Aku sedih dengan kehidupan ku, bahagiakah aku? gembirakah aku? Ya Allah kenapa aku sedih sangat hari ni????

Pertanyaan demi pertanyaan bermain di fikiran ku. Bagaimana aku nak hilang kan rasa sedih ni? Ya Allah bantu lah aku Ya Allah...jauhkan lah rasa sedih dalam dalam hati aku ni. Nampaknya aku kena solat dua rakaat untuk hilangkan rasa sedih aku ni.

Apa pun hari ni memang aku tak der mood nak buat sebarang coretan, aku betul2 rasa sedih, sayu, pilu dan segalanya...Ampunkan aku Ya Allah...

Monday, January 2, 2012

TEMAN KU

wall facebook

wall blog
Assalamualaikum....

Ini adalah entry kedua aku di bulan Januari untuk tahun 2012. Erm...tinggal beberapa hari jer lagi aku akan melangkah ke umur yg lebih banyak hehehe...alahai i'm getting older and older but...harap2 aku semakin matang dalam melayari kehidupan ku sebagai isteri dan juga ibu in the future amin....:-)

Bila kita tengok pada tajuk memang klise "Teman ku"... Yess memang diakui FB dan BLOG merupakan teman sejati ku buat masa kini. Kedua2nya membuatkan aku sentiasa bzz untuk mengisi semua masa lapang yg terluang bila aku tinggal sorang2 kat rumah. Maklum la aku kan PERMAISURI kat rumah so banyak masa terluang aku tu dapat diisi dengan rakan2 di online. So tak der la aku ni sunyi sangat kan.

Tahun 2011 aku betul2 menggunakan sebaik2nya FB dan BLOG untuk mengupdate segala macam berita, luahan perasaan, memori2 manis dan pahit dan segalanya. Aku tak nak sia2kan apa yg aku ada di depan mata. Ada orang yg suka ada juga yg membenci. Aku tak kisah and I dont care what people said about me. As long I know what I'm doing. Aku tak ganggu privasi orang malah aku punyai ramai kawan2 di FB dan juga di BLOG. Insya Allah may be it will be increased time to time.

Pada mereka yg tak suka tu tak per memang hak korang untuk tak suka...tapi tak payah la nak kutuk bagai just leave it my pages, sikit pun aku tak kecik hati malah berbangga sebab korang tak kacau hidup aku. Kepada yang suka tu terima kasih kerana sudi menyokong, memang diakui kadang2 aku ni banyak merepek dalam blog, tapi itu kan slogan aku "luahan rasa, cebisan kisa, memori terindah akan ku lakarkan..." so harap2 jgn la bosan pula yer...wah dah macam artis pula aku ni...hehehe...Masya Alla riak la pula...maaf tau...

So kepada semua rakan2 bloger aku nak bagi tahu yg aku sayang sangat kat korang semua sebab korang telah membuatkan aku tidak keseoarangan TQ SO MUCH!!

Sunday, January 1, 2012

MY FIST ENTRY IN 2012



Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Assalamulaikum...this is my first entry in 2012. Insya Allah aku akan lebih banyak berkarya dalam blog aku ni nanti. Aku harap kawan2 aku di blog tak akan sesekali bosan dan menyampah dengan entry2 yg telah aku persembahkan...

Aku mohon hanya satu agar Tuhan lembutkan hati saudara mara ku, sahabat handai ku, kawan2 ku dan sekalian umat Mu yg berada di sekeliling ku agar dapat menerima segala kelemahan ku ini seadanya. Jangan lah mengharapkan aku ni sebaik Malaikat, dan sebijak hakim yg bijaksana. Aku hanya lah manusia yg lemah yg serba serbi kekurangan. Jangan la sesekali sisihkan aku...sesunguhnya aku sangat lemah dan tak mampu hidup bersendirian.

Hanya satu dalam hati aku, AKU SAYANG SANGAT DENGAN SEMUA YG ADA DI SEKELILING KU...