Saturday, January 7, 2012

TRAGEDI 7 JANUARI

gambar sekadar hiasan
Assalamulaikum...

Enam tahun yg lepas di hari yg sama, di tarikh yang sama aku telah di ragut handbang di kawasan perumahan kampung ku di Sungai Gelugor. Waktu tu hujan renyai2. Aku yg dalam perjalanan ke tempat tusyen berjalan kaki ke perhentian bas dengan payung sambil menjinjing beg tusyen yg penuh dengan yuran pelajar.

Tiba2 datang sebuah motorsikal lalu menolak aku ke bahu jalan sambil menendang tulang rusuk ku. Tudung di kepala di tarik dan dibuang ke tengah jalan. Biadap sungguh peragut itu. Mujur la aku tak pakai sebarang barang kemas kalau tidak mesti leher ku juga mengalami kecederaan. Aku terjatuh tertiarap di atas jalan raya sambil di heret hand bang dengan motor.

Tiba2 tali handbang ku putus aku ditinggalkan tertiarap di atas jalan raya. Mujur waktu kejadian itu tiada kereta yg lalu di situ. Kalau ada kereta pasti aku telah dilanggar.

Aku cuba bangun tapi tak mampu...aku hanya menjerit meminta tolong. Ini merupakan kejadian kedua aku diragut. Tapi kali ni lebih tragis kerana aku mengalami luka dan sakit yg amat sangat di kawasan tulang rusuk ku. Orang kampung banyak yg keluar membantu ku, termasuk bapa saudara ku yg baru sampai. Bapa saudara ku yg nampak aku tertiarap tu terus mengejar peragut tadi...tapi nama pun peragut dengan senang mereka memboloskan diri.

Orang2 kampung mula menalifon mama, mak cik ku dan juga suami ku. Oh yer waktu tu aku dah di akad nikahkan. Minggu depan adalah hari persandingan kami. Kami ni nikah gantung masih belum duduk serumah. Memang pagi  kejadian tu suami ku menalifon nak menghantar aku ke pusat tusyen tapi aku yg tak nak sebab aku tahu dia sibuk. Sedangkan masa tu suami ku kerja di Kulim aku pula di Penang.

Mama pula masa tu ada kat office sebab mama nak tutp akaun sebab mama nak pencen dah. So dia kena  habiskan banyak kerja sebelum pencen, sampai kan hari Sabtu pun mama pi kerja. Dalam setengah jam suami ku pun sampai...aku pelik tentu laju dia bawa kereta dari seberang perai untuk datang selamatkan aku.

Bila suami ku sampai dia menangis tengok keadaan aku yg separuh sedar. Sambil menangis dia mendukung aku masuk ke dalam kereta. Terus dibawa aku ke hospital. Aku diXray ternyata tulang rusuk aku mengalami keretakkan ... tapi tak serius. Alhamdulillah...doktor minta aku di masukkan ke wad...tapi mak cik aku berkeras..katanya dia bertanggungjawab ke atas ku. Sebelum aku di bawa pulang aku ke Balai Polis untuk membuat report. Macam biasa its take so long...aku yg dalam kesakitan rasa nak pengsan sekali lagi.

Malam tu aku memang tak dapat tidur...phobia...aku asyik terkejut...dan malam tu juga aku muntah dengan banyak...ini bermakna ada gegaran di kepala ku. Esok nya sekali lagi aku di bawa ke hospital untuk di cek Allhamdulillah nothing serius...

Ini la pengalaman pahit yg tak boleh aku lupakan. Syukur Allhamdulillah aku masih di sini. Masih dapat menikmati kehidupan seperti orang lain. So untuk semua wanita di luar sana jaga la diri anda kerana malang tidak berbau....Wassalam...

No comments: