Thursday, January 26, 2012

LAYAN ROJAK & ABC MIX FRUIT DI QUEENSBAY PENANG

abc mix fruit

rojak and abc

rojak buah
Assalamualaikum...

Hari Isnin lepas lepas balik dari kenduri kami singgah GH (General Hospital) nak melawat orang kampung Hubby yg excident Jumaat lepas. Tapi masa kami sampai, pesakit masih berada di dalam bilik ICU. So kami just jumpa suami mangsa, kata suaminya isteri dia dah sedar...tapi masih dalam kawalan rapi.

Dengar kata isterinya tu dilanggar lari. Waktu tu isteri dia on the way nak pergi amik anak perempuan mereka yg duduk di asrama sekolah Bakti Tasek Gelugor, sekolah aku mengajar dulu. Sedih la..masa kejadian tu si isteri bawa anak kecilnya yg berada dalam raga motor. Tapi Allah pelihara anak kecil yg baru berusia 1 thn 8 bulan. Tapi apa pun kami berdua harap sangat2 si mangsa akan pulih seperti sediakala...amin...

So lepas kami balik dari GH terus singgah kat Queensbay, bukan apa suami aku teringin nak makan ABC mix fruit dan juga rojak...lagi pun dah lama tak lepak kat situ...and aku pula nak beli something untuk diri sendiri sempena birthday aku hari Sabtu lepas hehehe...:-)

Sampai jer aku dan suami tercari2 kedai yg menjual rojak ni, bukan apa takut tutup...maklum la hari raya cina la katakan...so tengok2 YES!! dia buka la hehehe...so ini la yg kami order...rojak buah yg sangat sedap dan juga ABC mix fruit...macam2 buah ada tu...tapi memang berbaloi dengan harga yg tawarkan...

So kalau sesiapa yg singgah Penang jom ke Queensbay tingkat atas food market..:-)

2 comments:

ciK LyndaWawa said...

mak ai.nampak sedap..yummy..=]

MONIE said...

betul... nampak je dah tau sedap... utk org selera besar macam kak ni semua nampak sedap he he he